Monday, April 30, 2012

Get Well Soon Friend!!!


Pak cik.. sila cepat sembuh.. 
jangan cuti lama sangat yea.!
get well soon.. 



Kau ada dikala ku sukaDikala ku dukasetiap tangisan dan juga ketawaKau ada dikala ku perlusetia menemaniku
Kau lah yang selaluSelalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situSetia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Ku tahu ku kan selalu adaPada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selaluSelalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situSetia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Kau lah yang selaluSelalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situSetia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku.
Jadi la macam Arab yang kuat semangat.. ! 
Fighting.. 

Sem nie ramai kawan aku injured. 
harap semua sihat2x semua lepas nie. 



Bertuahnya kita.. :)



Saat kita lahir ke dunia. mak ayah kita senyum dan melihat wajah tenang dan suci kita dengan penuh perasaan gembira.. Syukur alhmdulilah.. lahirlah hamba Allah yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan menjaga nam baik mak ayah bila dewasa kelak. Untung la kan? insyaAllah.. 

Bila kita dah besar sikit. kita sentiasa ditemani dengan mak ayah kita. kita jatuh sikit. cepat je mak angkat. alah sayang mak bucuk bucuk. kenapa jatuh... kita pun merengek rengek.. menangis. walhal tak sakit mana pun sebenarnya. kita jer yang over waktu tuh.. 

bila kita dah masuk taska dan tadika. kita mula ada kawan kawan. mak ayah dah jarang ada ngn kita. tapi mereka akan jemput kita balik dari taska dengan penuh sabar. kalau kita nampak kawan kawan kita ada beli makanan, gula gula dan pencil box baru. tekan sikit.. keluar pensel. ada beg roda. boleh tarik tarik. kita cakap la ngan ayah kita.. "Ayah.. nak beg .. beg adik berat la. kalau tak beli.. nanti adik tak nak pergi sekolah.. " gitu la rengek kita bila ayah jemput balik dari sekolah. bila ayah tak beli. kita pun boikot. tak nak pergi sekolah.. last last ayah belikan jugak.. 

bila kita dah masuk sekolah rendah.. kita mula nakal... kita tak geng dah dengan  benda tunjuk menunjuk nie. kita kawan dengan member member sekepala.. sebab apa?sebab  diorang nie lebih memahami.. bila diorang gi memancing. kita pun ikut sama. bila kita dengar diorang nak mandi sungai.. nak lastik burung. kita pun join gak kan. seronok jer kita rasa. kita tak sedar pun mak ayah kita bimbang dan risau dengan kita. kita tau. bila kita cakap dengan mak ayah. confirm kena denda. kena pukul.. kena maki bila sampai rumah. kenapa? sebab kita dengar kawan kawan kita cakap macam tu. jadi kita pun takut. kita bohong ngan mak ayah kita.. kalau mereka tanya kenapa lambat balik.. kenapa selalu keluar petang. kita jawab. ada kelas kafa mak.. ada kelas ganti ayah.. lancar  jer mulut kita bohong. ish.. kenapa la kita tak tau dosa dan pahala. walaupun ada jer subjek pendidikan islam dan moral ni diajar masa kat sekolah.. 



Bila dah masuk sekolah menengah. kita tukar trend pulak. kita mula cari peminat dan ingin diminat. masa tu mula semua sibuk cerita artis favourite masing masing. siap siap tampal kat kalkulator. kat name tag. konon nak buat inspire la. hameph. walhal xda fungsi pun. kalau tanya perkembangan.. boleh  jer jawab dengan lancar. kalau disuruh dan beri pendefinisian rangkap untuk komsas.. satu apa pun tak tau.. kat bilik. tampat la gambar artis pujaan. sampai seluruh bilik. Ayah tanya kenapa tampal. kita cakap. kita nak jadi mcm dia. jadi orang yang  boleh buat duit. ayah diam jer. kalau nak marah. confirm kita merajuk. alamat tak keluar untuk makan malam.. 

Tapi kan.. bila kita dah matang sikit. kita terfikir jugak benda macam tu. kesian mak ayah kita.. banyak nya pengorbanan mereka untuk kita.. tak ternilai pun..

sebab kita nie dah sedar peringat awal. kita ingat jugak ngan mak ayah kita. kita sentiasa doakan yang terbaik untuk diorang. Tapi kadang kadang kita berubah jugak. impian nak jadi anak yang membanggakan mak ayah.. tapi. kadang kadang matlamat tu terbabas.. 

sedih gak sebenarnya.. 


bila masa diploma. kita study jauh dari family. kira kalau naik bas perjalanan 8-9 jam la. kita sedih bila kita jauh dengan mak ayah. sebab ape?sebab bila kita duduk hostel dan study jauh. semua kena buat sendiri. takda orang nak tolong basuh dan iron baju. xda orang nak masak.. masa kena hantar 1st time tuh.. ada yang pengsan. ada yang menangis tersedu sedan. rasa macam nak peluk ketat ketat mak ayah.. kononnya sedih dan pilu.. tapi kan bila dah lama sikit. kita mula adapt dengan persekitaran. kita pun mula pilih kawan. kalau kita pandai cari kawan. kita jumpa dan bergaul dengan kawan yang baik baik. kalau tak.. memang negatif la jawabnya. sama macam zaman sekolah kita dulu dulu.. kadang kadang kita beryahoo messenger sampai pagi.. kita mula cari pakwe.. kita mula dapat makwe. untung la.. bila hujung minggu. keluar sama sama. bila waktu makan, makan sama sama.. tapi bila dah sampai setengah semester, duit kita mula kurang.. sebab salu top up hp..selalu makan kt kfc. pizza hut. salu makan donut. mahal.. sebab nak jaga ati pakwe makwe kan. salu tengok wayang.. bila duit kita xda.. kita pun jarang keluar. bila tak keluar. kita pun stress. bila kita stress. gadoh.. dah gadoh.. ponteng kelas. assignmnt tak buat.. bila lecturer sound. make dunno jer.. nak ngadu ngan pakwe makwe. giler ke! Malu la weii.... 


Tapi.. ada ja incoming call.. Salam. adik sihat? buat ape tu? kita pun jawab lemah.. sihat. kita jawab makan maggie.. Cepat jer mak ayah kita bank in duit.. 

Untung la kan?? 

Kita akan jarang untuk bercerita dengan mak ayah kita.. bila kita menghadapi masalah.. tapi selalunya.. mak ayah itulah yang akan perasan perubahan kita. dan hulurkan bantuan.. 


Saya sayang mak dan ayah saya.. 
Anda bagaimana?
Entri kekeluargaan sangat kan? :^_&

Saturday, April 28, 2012

Become a Samsung Global Blogger now and you could win a trip to London :)


Do you love taking pictures or making videos on your phone?
Are you a social animal online who loves to share what’s happening with your friends?
Do you like to find out the story behind what you see and those you meet?
STEP 1: Create a 30 second audition video in English
STEP 2: Upload it before May 2nd
STEP 3: You could win a trip to report from London if your video is selected!
The Samsung Global Blogger competition is giving you the chance to become a star and report from London during the Olympic Games.

As a Samsung Global Blogger, you’ll be mentored by celebrity judges and have the opportunity to file reports from London. You'll have your very own video blog promoted across 19 countries. You'll be sent out and about in the British capital to cover what's going on and give your unique take on the city.

Entrants should send in their 30 second audition saying why they would make a great Samsung Global Blogger for a chance to be in London during the biggest sporting event of the year!

Competition closes May 2nd 2012.

They're looking for. 

  • Confidence and energy in front of the camera
  • A passion for your subject matter
  • Imagination and originality
  • A good sense of humour
  • A social butterfly – do you use Twitter? Or talk to the world on your own blog?
  • The ability to tell a story well through video and the written word

These finalists will be given their next challenge - creating a video report looking at how their hometown is connecting with the Olympics.
The judges will then pick out the best ones to win the grand prize: a fully paid-up trip to London during the Olympics. Once there, you’ll capture the atmosphere around the UK capital and bring your unique style to millions of people on the web.


Agak agak video mcm nie boleh tak?
:)


Click here for the rule.. 

Awesome Day.. :)

As salam semua.. 

Hari nie semua orang update pasal Bersih 3.0 .. entah siri ke berapa dah.. aku pun tak sure sangat.. tapi apa yang aku tau.. diorang nie pakai baju kuning jer.. kalau nak explore lebih lebih.. aku nie.. agak patriotik sikit. kalau aku dah nampak sikit. aku memang akan terjah sampai ke dalam.. jadi.. banyak la edisi pot pet yang menyusul.. jangan menyibuk.. abah pesan.. belajar rajin rajin.. nanti ptpn x pening nak bayar.. gitu katanya.. jadi sebagai anak yang baik. kena ikut la.. betul gak kan?? 


Sebab hati nie berbunga sikit hari nie.. kita update dengan cerita manis manis dulu.. for those who already make me smile since yesterday.. tq very much.. at least. i know u have a liittle bit sweetness since before..*eh. ayat dah x berapa nak betul dah nie. *
macam dah lama xda feel msg yang begini.. ish.. mungkin sebab terlalu banyak kerja agaknya.. untuk anda yang ingin pergi berjuang mencari rezeki.. selamat berjuang.. selamat pergi. dan insyaAllah selamat kembali.. ohohoho..

Eh. apa fokus entri ini sebenarnya. kenapa entri yang bukan bukan diletakkan di bahagian atas.. terpengaruh dah agaknya.. sebab seharian dah pening memikirkan perkara yang bukan bukan... Mungkin sebab minggu depan nak join motivator to be. boleh tak kalau saya nak update mengenai cinta untuk kali ini ? *ini tiada kaitan dengan situasi di atas. 

Cinta? diringkaskan macam kat bawah nie. 

Inikah cinta yang dicari zaman sekarang? 

Masing masing punya persepsi masing masing. Nak bercinta boleh.. tapi kena la mintak izin mak ayah dulu.. sebab keberkatan itu datang dari mereka. insyaAllah. kalau mak ayah doakan yang baik. insyaAllah.. semua nya akan menjadi baik.. 

Sebab apa? 
segala kelengkapan kita.. mak ayah yang sediakan.. dari sekecil kecil kuman.. sampai la item dan gadjet yang mewah mewah.. :) semua itu bukan milik kita. jadi semua kena mintak lesen dengan mak ayah dulu. tak perlu la nak bagi ayat poyo mcm nie. 
mak.. ayah. boleh tak saya couple?


kalau rasa nak kena lempang. boleh la. :) cakap la elok elok. sy sedang proses mengenali seorang sahabat ke arah yang lebih positif. dan insyaAllah. dia boleh tolong sy sekiranya sy ada masalah. *bg hint jer la.*  orang tua nie. dia boleh lihat kita punya  body language camana. kalau dia tengok lain sikit tu. special la tu.



♥ Kalau Orang tu tak suka kita, cari je yang lain ♥ 

jangan pernah paksa orang suka kita. sebab cinta sebegini tak kan kekal lama.. 




entri ini ditaip sebagai peringatan untuk diri saya sendiri juga.. 


sekarang semakin kuat makan makanan ringan.. 

Thursday, April 26, 2012

Salam Jumaat


Salam Jumaat semua.. 
:)

Semoga hidup kita diberkati Allah SWT... 

di dunia dan akhirat.. 

Tuesday, April 24, 2012

Wordless Wednesday

Coaching process presentation
venue : BE Learning 5
Group : 5
Title : Qualities of a good coach





:)

well done!
special credit to 
Echah,Sara,Yan and Fika. 

:) 



Saturday, April 21, 2012

Ahad? Apa Cerita Anda?

Selamat berhujung minggu sahabat semua.. Hari ini cuma ingin bercerita mengenai idea ringkas dan padat.. Apa akiviti hujung minggu yang selalunya korang akan lakukan.. Beriadah?bersuka ria?makan makan?jalan jalan? semua item itu pasti ada bukan.. Namun sebagai seorang pelajar.. uhuk uhuk.. digalakkan untuk berjimat cermat. pesanan untuk diri sendiri.. :)Hari ini aku nak share dan memperingatkan diri untuk berjimat cermat as a student. al maklumlah.. bila dah tengah tengah sem ni.. macam macam kena beli..

Kita bercerita tentang makan.. Baiklah. makan adalah penting untuk mendapatkan tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.. Makanlah secara sederhana. kalau rajin. masaklah sendiri di rumah.. lebih jimat.. kalau nk jimat. beli sekali harung. eh.. maksudnya. beli banyak sikit lauk tengah hari. boleh makan sampai ke malam.. jadi. tidak perlu untuk turun berkali kali.. Aspek minum pula. banyakkan minum air masak/ air putih.. sebab air masak nie, elok untuk kesihatan selain menjimatkan daripada membeli pepsi twist,F&N and zapplle minuman bertin tu.. selain itu, seandainya anda ingin minum minuman sejuk.. beli la ais je. x pyh beli minuman kat kedai. lebih menjimatkan.. :) [milo ais kedai = rm 1.50 ,  beli ais rm 0.20 sen] dan sila sediakan air sendiri. milo packet boleh dibeli di mana mana kedai terdekat. :)

sedap!

bercerita tentang jalan jalan pulak .atau jalan bersama kawan kawan. digalakkan untuk beriadah tanpa menghabiskan duit. atau dengan kata lain. anda boleh membawa bekal untuk dibawa bersama.. Boleh la tunjuk skill memasak depan kawan kawan. anda juga boleh jimat duit dan jimat masa. tak perlu la nk beli popcorn, keropok, dan sebagainya.. boleh la memasak sendiri nasi goreng dan sandwich di rumah.. kalau anda setakat pergi karaoke bersama kawan kawan.. sila isi perut kenyang kenyang dulu. dan nyanyi la puas puas.. :)


Baiklah. untuk shopping pulak. :) ni hot sikit. sebab aku ni jenis membeli gak la kalau berjalan.. sila la berjalan seorang diri. eh. beli la ikut keperluan.. maksudnya. item itu adalah murah dan ikut  trend semasa. jangan membuat fesyen lain dari yang lain. sebab selalunya kita akan dapat melihat environment sekeliling dengan melihat kepada penampilan sahabat sahabat kita..Contohnya mesti ramai yang suka tudung awning, printed bawal. aku pun sangat suka.. bawal 2 tone. 1 tone. 3 tone. (nie mahal sikit) ahaha.. beli la yang murah dan buat perbandingan harga. kalau boleh jangan beli online sebab selalunya memang akan dicaj kos penghantaran. bukan mereka yang caj.. tapi memang itu adalah keperluan untuk penghantaran barang.. jadi, kalau nak jimat, jalan jalan la ke pasar terdekat. anda boleh lihat secara real dan boleh cuba sendiri. lebih berbaloi..


siapkan tugasan anda sebelum keluar berjalan jalan jalan.. ini adalah penting untuk mengelakkan kerja last minute. *macam aku*.. jadi apabila anda tengah shopping dengan rakan rakan., anda tidak perlu risau dengan  tugasan anda yang terbengkalai di rumah.. :)



Takziah untuk pelajar upsi yang kembali ke rahmatullah semalam.. aku malas untuk update mengenai isu itu, kerana aku tak tau apa sebenarnya kes terpencil yang kita semua tak tahu.. apa yang penting. doakan dan sedekahkan al fatihah untuk allahyarhamah.. sebagai seorang pelajar di sini, aku juga turut bersimpati atas kejadian ini. takziah untuk keluarga mangsa.. 

Selamat Berhujung Minggu Sahahabat Sekalian.. 
:) 

Pesta Kaul....

Entri kali ini berbaur kerinduan... 
:)
Berapa season agaknya aku dah tak join pesta kaul ni.. tiba2 bila tengok orang post kat wall tadi.. eh.. Mukah dah kaul.. uhuk. telan air liur sat na.. .
Apa Pesta Kaul ini sebenarnya.. 
:) 
Pesta kaul ini adalah satu pesta keramaian di Bahagian Mukah, salah satu bahagian di Negeri Sarawak. Lazimnya dan memang akan disambut pada bulan April.. Kaul ini adalah satu pesta keramaian yang dahulunya adalah untuk menunjukkan atau memberi penghargaan kepada tanah, air dan darat.. (kiranya atas pemberian rezeki la)Kaul ini memang disambut di pantai kala dana. 

Kini, kaul ini lebih kepada konsep pelancongan dan keramaian...
Kaul adalah satu simbolik kepada pelancongan di Mukah.. 



antara aktiviti yang dijalankan adalah.. 

pertandigan bot dan rakit.. 




Ratu kaul..


pesta layang layang... 



cantik kan??? 
ini adalah gambar gambar untuk pesta kaul yang lepas.. 
:)
terdapat juga gerai komuniti yang didirikan di tapak pesta kaul ini.. 
Aktiviti gerai komuniti lebih kepada gerai jualan dan pameran.. di sini anda semua akan dapat melihat bermacam macam jenis kuih dari semua daerah dan kampung di sekitar mukah atau bahagian bahagian lain di sarawak.. mereka akan menjual dengan kadar yang murah dan yang pasti itu memang kuih yang fresh.. sebab kadang kadang. ada kuih tu mereka memang hasilkan di gerai jualan.. :)




terdapat juga barangan unik dan kreatif yang boleh menarik minat pengunjung.. lazimnya mereka akan menjual barangan dapur dan alatan serbaguna tradisional yang dianyam.. :)
tak beli pun xpe. tengok2x jer pun boleh.. 
item hot yang selalu dijadikan cenderamata adalah keychain, tshirt, tabung dan sebagainya..


..............................................................
Pesta Kaul.. 
serius.. 
saya rindui suasana ini.. 

+_+

shopping bersama sibling.. 
laksa.. :(


jalan dari siang... 

sampai ke malam.. 
ahaha..
mcm x logik pulak kan.. +_+

ini adalah last pic aku masa kaul di mukah.. 
2010.. 
:)

its ok.. 

terima kasih untuk kawan kawan yang upload pic di fb.. 
terubat rindu kaul untuk tahun ini.. 
jadi kepada sesiapa yang belum pernah ke Pesta Kaul.. 

marilah kita berkaul di Pantai Kala Dana dan Pasar Mukah.. 
:)

kalendar Pesta Kaul 2012 anda boleh download di sini.. 

credit to this page.. 

for all the pic above.. 
Like this page to get more info about this festival.. 
:) 
thnks for reading.. 
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah