Sunday, September 30, 2012

Senarai Penuh Pembentangan Bajet 2013

Sekadar berkongsi kegembiraan mengenai Perbentangan Bajet 2013 yang lepas bertempat di Dewan Rakyat.. :) 



Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan
PELAKSANAAN 12 NKEA
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:

  • Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
  • Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
  • Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

4. Pembangunan PKS

  • -Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
  • - Pelan Induk PKS (2012-­‐2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
  • -Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal

5. Penjaja dan peniaga kecil

  • Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
  • Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor
  • SEKTOR PELANCONGAN

6. Merancak Sektor Pelancongan

  • Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
  • Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
  • mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan
HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS

7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:

  • Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
  • Pengecualian cukai pegangan
  • Pengecualian duti setem

8. Projek pelaburan minyak dan gas:
  • Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
  • Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
  • Loji Regasifikasi di Melaka

9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
  • Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
  • Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.
PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN

10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
  • Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
  • Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
  • Program penanaman semula pokok kelapa sawit – RM432 juta
  • Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
  • Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)

11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
  • Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
  • Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah
INSENTIF UNTUK NELAYAN

12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000
MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN

15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
  • Pemberian Subsidi Harga Padi -­‐ 480 juta ringgit
  • Pemberian Subsidi Baja Padi -­‐ 465 juta ringgit
  • Insentif Peningkatan Hasil Padi -­‐ 80 juta ringgit
  • Insentif Pengeluaran Padi -­‐ 563 juta ringgit
  • Subsidi Harga Beras -­‐ 528 juta ringgit
  • Subsidi Benih Padi Sah -­‐ 85 juta ringgit

16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
  • Jumlah pampasan sehingga RM13,000
  • Manfaat kepada 172 ribu pesawah

17. Pasaran Modal
  • Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
  • Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. – PLUS Berhad
  • Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
  • Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal

18. Tawaran Awam Awal (IPO)
  • Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)

19. Pasaran Bon dan Sukuk
  • Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
  • Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
  • Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
  • Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk

20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah

21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­‐ RM400 juta; 2 tahun
  • Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat

22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­‐ RM 100 juta
  • Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti

23. Tun Razak Exchange (TRX)
  • TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
  • Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
  • Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah

24. Pembangunan Wakaf Korporat
  • Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri
PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA

25. Projek MRT -­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera

26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­‐ RM 1 bilion

27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
  • Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
  • Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
  • Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta

28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
  • Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India
  • Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan 

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN

29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -­‐ 2025

  • Peruntukan sektor pendidikan -­‐ RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
  • Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
  • Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
  • Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion)

31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
  • Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
  • Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak swasta
  • Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak‐kanak
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan prasekolah swasta

32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
  • OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran
LATIHAN & KEMAHIRAN

33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional – RM3.7 bilion
  • Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
  • Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
  • Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang

  • Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
  • Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -­‐ melatih 3,200 pelajar India

34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO
Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

37. Pembangunan PKS
  • Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
  • Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -­‐ RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
  • Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta
MEMPERGIAT AKTIVITI R&D

38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan – RM600 juta
  • Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
  • Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa

39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
  • Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
  • Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
  • Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan

40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
  • Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU

41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
  • Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
  • Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015
Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL

42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015

43. Memperkukuh sistem percukaian negara
  • Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama

44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money
MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
  • Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
  • Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif

46. Pesara Kerajaan
  • Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
  • Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)

47. Warga Emas
  • Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
  • Berkuatkuasa Januari 2013

48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
  • Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
  • Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
  • Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
  • Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)

49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
  • Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera
  • INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS 

50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
  • Had perlindungan maksimum: RM15,000
  • Manfaat kepada hampir 242,000 anggota
PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
  • Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
  • Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)

52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
  • Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)
PELATIH PRA PERKHIDMATAN

53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
  • Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
  • Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih
Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat
INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2

54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat
MENGURANGKAN KADAR JENAYAH

55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
  • Tambahan perjawatan baru polis
  • Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
  • Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
  • Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 
    • buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
  • Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
  • Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
  • Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
  • Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan
MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM

57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA
MENAMBAHBAIK SPRM

58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota
59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah
YAYASAN BANTUAN GUAMAN

60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman
MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI

61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
  • merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP

62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
  • Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
  • Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan

63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
  • Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
  • Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI

64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
  • Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
  • Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
  • Projek penyambungan bekalan elektrik – manfaat 19,000 rumah
  • Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
  • Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
  • Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak
KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN

65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
  • Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
  • Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
  • Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara

66. Klinik 1Malaysia
  • Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
  • Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin
  • PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT 

67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
  • Program Pengarah Wanita ‐ melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
  • Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I‐KIT)
  • Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan
  • website
  • Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
  • Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
  • Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta

68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara
BELIA DAN SUKAN

69. Program pembangunan Atlet dan Sukan

  •  Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
  • Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
  • Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban

70. Program pembangunan belia

  • Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
  • Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
  • Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
  • Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia

71. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna

GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN

72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar
MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR

73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion

76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:

  •  Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
  •  Had pendapatan pinjaman bersama suami-­‐isteri kepada RM10,000
  • Nilai maksimum hartanah RM400,000
  • Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014

77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
  • Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
  • Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
  • Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan

78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
  • Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
  • Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
  • Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
  • Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.
BANTUAN DAN SUBSIDI

79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)

-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ≤ RM3,000-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,000

80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)

81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion

82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan

83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­‐Labuan-­‐Sabah

84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak‐Labuan-Sabah
BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM

85. Pemberian 1 bulan setengah bonus
MEMPERMUDAH IBADAH HAJI

86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000
KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI

87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu

88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai
MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS

89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)
MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR

90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ‐ RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks

91. Program bantuan persekolahan – RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5

92. Program Baucar Buku 1Malaysia – RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6

93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000
PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN

94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)

95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten
PROGRAM JALUR LEBAR RAKYAT

96. Mewujudkan 100 Pusat Internet 1Malaysia di kawasan perumahan rakyat
AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­‐rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah – RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa



credit to this blog.. :) kura kura.my 

Thursday, September 27, 2012

Kelebihan Hari Jumaat



1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:

“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
 5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:


“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi :



“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
Ahamdulilah.. Selamat Hari Jumaat dan selamat beribadah semua.. :)

Credit to this blog : kelebihan hari jumaat  

Hidroterapi Ais || SPA



Hari ini terasa mahu bercerita mengenai spa.. :) sebab spa ini melibatkan ais. jadi aku tertarik untuk berkongsi.. hihihihi

Pelbagai bentuk rawatan spa diperkenalkan bagi membantu orang ramai memperoleh kesejahteraan tubuh secara holistik. Antara yang turut mendapat perhatian ialah rendaman ais atau lebih dikenali sebagai hidroterapi ais iaitu salah satu kaedah rawatan alternatif. Terapi Getaran Warna (CVT) bagi membantu menguatkan tulang, otot dan saraf pada badan.

"Pada peringkat permulaan rawatan ini akan menyebabkan  merasa sejuk namun selepas beberapa minit suhu badan mereka akan sebati dengan air di dalam tab. "Bukan air biasa yang digunakan, sebaliknya ia mengandungi air beralkali yang diyakini mampu melegakan banyak penyakit," katanya. 


Rendaman ais itu kemudian ditambah titisan aroma terapi seri wajah, garam kasar, sulfur, hydro natrium, kapur sirih, dan gel mandian yang mengikut keperluan fungsi tubuh individu. Rawatan menggunakan hidroterapi ais tidak memberi kesan berbahaya kepada tubuh badan sebaliknya ia membantu mengembalikan semula kekuatan tulang, meningkatkan keseimbangan sistem ketahanan tubuh, antibodi dan sistem hormon.

Selain itu rawatan spa ini juga dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan menyelesaikan masalah kesukaran tidur, meninggikan semangat dan tenaga vital. Ia turut membantu melancarkan pengaliran darah, kelangsingan tubuh badan serta rawatan kulit yang paling berkesan.Tambahan pula, hidroterapi ais sebagai rawatan eksklusif turut disertakan bersama empat terapi pilihan sebagai pelengkap iaitu rawatan kiropraktik, urutan tradisional untuk keseluruhan badan, rawatan shiatsu dan rawatan fisioterapi iaitu terapi pemulihan otot di dalam kolam renang dengan air garam. 

tapi tak semestinya setelah melakukan rawatan spa ini, anda akan sihat secara sepenuhnya.. tetapi ia adalah satu terapi atau alternatif yang baik untuk menghilangkan stress dan sesi manjakan diri.. :) 

kalau tab kolej kediaman nie macam nie. 
alamat sejam agaknya kami mandi.. 

Itu sahaja. 
sekian.. 
:)
credit : utusan malaysia 

Wednesday, September 26, 2012

Photoshoot AT 43 Galaxy|| Upload Fasa 2

Esok telah diisytiharkan Kuliah dibatalkan.. maka malam ini merajinkan diri mahu mengupdate belog untuk menjadi kenang kenangan.. esok lusa bila tengok balik.. eh.. ini rupanya gambar aku dulu dulu. yea la. kenangan kan.. selain boleh menghabiskan gian mahu menulis.. setelah penat dan pening membuat kira kira. kita beralih ke fasa menaip dan sesi bercerita... 


Tempat : Ruang Legar Kampus 8
Kekuatan Ahli : 15 Orang.. :)
Tema : Rasmi

pic ni nampak lawa. tapi aku rasa lagi lawa kalau xda lubang parit kat situ.. ;)


black & White 

macam lebih ke kanananan... .. 

I love this picture..but its quite blur.. 


My CV in fb.. 
Cover photo.. not a curriculum vitae.. muahahahaha

sudut ini nampak bagus.. :)




ok.. 
sekian.. 
:)
Terima Kasih.. 

Monday, September 24, 2012

Reaction Time...

Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda gelabah? 

Itu adalah titik persoalan untuk aku menaip malam  ini.. *jalan cerita ini seolah olah menaip cerpen untuk dimuatkan ke dalam akhbar jer.. hihihihii.. 
*seolah olah flash back zaman diploma dulu*

Begini ceritanya.. :) 
Selalunya dalam setiap semester.. akan ada satu kursus yang sentiasa menambah kadar denyutan nadi dalam kadar yang agak tinggi dan kadar nadi rehat cuma ketika kelas itu telah berakhir.*analisis macam saintifik sangat*. boleh la dianalisis sebagai sedemikian rupa. Sesekali ingatan ketika menaip entri ini teringat pada sahabat baik di PMu.. apa khabar kalian.. rindu apabila terkenang perasaan hari ini..Kuliah dijalankan seperti biasa..apabila tiba ke penamat kelas. "baiklah kita mulakan kepada amali ringkas".. sila ambil pembaris dan jalankan aktiviti seperti di bawah.. *untung la duduk depan.. * kah kah kah.. (kenapa aku memang tak boleh duduk belakang ketika kuliah. fokus aku mesti akan lari.. ~ )  dan aku telah menjadi subjek.. 

ini aku dan lecturer aku.. 

baiklah.. daripada 3/4 percubaan. aku cuma dapat menangkap pembaris tersebut untuk satu  percubaan sahaja. Titik penceritaan di sini, bukannya ingin bercerita mengenai masa reaksi. Namun lebih kepada reaksi aku bila aku gelabah.. Tangan aku akan cepat menggeletar. Ini adalah hakikat. kadang kadang kalau difikirkan dari aspek fisiologi dan sistem dalam tubuh badan, itu adalah tindak balas apabila kita berada dalam keadaan cemas dan gementar.. aku gelabah sebenarnya.. :) 

Aku teringat sebenarnya ketika sesi amali untuk pengajaran Matematik Kejuruteraan bersama Puan Suzana sebenarnya..aku tidak dapat membuat garisan linear di hadapan kelas kerana tangan ini masih menggeletar dan gelabah..Akhirnya..ahli kumpulan lain yang ambik peranan.. serioulsy.. I'm not very good if I'm not confident about it.. (ini belum lagi kes aku terketar ketar menekan kalkluator mengira masa final exam untuk paper mekanik struktur & melukis graf untuk subjek geoteknik) 

only my coursemate know who am I.. kih3x.. 

Sesekali. mungkin pengajaran cerita pada hari ni. memberi peluang kepada diri sendiri agar lebih bersedia untuk kuliah yang akan datang.. walau apa pun ceritanya.. sabarlah hati.. berdoalah pada Allah.. InsyaAllah.. pasti akan berjaya.. 


#kadang kadang kesilapan dan kejadian yang berlaku pada hari ini.. boleh membawa kita kepada penceritaan yang lebih baik dan lebih positif di masa akan datang.. 
:)
insyaAllah.. 


kadang kadang tangan aku nie.. kalau tak gelabah pun menggeletar jugak. even nak pegang barang pun.. 
hurm.. kena buat kajian nie.. ! 


Friday, September 21, 2012

Photoshoot Galaxy Sem 4

Disebabkan penghijrahan 3 orang hero Malaya ke Korea.. maka AT43 kini menjadi AT 40. 
namun disebabkan tugasan yang agak mendesak dan perlu disubmit sebelum jam 12.. 
maka ada yang tidak dapat menghadirkan diri.. 

hanya tinggal 14 orang sahaja... 
:)


Ini gambar selesai pengggambaran bersama Catalia.. 
Eh. Abang. ambikan gambar boleh.. 
walaupun dalam hati kata.. 
boleh la.. boleh la. kitorang nak tukar DP & CV malam nie. 
punya la semangat.. 
terima kasih nick.. :) untuk DSLR itu.. 

ikhwan yan sara me taufiq farid and tim.. 

just 3 of us.. 
kami memang suka bergambar.. :) 
membelinya kami malas. tapi scan kami rajin.. 
Boleh gitu? ;) 


candid 
not like a really candid.. ahahahaha


AT 43 Galaxy.. 

actually my blazer is quite short and small.
I suggest that CaTalia will prepare more small size next time. 
a women size. 
for sure.. the others will agree with me. 


just a small peace.. 

:)

Assalamualaikum semua.. 


Wednesday, September 19, 2012

Only You... :)

-With hopes that maybe I'll get a chance to see you when I close my eyes-


:)

To be continued.. 

credit this photo to : nick _nippo.. 


* biomek owh biomek.*

Monday, September 17, 2012

Sihat Sepanjang Hayat.. :)


Selamat Bercuti di hari Isnin ini.. Alhamdulilah masih bernafas dan menikmati  keindahan di Bumi Allah SWT... hari ini sekadar ingin berkongsi mengenai tips gaya hidup sihat yang perlu kita amalkan untuk kesihatan tubuh badan.... 


Jom kita baca.. :) 

  1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
  2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.
  3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.
  4. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.
  5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.
  6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.
  8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

saya rindu kelas konsep gaya hidup sihat sebenarnya.. :(
saya rindu lecturer sy.. :)
kih2x.. 
selamat berkonsep kawan kawan.. semoga dapat A.. belajar konsep memang seronok.. 
 



:)


Saturday, September 15, 2012

First Week.. Done :)

Selamat Hari Malaysia... 
:)

First Week.. 
Done.. 
:) 
tak sabar nak tungu minggu seterusnya.. 

@#@#@#%$%%$..

one.. 

two...


three... 


ini baru habis minggu pertama.. 
:)


minggu ini kami boleh la senyum senyum lagi.. 
agak agak minggu mendatang... 
boleh tak ceria macam ini lagi... 

Eh.. 

Boollleeehhh bah kalau kauuuu.. :) 


Selamat Hari Malaysia... 

:)

ekspresi muka aku dari m1-m14.. mmg akan sama..
+_+

credit this pic to : Ecah & Nick Nippo & Santa... :)

Wednesday, September 12, 2012

Sem 4 Sudah bermula..


Credit this picture to nick _nippo.. 
Sem, 4 sudah bermula.. 
Yihaaa..... 
Esok kelas 6 Jam.. mari kita lelapkan mata.. 
:) 



Tuesday, September 11, 2012

Alhamdulilah.. Sem Khas.. Penantian berakhir sudah...


Entri ini ditaip dalam keadaan hati berbunga bunga gembira.. terasa ingin memeluk ahli keluarga sebaik sahaja keputusan semester khas dipaparkan... 
Syukur Alhamdulilah untuk 6 jam kredit untuk subjek major ini.. sekurang kurangnya.. aku berjaya membuat yang terbaik.. 
Syukur Alhamdulilah.... 
Semester khas ini mengajar erti sabar.. erti jimat.. erti rindu.. 
semua erti la.. :) 
apa pun terima kasih sahabat semua... 
terutama untuk segala bantuan dan semangat ketika semester khas...
ribuan terima kasih untuk Puan Haziyanti & Dr Guna untuk subjek Etika dan Konsep ini... 

Terima kasih Ya Allah.. 
:)


syukur Alhamdulilah.. 



Semester 4.. Eh.. !


Salam semua.. ;) setelah lama tidak menaip di blog ini. hari ini kembali merajinkan diri kerana posisi bilik mendapat tahap wifi excellent.. :) Terima kasih kolej kediaman.. Sem 4. aku masih di sini. bertapak di sini.. Syukur Alhamdulilah... 
Bercerita mengenai minggu ADD & Drop nie.. satu perkataan sudah memadai.. PENING 

Sem ini  aku telah mengambil  18 jam kredit.. atas penyusunan 2 subjek major telah diambil pada semester khas yang lepas aku telah berjaya menambah semula subjek kenegaraan.. 

Apa pun semoga semester ini semua nya berjalan dengan lancar dan selesa.. 

Good Luck Oura.. !!


Ada jodoh kita bertemu lagi. 
insyaAllah.. 

terima kasih atas rezeki ini.. 
syukur alhmdulilah.. 
namun..
perjuangan di sini harus diteruskan... 



 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah