Tuesday, November 30, 2010

Berkira..

~pesona itu dalam kenangan..~
Berkira.. 

punya la best ayat awal entri aku malam ni.. 

aku ni berkira-kira nak keluarkan duit malam ni.. haha.. 
berangan -angan masih nak sambung degree.. haha. 
walhal dah kena reject ngn UiTm dan UTHM.. 
haish.. 
sabar.. 
sila terima hakikat.siswi politeknik memang susah nak mAsuk Universiti.. 
walau pointer kau dapat memang taraf dekan.. 
mari kita percaya konsep rezeki ok?? 

Ni tengah berfikir ni.. 
ceh... 
Aku ni nak ambik lesen keta dah bulan Disember ni.. haha.. 
ceh.. kalu clzm3 aku kt poli baca ni. . mesti gelak sakan ni.. 
"Punya la lama kau nk ambik lesen keta tu oura.. haha.. "

Meh aku story sikit ni.. 
aku contact kerani tu hari tu.. 
aku cakap la. aku nk up sikit waktu belajar kan.. 
Aiseymen.. mentang2 cuti sekolah.. 
yer la. taraf GSTT aku kan Valid sampai Disember.. 
*ayt confident*
tup2 gaji bulan disember tak masuk.. padan muka.. haha.. 

Tu la. berbalik kepada cerita tadi.. 
kerani tu mintak aku tambah sikit aku punya deposit.. 
yer la. aku dah lama tak byr.. kot la. (logik la kan.. -aku dah lama tak belajar)
asal aku nak belajar.. 
kereta rosak la. 
jadual penuh la.. 
itu la
ini lah.. 
bila aku dah nak ambik lesen ni.. 
dia suruh aku tambah deposit... 

aku bagitau.. 
aku bayar hujung bulan.. 
tapi.. 
tiba2 lah kan. 
incase la. aku tiba2.. dapat untuk smbung degree.. 

dapat la tawaran upsi tu.. *berangan lagi*
dan aku tak dapat la menduduki ujian memandu tu.. 
kan rugi aku.. 
rugi la aku.. 
rugi kan..
kan???


tapi.. aku masih jugak nak belajar.. 
yer la. aku dah byr deposit dulu.. 
beratus gak aku bayar.. 
tak kan nak tambah lagi... 


kesimpulan.. 
adakah saya terlalu berkira dan berangan-angan... 

bila mahu bayar lagi ni.. 
kalu aku bayar.. maka.. aku dapat la belajar untuk minggu ni.. 
kalau aku tak bayar.. 
macam mana nak tanya jadual belajar untuk bulan ni.. 
kan???? !!!!

MESTI KORANG PENING BACA KAN.. 


pendek kata.. 
aku nak bayar ke tak deposit tu kan... 
bayar-dapat la belajar
tak bayar - tak la aku rugi kan? kalu aku dpt upsi mggu depan.. haha.

owh.. upsi 5 Disember.. 
walaupun kau course yang open market.. adakah aku akan terima..? 
*berangan lagi*

Sunday, November 28, 2010

E-rayuan UiTM kini dibuka..

E-rayuan kini dibuka bagi 
Program Ijazah Sarjana Muda
Program Diploma dan Diploma


sila klik 


jom merayu ramai-ramai..



La Tahzan..



“The past is behind, learn from it.
The future is ahead, prepare for it.
The present is here, live it.”


“Don't cry because it's over. Smile because it happened.”


Allah jadikan setiap perkara itu bersebab.. 


kepada yang tidak berjaya.. untuk kemasukan ke UiTM sesi Disember
jangan kecewa
jangan berputus asa
rayuan masih dibuka sehingga 10 Disember 2010
*bagi yang mengalami masalah permohonan tiada dalam sistem*
sila usha usha web uitm selalu yea.. 
mana tau check2x. dapat.. ! 
siapa tau??? 
syyh... 
dah dah.. toksah monyok2x lagi.. 
 life must go on.. 
senyum sikit!!! 





Saturday, November 27, 2010

Anda tiada di dalam Pangkalan Data

Harap Maaf, 

Permohonan anda ke Universiti Teknologi MARA adalah tidak berjaya.


Calon yang tidak berjaya , boleh membuat permohonan e-rayuan dengan 



Keputusan adalah muktamad !

dan bila kita click untuk buat rayuan


Harap Maaf,
Permohonan anda tiada di dalam Pangkalan Data. Sila pastikan :
Anda memilih Peringkat Program mengikut permohonan yang lepas
No Kad Pengenalan yang anda masukkan adalah tepat.
    Sekiranya rekod yang anda masukkan adalah tepat dan anda klik muktamad semasa membuat permohonan, anda boleh merujuk kepada:
    Bahagian Pengambilan Pelajar
    Universiti Teknoogi Mara
    Tel: (603)5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
    Faks: (603) 5544 3170
    e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my
    sila senyum ok..
    sekian terima kasih..


    p/s : ada tak sesiapa yang nasibnya macam aku???!


    tahniah kepada yang berjaya.. 



    Thursday, November 25, 2010

    PERMOHONAN TRANSKRIP PMU SEMESTER AKHIR (SIJIL/DIP)


    Salam.. 

    Entri ini khas ditujukan buat Adik Solehah yea.. (tahniah yea laling. .anda dah tamat pengajian)

    soalan: kak oura.. bila kita boleh mtk trsnkrip??

    jawapan : hihi..  hari ni pun boleh.. ^_^

    ok.. sila ikut arahan di bawah

    sila download borang trnskrip di pautan di bawah


    sila download dan isi borang tersebut secepat mungkin

    sila bagi sebab yang munasabah untuk proses pengeluaran transkrip tersebut

    *contoh : smbung belajar/ Temuduga/Kerja*

    Sila poskan borang ke politeknik Mukah 
    di alamat

    Politeknik Mukah Sarawak
    KM 7.5, Jalan Oya,
    96400 Mukah, Sarawak.

    (UP : PERMOHONAN TRANKRIP)
    Tel: 084-874001  Faks: 084-874005



    Sekiranya keperluan mendesak
    sila faks (lagi cepat kan) dan berhubung dengan pegawai yang berkaitan

    Setelah semua proses itu selesai
    Unit Peperiksaan akan mengepos / fax transkrip anda
    *sekiranya nak cepat: sila ambil sendiri di Unit Peperiksaan *
    -tp.. prosesnya dalam 2-3 minggu cmtu la- (jangan pulak ari ni anta; esok terus menagih)
    untuk pelajar yang mengambil sendiri transkrip di pmu
    sila pastikan pegawai yang berkaitan
    berada di PMU 
    kerana transkrip anda perlu DISAHKAN terlebih dahulu
    *kalu tak disahkan; kurang laku yea adik2*
    sebab belum konvo lagi

    SEMUA INI MEMERLUKAN PROSES YEA ADIK-ADIK JUNIOR.. 
    SILA BERSABAR OK.. 

    kurang faham??
    sila tinggalkan komen ok.. 
    malu?? 
    masuk kat sini terus.. 


    SEKIAN TERIMA KASIH.
    ^_^
    muka innocent sem 1.. 

    Semakan Keputusan Peperiksaan


    Sila Klik pada pautan di bawah untuk semakan keputusan Peperiksaan.. 




    Tahniah untuk semua yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. 

    untuk yang tak dapat AKJ tuh.. 
    cuba lagi untuk semester depan... 

    Kalau Berpacaran ~ _~

    Sohaimi Mior Hassan
    Kalau berpacaran
    Memang banyak pantang larang
    Menjaga susila
    Ibu bapa adik abang

    Apabila berdua
    Carilah tempat yang terang
    Agar tidak pula
    Mencuba aksi terlarang
    Korus
    Boleh pandang-pandang
    Jangan pegang-pegang
    Duduk renggang-renggang
    Bertambah sayang
    Biar malu-malu
    Biar segan-segan
    Kerna malu itu
    Perisai orang beriman
    Ana Raffali
    Kalau berpacaran
    Jangan tunggu lama-lama
    Kalau dah berkenan
    Jumpalah ayah dan mama
    Hantarkan rombongan
    Meminang dengan segera
    Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
    Ulang korus
    Altimet
    Yeah
    Kita sambung cerita
    Kalau kamu berdua
    Aku yang ketiga
    Aku penambah perasa
    Akulah pendarab nafsu serakah
    Hai teruna bikin perangai selamba
    Hati si dara kata tak apa
    Berani buat terima padah
    Kalau tak sedia
    Ucap syahadah

    Wednesday, November 24, 2010

    ::PETUA IMAM SYAFIE:::

    Empat perkara menguatkan badan
    1. makan daging
    2. memakai haruman
    3. kerap mandi
    4. berpakaian dari kapas



    Empat perkara melemahkan badan

    1. banyak berkelamin (bersetubuh)
    2. selalu cemas (*ish.. ni boleh lemah badan ni*)

    3. banyak minum air ketika makan
    4. banyak makan bahan yang masam


    Empat perkara menajamkan mata


    1. duduk mengadap kiblat
    2. bercelak sebelum tidur
    3. memandang yang hijau
    4. berpakaian bersih

    Empat perkara merosakkan mata

    1. memandang najis
    2. melihat orang dibunuh
    3. melihat kemaluan
    4. membelakangi kiblat


    Empat perkara menajamkan fikiran


    1. tidak banyak berbual kosong
    2. rajin bersugi (gosok gigi)
    3. bercakap dengan orang soleh
    4. bergaul dengan para ulama



    4 CARA TIDUR


    1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
    2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
    3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
    4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

    * Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati

    credit to  this blog..  

    Tuesday, November 23, 2010

    Rumah Baru


    rumah baru.. 
    *
    *
    *
    *

    ok x?? 

    nanti edit dan bw lagi ok.. 

    nak kuar jap.. 

    sapa nak ikut????? 



    Monday, November 22, 2010

    Jangan Curang Ye Sayang!!!!



    Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
    OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

    Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

    betapa setia nya dia pada aku.. 


    Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die......... 

    "SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
    Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
    Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

    Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
    Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt  inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur..  Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

    Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

    Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.."  Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi  aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

    semoga cinta aku tak kan berubah sama seperti cinta Nadia.. 
    luhur Sungguh hati nya.. 


    Sunday, November 21, 2010

    You One in A million... :)

    Boys are like stars, there are millions of them out there, but only one can make your dreams come true 


    *dengar lagu one in a million membuatkan jiwaku tersentak seketika*

    Kenangan


    1 GAMBAR

    SERIBU KENANGAN

    thanks to Wan Hazel for this tutorial

    Saturday, November 20, 2010

    Iklankan blog anda di sini..





    Salam
    tengok gambar kat atas... 
    atau sila tengok sebelah kanan blog.. 
    tahniah yea cik oura.. sebab anda dah pandai buat ruangan iklan.. 
    hak3x (walhal orang lain dah lama tau)
    Siapa nak iklan kan blog korang kt blog ni.. 
    jom..
    murah jer.. 
    hik3x.. 


    siapa nak iklankan blog korang kt sini.. 
    sila hubungi saya di
    emel: mrstsukasa@yahoo.com
    facebook :  Zahora Ahyan

    atau tinggalkan komen di sini.. 


    ok??? 

    promosi dibuka sekarang.. 

    yang awal boleh dapat diskaun ok??? 
    sekian harap maklum

     

    Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah