Friday, July 29, 2011

Pesanku Untukmu Kekasih




bila bosan
aku cari kamu
bila sunyi aku cari kamu
bila nak dengar lagu
aku mintak kamu nyanyikan
bila rindu.. ku seru namamu.. agar sang angin mampu sampaikan


bila marah
aku marah kamu *mesti kamu menyesal kan*
dapat girlfriend singa macam aku
bila sedih
aku ceritakan kesedihan aku pada kamu
bila aku sakit
kamu antara golongan yang patut bimbang keadaan aku
bila aku ada masalah
kau bertindak sebagai kotak aduan
kenapa?
takkan lah aku ingin menceritakan kesedihanku kepada ayah dan bonda
kepada kakak dan abang.. 
sudah pasti mereka akan berduka.. 
engkau berduka tak mengapa *kejam kan*
asalkan aku bahagia.. *boleh tak camtuh*


Andainya aku marah dan merajuk
aku mahu engkau memujukku
seperti selalu.. 
aku berhak dan layak untuk bermanja bukan.. 


andainya satu hari nanti. 
kau katakana padaku

sayang

baby

honey

dear

sweety
aku marah.. 
janganlah berkecil hati.. 
kerana aku belum merasakan ungkapan itu layak kau berikan untukku
ungkapan itu hanya untuk muhrimku dan kawan sejantinaku 
belum tiba masanya
kemanisan panggilan itu akan hilang rasanya apabila diaplikasikan selalu


andainya suatu ketika nanti
kau mengajak aku untuk keluar bersama
berjalan berdua dua
makan semeja di tempat yang tidak sepatutnya
naik motor bersama 
aku menolak
jangan lah kau memuncungkan muka dan berpaling arah
aku tidak biasa
tidak tega rasanya
kalau lah mak ayah abang dan kakak melihatnya
sudah pasti mereka akan kecewa
sejarahku belum lagi advance ke tahap itu
biarlah aku beginner sampai bila bila
biarlah aku newbies sampai bila bila




andai satu saat nanti.. 
kau sentuh tangan ini.. 
dan aku menariknya…*memang aku sumpah seranah*
atau mungkin selepas itu.. 
kita tidak berjumpa lagi.. 
jangan salahkan aku
kita bukan dalam keadaan darurat *yang membolehkan sentuhan di tempat tertentu*
aku masih mampu berjalan sendiri
mata aku masih mampu melihat arah jalan
kakiku masih kuat untuk menampung badan
aku tak perlukan papahan
aku tak perlukan sentuhaN..


andai satu saat nanti
aku terlmbat bangun untuk beribadah kepada Allah *lebih lebih lagi di waktu subuh*
kau missed call lah aku
kerana itu adalah kelaziman dan kewajipan kau pada masa masa akan datang
kerana andainya aku leka dan alpa
dosa dan pahalaku tergalas di bahumu.. 


andainya kau melihat perilaku ku berlebih lebihan
kau tegurlah aku
kalau bukan sebagai bakal makmummu.. 
kau nasihatilah aku sebagai saudara seagamamu


andai suatu hari nanti. kita keluar bersama
berjarak jarak antara satu sama lain
jalan tidak berpegang pegangan
jangan kau terkejut 
jangan kau menyesal memilihku sebagai teman
kerana aku..
memang sebegitu.. 
sebelum, dan semasa berkenalan denganmu


andai suatu ketika nanti.. 
aku hamparkan kemarahanku padamu
dan  terjadi pergaduhan antara kita. 
jangan sesekali kamu memarahiku.. 
mengherdikku sehingga aku menitiskan air mata
tegurlah aku dengan berhemah.. 
kerana aku tidak dibiasakan dengan herdikan, saki maki, mahupun pukulan
aku masih ada keluargaku yang menjagaku.. 
andainya kau melampaui batas itu
apa kata mereka?
sudah pasti mereka terluka.. 
kerana aku dijaga ibarat permata di mahligai
silaunya melimpah ke perlimbahan
aku sudah pasti. kau memahami maksudku


andai suatu hari nanti,
ada punca pergaduhan kita
baik munculnya orang ketiga
atau pendusta bicara
aku mohon kepadamu
usah tanyakan kembali padaku
setelah aku memberi  jawapan kepadamu
andai engkau masih gusar
kau tanyakan soalan itu pada Allah SWT
kerana dia maha tahu segalanya
hati  kita adalah milik Allah


andai satu saat nanti
aku meminta sesuatu padamu
andai kau masih mampu
kau berikan sahaja
kerana lumrah aku memang suka meminta
suka bermanja
kepada siapa lagi aku bermanja 
kalau bukan denganmu


kalau ditakdirkan 
munculnya kembali kekasih lamamu
dan hati engkau tercuit kembali
aku relakan
kerana
mencintai itu tidak semestinya memiliki
namun, andainya kamu memang masih terikat kepada cinta lama
usah kau buka buku baru denganku
semua itu pilhanmu
bukan kelazimanku  aku untuk berebut rebut untuk mendapatkan hati seorang lelaki
memalukan kaum hawa semata mata


apabila tiba satu saat nanti
kau bertemu dengan keluargaku, sahabatku
kau anggaplah mereka itu sebagai sahabat dan keluargamu jua
kerana tanpa mereka
aku bukan siapa siapa
andainya diberi pilihan 
kau mungkin rangking ke 4
kerana aku sangat mengutamakan mereka berbanding kamu * janganlah kamu berkecil hati*


untuk mencapai tahap ini
kamu harus mendapat 1 lesen
lesen + Road Tax & Insuran
supaya kita selamat sampai ke destinasi
jadi. kenderaan harus kau persiapkan dari sekarang
perancangan itu amat penting


jadi.. 
persiapkan diri dengan kelayakan
sila isi borang kelayakan dan pencalonan terlebih dahulu
untuk melepasi tahap ini
insyaAllah
Allah akan membuka pintu hati untuk membuat keputusan
percayalah
Segala galanya adalah milik Allah
dan bila bila masa Allah boleh merubahnya.. ;p









2 comments:

yunmiree said...

Bestlah sajak tok..buat sndiri ka dear???...mmg si pnyajak terhebatlh...

anak gemilang said...

@yunmiree kah2x. aok. buat sendiri.. cuma nya pun bhasa sajak ya. ng x tersusn.. hantam keromo.. kah2x..

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah