Saturday, October 30, 2010

Kenapa

hati oh hati.. 
kenapa kau keliru lagi.. 
kenapa?
kenapa....


Ya Allah.. berikanlah aku petunjuk dan kekuatan.. 
aku ni kalut ke ape... 
uiks.. 
tak dapat kang. nangis pulak.. 
dah dapat. nak tak nak jer pergi.. 
apesal?
tips abg arif kasi tadi buat tambah gabra ke.. 
uiks.. 
tolonglah.. 
... 
kuatkan semangat ku..
+_+

Semakan Ujian Medsi dan Temuduga ke Universiti Pendidikan Sultan Idris



Semakan Ujian Medsi dan Temuduga ke Universiti Pendidikan Sultan Idris Kini Dibuka.. 

sila klik untuk semakan.. 

tak dapat semak? 
sila tinggalkan mesej di bawah yea.. 

Tuesday, October 26, 2010

Sotong Peramal Piala Dunia Mati



Pada 26 Oktober 2010, Paul menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya, menurut Stefan Porwoll, pengurus Pusat Hidupan laut di Jerman.[20]
Sudah diduga bahawa Paul akan mati sebelum kejohanan UEFA Euro 2012, kerana sotong kurita biasa biasanya tidak hidup lebih lama daripada tiga tahun. Selepas Piala Dunia 2010, pemilik Paul, Julie McDee mengumumkan persaraannya sebagai peramal..
*tinggal sejarah*


psst.. semoga demam aku ni cepat sembuh.. uwww.. :(
keadaan tidak mengizinkn aku untuk blogwlking
salam.. 

Saturday, October 23, 2010

SPM: Subjek Sejarah Wajib Lulus Mulai 2013

SPM: Subjek Sejarah Wajib Lulus Mulai 2013
Nak tau cerita selanjutnya??
Sila klik pada ruangan read more di bawah


KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subjek syarat wajib lulus itu sama sepertimata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.
Pengumuman itu dibuat Muhyiddin semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu.
Sementara itu Timbalan Presiden Umno itu berkata, kementeriannya akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan Perlembagaan negara.
"Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini," katanya.
Pada masa ini Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil di peringkat sekolah menengah.
Selain itu Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membiayai aktiviti Yayasan Guru Malaysia Berhad.
"Fungsi Yayasan Guru Malaysia Berhad seperti yang ditimbulkan perwakilan Sabah, ia akan diperkasakan dengan memperhebatkan kempen untuk menggalakkan guru-guru menjadi ahli yayasan.
"Kita sedar bahawa yayasan ini memerlukan suntikan kewangan kepada dana yang sedia ada...justeru kita salurkan peruntukan ini bagi membiayai aktiviti yayasan tersebut untuk kebajikan guru-guru," katanya.

sekiranya pelajar itu minat sejarah / bercita-cita ingin menjadi seorang peguam
pelajar itu pasti akan  mengadakan menari-nari apabila membaca berita ini..
sekian terima kasih

Geram

sabar
geram 
sabar
geram
sabar 
dan semakin geram
-sigh-

Friday, October 22, 2010

Aku






Serius...

aku tidak tahu mahu update entri apa pada malam ni
akan tetapi.. 
semangat untuk menaip.. 
tersangat la kuat...

maaf sekiranya penggunaan bahasa dalam entry ini adalah tunggang langgang
hendak mengedit  blog..
belum ada idea mantap.. 
jadi kembali menulis di sini...

sejak dua menjak ni.. 
memang makin sibuk.. 
kerja semakin bAnyak. 
tetapi apabila terkenang akan terima gaji
aku senyum sendiri

yer la kan.. 
siapa yang tak senyum kalu isu gaji
esok persekolahan adalah seperti biasa
sekolah ganti
jadi. esok aku kena mengajar 6 masa.. 
sila senyum dan semangat yer cik oura

selesai menyemak kertas ujian percubaan semalam membolehkan aku bernafas lega kembali 
semoga kalian  mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM

maaf la yer sekiranya input yang cikgu berikan tak mencukupi
cikgu dah cuba yang terbaik
makluman yer.. 
cikgu bukan guru terlatih
cikgu bukan siswi keluaran mktab
cikgu kurang berpengalaman
*dalam proses menambah la nie*

siapa tak nebes bila 1st time mengajar macam aku
lalalalalala
*tapi kalu keluar dating lagi nebes kut.. haha*

feel ini memang aku tak kan lupa smpai bila2
dengan anak murid yang chomel
manis
nakal
degil
semua la

maaf la yea. 
kadang2 cikgu emosi


garang
senyuman ckgu memang agak mahal
:)

*ayt ni aku dgr kt bilik guru pagi tadi dikomen oleh rakan sekerja* haha
ape pun.. 
cikgu tetap syg korg semua

minggu depan
ujian untuk menengah rendah
Good Luck to All of you.. 
akuh!!
akuh!

bagi yang belum pernah jumpa aku sebelum ni
ni la aku

aku dh ada blog dulu
tapi aku delete

walau aku syg cmana pun
aku delete gak

sekian terima kasih

lecturer & kwn  aku kata aku dh gmuk bila aku pki spec

ish!

but i miss both of them. lalalalala

nite.. :)



Kerana Dia Manusia Biasa.

Aku dapat coretan cerita ini ketika blogwalking.. tajuknya yang agak menarik mencetus semangat untuk meniti tiap  bait yang terukir.. Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.
mari kita baca sama-sama.. 

"cinta yang indah adalah melalui pernikahan"

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.


Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." 

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya.. putih? "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


************ ********* *******

Kepada ...... 
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?


"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.


"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"


"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.


Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin. 

Wallahu 'alam.
credit to this blog 

Tuesday, October 19, 2010

Dapatkan kembali kekasih lama



Kesedihan anda ini umpama kes kehilangan handphone. Anda merasakan hidup anda sudah berkahir. Anda sebenarnya belum menikmati perasaan mempunyai handphone baru yang lebih canggih dan menepati citarasa anda.
Mulut tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara.. 
hati tergelak bila baca entry nie.. 
memang kaw la ayt penulis ni pakai.. 
Cara ini mungkin berkesaan atau mungkin tidak untuk anda. Tapi agak best untuk diketahui kan? mari kita baca sama-sama...





Saya tergamam seketika apabila ditanya oleh sahabat karib saya tentang satu soalan yang berbunyi seperti ini “Macam mane aku nak dapatkan dia kembali? Ada ayat cinta ajaib tak?
Saya seorang penulis buku membicarakan bagaimana untuk menyelamatkan cinta. Saya juga seorang pengkaji ilmu-ilmu berkenaan cinta. Seharusnya soalan seperti itu saya boleh anggap sebagai soalan asas. Soalan kacang.
Tetapi saya pusing. Entah kenapa, saya kelu. 
Mari saya ceritakan.
Dari pengalaman saya sendiri, saya pernah putus cinta beberapa kali. Kesemuanya kerana keputusan saya sendiri, kecuali SATU. Satu inilah yang memberi impak besar kepada hidup saya. Saya ditinggalkan begitu sahaja. Ya, anda tidak keseorangan, saya juga seperti anda.
Kali ini saya akan berbicara dari sudut yang agak kejam dan kasar. Tema tulisan saya kali ini adalah jangan terhegeh-hegeh hendak dapatkan kembali si dia yang telah meninggalkan anda. Move ON! 
Saya yakin kekasih lama anda boleh kembali kepada pangkuan anda. Saya juga yakin kita boleh membuat kekasih lama tertarik semula kepada kita. Tetapi untuk menghormati insan-insan yang mudah berputus asatidak yakin untuk meneruskan kehidupan dan stress kerana baru atau sudah lama ditinggalkan kekasih, izinkan saya curahkan realiti kehidupan kepada anda.

Lagu Cinta Untuk Yang Berputus Asa

Baik, anda jangan hubungi lagi bekas kekasih anda. Biarkan sahaja dia dengan kehidupan dia sendiri. Buat apa anda hendak kacau hidupnya yang sedang bahagia sekarang. Dia tinggalkan anda kerana DUA sebab. 
1. Dia merasa tidak selesa, meluat atau tidak tahan apabila bersama dengan anda.
2. Dia menemui pasangan yang berjaya menambat hatinya. Mengisi kekosongan jiwanya dengan tarikan aura yang hebat (anda kalah di sini).
Anda sudah ditinggalkan. Lupakan dia sahaja.  Ganti perasaan kosong anda dengan mencari insan yang boleh mengubati luka parah anda sekarang. Banyak lagi di luar. Mereka berada di sekeliling anda. Anda tidak sedar kerana anda telah BERPUTUS ASA or should i say LOOSER?
Kesedihan anda ini umpama kes kehilangan handphone. Anda merasakan hidup anda sudah berkahir. Anda sebenarnya belum menikmati perasaan mempunyai handphone baru yang lebih canggih dan menepati citarasa anda. ( i have a new one ok!)
Anda menerima kehilangan ini sebagai batu loncatan untuk anda mendapatkan yang lebih baik.
Move on. Bergerak ke hadapan. Jangan tunggu lama-lama.
Keras. Kejam. Kasar.
Tapi inilah jalan pintas untuk anda mendapatkan kembali hak anda – cinta bahagia.

“Tapi Hazwan cakap cinta boleh diselamatkan?”

Ini pula untuk anda yang yakin cinta anda boleh diselamatkan
Mari sambung.
Ya, betul. Masalah cinta boleh diselesaikan. Anda masih berpeluang mendapatkan kembali kekasih lama yang telah meninggalkan anda untuk sekian-sekian sebab. Semuanya boleh…
…dengan STRATEGI yang betul.
Manusia adalah makhluk yang berakal dan berperasaan. Manusia ada psikologinya yang tersendiri. Manusia ada beribu-ribu jenis perasaan (state of mind) seperti gembira, sedih, ingin tahu, benci dan suka. Jika anda boleh mengaktifkan perasaanini pada waktu-waktu tertentu mengikut turutan tertentu, nescaya anda akan dapat apa yang anda mahu. Ilmu ini masih dianggap misteri di kalangan kita. Saya telah mencungkil rahsia ini.
Jika anda memang berniat hendak mendapatkan kembali kekasih anda, musnahkan kata-kata negatif yang berbisik-bisik di telinga anda dahulu. Kata-kata negatif boleh melemahkan semangat anda. Kata-kata rakan anda, kata-kata keluarga anda bolehmelenyapkan impian anda untuk bersama dengan kekasih tercinta anda.
Mereka sebenarnya hendak menenangkan anda sahaja. Itu keutamaan mereka. Anda dapat atau tidak kekasih anda kembali, itu nombor 2. Inilah realiti kehidupan.
Apapun, saya ucap tahniah kerana anda masih ada keyakinan. Anda tahu, pada masa tertentu, pada situasi tertentu, anda pasti akan dapatkan kembali kekasih anda. Anda pasang niat. Anda berdoa. Anda menggunakan prinsip tarikan. Anda gunakan apa sahaja cara untuk meyakinkan diri anda ( cara beretika dan tidak membahayakan diri anda dan orang lain).
Percayalah, anda boleh mendapatkan kembali kekasih anda. Tekadkan di hati anda. Tanamkan di jiwa anda bahawa anda PASTI akan mendapatkannya kembali. Itulah yang anda perlukan sekarang, tidak kira anda baru putus atau sudah seketika lamanya. Anda harus PERCAYA dahulu. Yang lain datang kemudian.

Jawapan Untuk Persoalan Masalah Cinta

Berbalik tentang soalan sahabat saya tadi, saya menjawab “F ( bukan nama sebenar), aku tak tahu nak jawab apa sekarang, tapi aku tahu macam mane nak buat dia tertarik balik kat kau dalam masa 3-4 minggu.”
Seterusnya menjadi sejarah. Dia akhirnya betul-betul berjaya mendapatkan kembali kekasihnya. Cara ini mungkin berkesaan atau mungkin tidak untuk anda. Tapi agak bestuntuk diketahui kan? 
credit to this blog.. 
best.. :)
langsung tak da kaitan pun ngn aku nie..
ngee.. 
awak.. 
boleh tlong macho dan staigt to the point ckit x.. haha
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah