Wednesday, February 24, 2016

Hasil Tangkapan Ikan di Mukah

Mukah begitu sinonim dengan hasil laut seperti ikan dan udang. Apabila menjelang musim tangkapan yang banyak, ikan dan udang ( payak) boleh dibeli dan diborong dengan harga yang berpatutan. 

Lazimnya untuk mendapat hasil laut yang segar, penduduk tempatan akan datang ke pasar ikan pada waktu pagi. kebanyakan nelayan akan menjual dan menghantar hasil tangkapan pada waktu pagi. 

Ketika hujung minggu, pasar ikan Mukah menjadi sesak dan menerima kunjungan yang memberansangkan. Ramai di antaranya yang memborong untuk dibawa keluar dari Mukah, ada yang membeli untuk jualan di restoran dan ada juga yang membeli untuk makanan sendiri. 





Seringkali dilihat ada juga yang tawar menawar untuk mendapat harga yang diinginkan. Antara ikan yang sering menjadi tumpuan adalah ikan bawal, tongkol, kembong dan udang (payak).



Bagi yang ingin merasai Umai. Anda boleh membel di Pasar Ikan beserta dengan pencecahnya. Lazimnya kini umai ini dijual dalam belasan ringgit bagi satu kontena saiz sederhana. Bagi yang ingin membawa umai untuk dibawa balik dalam lokasi yang jauh, anda boleh meminta ais tambahan bagi mengelakkan umai itu rosak sebelum tiba ke destinasi. 


Terdapat juga beberapa peniaga tempatan yang menghasilkan paeh ikan dan paeh udang. Paeh adalah ikan atau udang yang dibakar dalam daun. Di Mukah, apabila menjelang musim udang, banyak gerai gerai di kampung yang menjual paeh. Maka, kepada sesiapa yang ingin merasainya, boleh lah berkunjung dan bertanya kepada penduduk tempatan di sini. Lokasinya adalah tidak tetap dan bergantung kepada hasil tangkapan ikan setempat.  



Semoga hasil tangkapan ikan di Mukah sentiasa berhasil. Saya selaku warga tempatan bersyukur kerana dapat menikmati hasil tangkapan ikan yang segar. Syukur alhamdulilah... 

credit this photo to Mukah oh Mukah Page 



Tuesday, February 23, 2016

Tarikan Pengunjung Mukah; Petanak Beach Chalet & Cafe

Sama seperti entri sebelum ini, saya ingin berkongsi satu lagi lokasi Homestay di Mukah yang menawarkan pelbagai pakej kepada para pengunjung. Chalet ini terletak berdekatan dengan Petronas Mukah. Bagi sesiapa yang pernah datang ke Politeknik Mukah ataupun UITM Mukah kampus baru, anda akan dapat melihat Chalet ini di sebelah kanan berdekatan dengan pantai. 

Sama seperti Chalet lain, chalet ini juga mempunyai tarikan tersendiri di mana reka bentuk rumah tradisional dan juga perkhidmatan yang pelbagai. Chalet ini juga menyajikan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. 



Homestay  ini menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan. Selain daripada perkhidmatan Homestay/ Chalet, ia juga menawarkan servis untuk pelbagai aktiviti seperti gathering, hari keluarga, keramaian jabatan, lawatan bagi sekolah dan sebagainya. 




Chalet ini sering dikunjungi pelbagai organisasi dan jabatan, baik jauh ataupun dekat di mana masing masing akan berkumpul dan bersama sama menginap serta melakukan pelbagai aktiviti di chalet ini. 

Pada waktu malam Petanak Beach Chalet & Cafe ini begitu meriah dengan aktiviti BBQ, karaoke dan sebagainya. Pengunjung bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan pelbagai perkhidmatan di sini. Bagi pengunjung yang ingin berkaraoke, mereka boleh melakukan aktiviti tersebut di sini tanpa dikenakan sebarang caj.



Kafe ini begitu unik dengan rekaan dalaman yang menarik. Kafe di chalet ini sering menerima kunjungan bagi aktviti makan malam, perjumpaan luar dan juga organisasi terlibat seperti sekolah, NGO, kelab sekitar mukah dan sebagainya. 

Di malam hari, pelbagai aktiviti diadakan sekitar chalet ini. Ruang Chalet yang besar membolehkan pengunjung bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti di ruangan bawah. 





Kadar Sewa bagi Chalet di sini adalah seperti berikut : 

  • Chalet single dengan 2 twin bed rm100
  • Chalet double dengan queen bed rm120
  • Family chalet dengan 2 queen bed extra tilam rm250


Chalet ini juga terletak di tepi pantai. Bagi sesiapa yang tidak pernah menyaksikan Tibow secara dekat, boleh la hadir ke chalet ini. Ruang tepi pantai yang bersih membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan. 


kawasan tepi pantai berdekatan chalet


Selain itu, chalet ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan yang pasti memukau selera anda. Kehadiran pengunjung ke kafe di chalet ini juga semakin ramai. Reka bentuk kafe yang unik disertai dengan kilauan cahaya lampu mewujudkan suasana nyaman dan selesa kepada para pengunjung. 



Berikut adalah beberapa gambaran chalet ini di waktu malam. sekiranya cuaca elok, pengunjung bebas untuk melakukan akitiviti di sini. Bagi pengunjung yang berkunjung dalam kuantiti yang ramai, mereka boleh membuat tempahan awal. Ini kerana chalet ini menerima banyak tempahan dan kunjungan ketika cuti sekolah, hujung minggu dan juga ketika pesta di Mukah.



Bagi pengunjung yang ingin menghadiahkan cenderahati dari Mukah, mereka juga boleh mendapatkannya di chalet ini. pelbagai koleksi yang menarik boleh dijadikan hadiah dan cenderamata atau sebagai kenang kenangan. 





Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke sini sama ada ingin menginap ataupun mengadakan jamuan serta keraian, boleh la menghubungi talian di bawah 


pergi sekali.. pasti datang lagi.. :) 

Credit all this picture to Petanak Beach Chalet & Cafe Fan Page... 

Tarikan Pengunjung Mukah ; Tunjang D'Chalet Sg Sebuloh Balingian

Dengan kepesatan pembangunan dan kemasukan pengunjung luar serba sedikit mengubah corak kediaman dan kawasan rekreasi. Bilangan hotel dan homestay juga semakin bertambah. Saya begitu berminat untuk bercerita mengenai kewujudan tempat sebegini kerana ia dibina, dibangunkan dan diusahakan sendiri oleh warga tempatan. sekurang kurangnya idea dan usaha mereka dapat menjadi dorongan kepada penduduk setempat. Destinasi yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah Tunjang D Chalet Sg Sebuloh. 

Pertama kali saya melihat papan tanda ini, saya teringat dengan papan tanda di Ipoh. Bezanya papan tanda ini dibina di tepi pantai. Namun idea dan reka bentuk papan tanda ini adalah kelainan dan simbolik bagi Chalet ini. 




Chalet ini terletak 10 km dari Balingian dan 40 km bari Bahagian Mukah. Kawasan chalet ini begitu luas dan membolehkan pelbagai aktiviiti boleh dilakukan. Malah, sebelum ini banyak program dan aktiviti yang telah dilakukan untuk  memeriahkan lagi chalet ini. 

Selain menyediakan penginapan chalet, uniknya pengusaha chalet ini juga menyediakan aktiviti laut seperti memancing dan memukat, perkelahan dan BBQ. Tunjang D'Chalet turut menyediakan tapak untuk aktiviti-aktiviti jabatan bagi sektor kerajaan dan swasta serta pelbagai aktiviti santai berlatarkan pantai yang menenangkan. Sekiranya organisasi di tempat anda ingin mengadakan aktiviti seperti keramaian, hari keluarga dan gathering, boleh la mula berhubung dengan pihak pengurusan chalet. 


Menariknya di sini, pengunjung boleh hadir ke sini untuk melihat sendiri sunrise mahupun sunset, kedatangan anda adalah sangat dialu alukan oleh kakitangan resort ini. Maka, boleh la tangkap gambar dan share moment anda bersama rakan rakan anda. 





Dengan adanya saiz dan ruang yang besar pengunjung boleh membuat pelbagai aktiviti dan berhubung terus dengan pengurusan resort. Sekiranya anda ingin mengadakan BBQ bersama kawan kawan. boleh la menyusun strategi dan aktiviti yang bakal dilaksanakan. ruang makan dan cafe yang selesa ini boleh memuatkan ramai orang dalam suatu masa. Jadi anda tidak perlu risau untuk berpanas dan berhujan ketika berada di sini. 


Bagi perkhidmatan Chalet pula, semua kelengkapan asas seperti tuala dan sabun turut disediakan. Ruang yang besar dan selesa adalah menjadi tarikan di sini. 


Bagi yang hadir bersama keluarga, boleh la memilih saiz yang bersesuaian. Ruang bilik yang bersih juga turut dilengkapi oleh set penyaman udara dan bilik air yang lengkap. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mandi di luar. 

Apa yang menariknya, chalet ini membenarkan pengunjung memilih pakej perkhidmatan dan aktivit yang ingin dilakukan. Sebagai contoh bagi sesiapa yang ingin berkumpul untuk program reunion @ gathering boleh membuat tempahan awal bagi melicinkan proses tempahan. 

Berikut merupakan antara aktiviti yang boleh dijalankan 





Malah, ada yang merakamkan hari bahagia mereka di sini... 


Selain daripada kepelbagaian aktiviti, di sini juga terdapat reka bentuk rumah yang menarik. Dahulu, teringin sangat ke Melaka untuk melihat rumah sebegini  bagi rumah 2 tingkat. Tengok di Tunjang Chalet je pon boleh..... 

Rumah inilah yang menjadikan Tunjang D'Chalet ini menarik dan unik. Dengan kepelbagaian paker perkhidmatan serta reka bentuk yang menarik. Ini adalah strategi perniagaan yang berjaya




Jadi, kepada sesiapa yang ingin bercuti bersama keluarga atau masih mencari keunikan kediaman / homestay di Mukah, boleh datang ke Tunjang Chalet ini.. Anda bebas untuk melakukan aktiviti dengan kebenaran pengurusan chalet. Semoga dengan adanya tempat sebegini, masa bersama keluarga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. 

Bagi yang berminat, boleh hubungi maklumat seperti yang tertera di bawah.. 




Monday, February 22, 2016

Tarikan Pengunjung Mukah; Anggun Beach Homestay & Cafe

Apabila menjelang cuti sekolah atau terdapat pesta keramaian di Mukah, sudah pasti terdapat ramai pengunjung yang inginkan kelainan dan mencari keunikan bagi kediaman di Mukah ini. Seiring dengan perkembangan, kepesatan dan peningkatan taraf hidup penduduk tempatan, kini Homestay dan Cafe tepi pantai telah dibuka di Mukah. Antaranya ialan Anggun Beach Homestay & Cafe. 




Homestay ini terletak kira kira 8km dari pusat bandar. Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri adalah lebih mudah. Lokasi ini adalah begitu hampir dengan Kingwood Resort. Sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, terdapat juga alternatif lain yang boleh diguna pakai untuk sampai ke sini,  dengan menaiki teksi atau prebet sapu yang sering lalu lalang di Pekan Mukah. Anda sebut saja Anggun Homestay, sudah pasti mereka akan membawa anda ke lokasi berkenaan. 

Bagi yang ingin merasai suasana tepi pantai dan bersantai bersama keluarga. Boleh lah berkunjung ke sini. Dengan adanya kemudahan kediaman dan kewujudan cafe serta berdekatan dengan pantai. Anggun Beach Homestay ini boleh dijadikan lokasi percutian atau lokasi untuk beriadah bersama kawan kawan. 

Bagi yang belum pernah hadir atau melihat sendiri ke Anggun Beach Homestay ini, boleh lah membuat perancangan aktiviti atau membawa rakan rakan yang belum pernah menjejakkan kaki ke Mukah. 

Antara tarikan utama di sini adalah makanan dan cara penyajiannya yang menarik perhatian pengunjung yang hadir ke sini. 

Antara makanan dan minuman yang sering menjadikan tarikan pengunjung yang beriadah pada waku petang ialah mee sizzling, ABC, cucur dan minuman sirap yang lain. Malah, anda boleh memesan air kelapa muda di sini sambil beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga. 

Mee sizzling.. bagi saya hidangan ini jarang boleh dirasai di Mukah. kali terakhir di bumi semenanjung, saya menikmatnya ketika di Ipoh. Mee ini sedap dimakan ketika masih panas. rasanya memang umppphhhh... 



 
keropok lekor


banana cheese

Tea-c Special Gula Apong.. 

Selain menyediakan hidangan ringan.. Anggun Beach Homestay dan Cafe ini juga menyediakan hidangan untuk makan tengah hari dan makan malam.. Bagi yang menginap di sini dan malas untuk ke Pekan Mukah, Homestay ini juga mempunyai cafe yang boleh memenuhi selera anda. 










Selain daripada menawarkan hidangan dan alas perut yang menyelerakan, Anggun Beach Homestay ini juga menawarkan pakej Homestay Tepi Pantai. Anda boleh merancang pelbagai aktiviti di sini sama ada acara bagi organisasi, sekolah, percutian keluarga dan sebagainya. Bagi yang ingi membuat tempahan, boleh lah jenguk jenguk page Anggun Beach Homestay di fb..Disarakankan untuk membuat tempahan awal, kerana apabila menjelang cuti sekolah atau terdapat keramaian di Mukah, kebanyakan homestay dan hotel di Mukah penuh.

pemandangan luar 


Ini adalah nama nama bagi homestay ini. Nama yang berbeza memberi imej hasil idea dari nama kampung berdekatan. Bagi yang datang bersama keluarga atau berkumpulan. boleh la membuat tempahan awal dan memilih ruang yang lebih besar untuk keselesaan sepanjang menginap di sini. 





Gambar di atas adalah gambaran interior design di dalam homestay ini. Anda tidak perlu risau kerana bilik mandi dan bilik air di dalam dan tidak berkongsi antara satu sama lain. Susun atur dalam bilik juga kemas dan selesa. 

Bagi yang tidak pernah datang kesini, apabila melalui jalan besar, anda akan melihat Papan Tanda Anggun Homestay ini.. Papan tanda itu telah ditukar kepada papan yang memantul cahaya pada waktu malam. Papan tandanya berwarna biru dan boleh dilihat dengan jelas. Lokasi homestay ini masuk ke dalam sedikit. 

Papan Tanda Lama 


Papan Tanda Baru 

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh lah berhubung terus dengan pihak pengurusan Anggun Beach Homestay & Cafe di talian  013 8488218 dan 0138163758


Bagi yang ingin bertukar angin untuk meluangkan masa bersama keluarga, boleh lah datang ke sini untuk makan dan menghirup udara segar di sini.. kalau cuaca elok. boleh la melihat matahari terbenam di tepi pantai ini... 













Apa tunggu lagi.. 
jom :) 
boleh la merancang percuti dan aktiviti bersama keluarga sambil menghirup udara segar di pantai 






bermacam macam aktiviti riadah boleh dilakukan bersama sama.. 


Tidak perlu melancong jauh jauh.. tidak perlu berbelanjan beribu ribu.. bagi orang Mukah yang inginkan kelainan dan meluangkan sepenuhnya masa bersama keluarga boleh menginap di sini. Apa nak kisah kalau percutian ini lebih dekat dan anda sekeluarga boleh berseronok di sini.. moh la kite :P




 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah