Saturday, October 23, 2010

SPM: Subjek Sejarah Wajib Lulus Mulai 2013

SPM: Subjek Sejarah Wajib Lulus Mulai 2013
Nak tau cerita selanjutnya??
Sila klik pada ruangan read more di bawah


KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subjek syarat wajib lulus itu sama sepertimata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.
Pengumuman itu dibuat Muhyiddin semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu.
Sementara itu Timbalan Presiden Umno itu berkata, kementeriannya akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan Perlembagaan negara.
"Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini," katanya.
Pada masa ini Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil di peringkat sekolah menengah.
Selain itu Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membiayai aktiviti Yayasan Guru Malaysia Berhad.
"Fungsi Yayasan Guru Malaysia Berhad seperti yang ditimbulkan perwakilan Sabah, ia akan diperkasakan dengan memperhebatkan kempen untuk menggalakkan guru-guru menjadi ahli yayasan.
"Kita sedar bahawa yayasan ini memerlukan suntikan kewangan kepada dana yang sedia ada...justeru kita salurkan peruntukan ini bagi membiayai aktiviti yayasan tersebut untuk kebajikan guru-guru," katanya.

sekiranya pelajar itu minat sejarah / bercita-cita ingin menjadi seorang peguam
pelajar itu pasti akan  mengadakan menari-nari apabila membaca berita ini..
sekian terima kasih

2 comments:

Afiqah Rahma said...

Good Luck Yawww !

Anak Gemilang said...

@Afiqah Rahma hehe. dah lepas dah SPM ni.. nsib baik masa zman kte bnda ni xda.. haha

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah