Tuesday, April 10, 2012

Artritis

Salam semua.. sekadar ingin berkongsi pembacaan dan info di waktu cuti cuti begini.. kalau aku update mengenai kisah perasaan, macam kau sorang jer ada perasaan kan? baik aku update info berguna sikit pagi nie.. sebab cuti kn?untuk yang bekerja.. selamat bercuti semua.. sempena pertabalan Yang Dipertuan Agung pada hari ini.. 


pernah tengok tak gambar di bawah?
ini adalah permulaan / tanda tanda bagi artritis.. 

apa itu artritits?


Artritis adalah satu terma perubatan yang merujuk kepada keradangan pada bahagian sendi. Sendi boleh menjadi merah, bengkak, kejang, panas, sangat sakit dan tidak boleh bergerak


Lazimya, pesakit akan sukar untuk menggerakkan sendi dan mengalami kehilangan kekuatan atau tenaga pada otot yang dijangkiti. walaupun ramai di kalangan pesakit nya adalah golongan tua, namun tanda tanda awal boleh dilihat pada golongan muda.. 




  • sendi jari yang kaku dan bengkok,
  • kekejangan pada sendi kaki
  • bengkak serta benjolan pada sendi tangan

penyelesaian?

kita perlu berjumpa doktor untuk diagnosis. kerana penyakit ini bukan hanya terjadi pada orang tua, tetapi boleh juga kepada orang muda dan kanak kanak.  Bagi golongan muda, mereka sering diserang reactive artritis yang bersifat sementara dan akan sembuh. Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan kerosakan sendi dan kesakitan.. 


cegah sebelum parah..


Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah