Tuesday, July 31, 2012

Selamat Ulang Tahun.. :)

My Dearest Siti Sara.. 
^_^
Happy Bestday Sayang... 
May All your wish come true.. 
^_^
Selamat Berpuasa..!
Rindu! 
:) 

Tuesday, July 24, 2012

Muhasabah Diri Di Bulan Ramadhan...

Salam Ramadhan semua.. :) 
Semoga puasa ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua.. 
Seolah-olah telah lama blog ini tidak diupdate dengan cerita peribadi.. al maklumlah.. untuk bercerita mengenai teman teman secoursemate. Mereka kini tidak berada di bumi Tanjung Malim ini, ingin bercerita mengenai program, setakat ini tiada program yang menarik untuk dijadikan kenangan di blog ini.. blog ini tidak meriah tanpa gambar gambar coursemate at43. (poyo je ayat)... 

Upadate pada hari ini sekadar ingin berkongsi mengenai 2 teori yang telah dipelajar minggu lepas. Teori Perubahan Sikap yang telah dipelajari beberapa hari lepas masih tidak begitu dipraktikkan.. Baiklah teori ini terbahagi kepada dua.. iaitu Teori Of Change Behavior dan 6 Stage of Change Behavior.. Entri ini bukannya ingin bercerita ala ala Ahli Falsafah.. Sekadar ingin memberi peringatan kepada diri sendiri.. *Entah bila nak berubah ke arah student yang cemerlang gemilang dan segala galanya mencakupi as a student life.. 

ini hakikat!


Baiklah bercerita mengenai hakikat ini.. beginilah ceritanya.. Aliran ceritanya masih sama.. Lewat Masuk ke Kuliah.. * aku jarang begini sebenarnya.. tapi mungkin life sejak dah ada motor ni.. mind set sentiasa berfikir.. Eh, naik motor lagi cepat.. Tak terfikir dengan aspek keselamatan dan kelambatan di Jalan Raya.. Hesh.... Kalau la mak ayah di kampung tahu.. masyaAllah.. punah harapan.. punah impian untuk melihat anak nya mendapat hidayah dan masih tersesat di sini.. 


Walhal minggu lepas telah pun belajar mengenai 2 teori yang penting ini. yang berasaskan kepada niat sebagai paksi utama.. Nampaknya selepas ini perlukan teori Thorndike Skinner segala bagai.. 
Theory of Plan Behavior.. 

Teori ini berteraskan niat.. Niat adalah kunci utama dan teras utama ke arah mengubah sikap. Namun, teori ini dipengarahi oleh persekitaran, contohnya faktor dipengaruhi oleh pemboleh ubah seperti demografi, persekitan, sikap dan personaliti dan sebagainya.. Berdasarkan norma dan sikap inilah yang membawa kepada proses kepada perubahan sikap.. dan segalanya berbolak balik kepada niat seseorang itu. So, niat kenalah lurus dan sentiasa konsisten dari segi perlaksanaan kepada perubahan sikap.. 

Contoh situasi.. 
Insiden 1: lambat ke kelas.. (kelas jam 2, aku masuk 2.30.. ) melampau u ollls.. !
Penyelesaian: Maka aku pun fokuslah niat aku untuk tidak lambat ke kelas lagi walaupun dipengaruhi oleh mind set aku yang bilik kuliah tu tak la jauh mana. boleh merempit 60 km/j.. Faktor persekitaran harus diambila kira. buat ape nak cepat cepat. mesti ada yang lagi lambat. ni faktor hampeh. aku tak pernah terfikir pun. Pemboleh ubah individu lain.. kalau kawan ajak. kita masuk lagi lambat pun takpa.. ini bukan jenis kawan aku la. kawan aku memang jenis telinga dan hati cepat pedas kalau kena sound ni.. ahahah.. 

kesimpulan : Maaf puan... semalam sy ingat kelas jam 2.30.. # ini realiti semester khas.. 
tarik nafas  dalam dalam.. 




Ini adalah teori perubahan sikap yang kedua .. 6 stages of Behavior Change.. yang telah dibangunkan oleh James O Prochaska melalui model Transtheoritical pada tahun 1977. Model ini melibatkan  enam peringkat, namun satu peringkat yang tidak dinyatakan secara jelas iaiti fasa keboleh balikan iaitu kembali ke perangai lama.. Maka ia dianggap tidak berjaya untuk merubah sikap. Model ini digunakan oleh kebanyakan Dr untuk merubah sikap pesakit yang tidak mengamakan gaya hidup sihat.. macam aku nie.!

Contoh Insiden: 
Suka buat kerja last minute.. terutamanya tugasan. aisehmen.. terasa aku.. lap peluh jap. ibarat air mata mak abah di kampung.. #pemalasnya!
Apa punca.. !
Baiklah kita lihat 6 Fasa yang terlibat yea.. (ini merujuk kepada fakta kes diri sendiri) 


Fasanya ialah seperti di bawah :


  • Fasa ketidak sedaran ( alah.. boleh jer buat nanti. 10 muka surat jer kan.. tak banyak mana pun..)
  • Fasa Kesedaran ( kenapa la aku tak buat tugasan ni.. Kalau dah buat mesti dah siap! Insaf!)
  • Fasa Persediaan.(mula bersedia dengan log out FB dan Youtube.. wakakakaka)
  • Fasa Tindakan( Mula menaip assignmen dengan gigih tanpa putus asa)
  • Fasa Pelaziman( Menjadikan tugasan itu sebagai perkara rutin sebelum log in fb- cuba maintain )
  • Fasa Pengekalan(walaupun assigment dah siap.. terus mind set untuk terus buat tugasan lain dan cuba kekalkan..
  • Kebolehbalikan (ini memang jadi kat aku! dah hantar satu tugasan. trend lama, iaitu mengutamakan fb dan perkara perkara yang tidak sepatunya.. assginment letak tepi----> ini adalah kebolehbalikan

  • #jadi perubahan sikap tidak mencapai matlamt kerana proses kebolehbalikan telah berlaku.

Walaupun kedua dua teori ini telah dipelajari. namun sehingga kini.. (dalam semester khas ni la.. ) aku gagal untuk merubah sikap.. 

kesan : 

#lambat masuk kelas.. -------> niat (perbetulkan)
#slide presentation byk typing error ( jangan buat assgment last min) 


Selamat Menuju perubahan... 

one of my besties
selalunya kalau dia ada..
bila dengar assgment dia dah siap..
aku akan stress..
ni dia takda.. !
ini memang pengaruh dia takda la nie.
:) 

#kalau teori ini masuk mid term ni.. harap aku boleh jawab.. 

Sekian.. 






Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa.. :)

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.. 
semoga Ramadhan kali ini membawa lebih makna kepada kita semua.. 

jangan lupa niat puasa.. :)

niat berbuka... 
:)

marilah kita semua mencari keberkatan dan top up amalan di bulan puasa ini.. 
:)



Selamat Berpuasa.. 

Sunday, July 8, 2012

Berkongsi Kegembiraan

Senyum sendiri.. mungkin banyak cerita gembira yang ingin ditaip untuk entri pada kali ini.. Benarlah kata orang.. ataupun memang natijahnya. hidup ini umpama roda, ada masanya kita akan berada di atas dan kita akan tersenyum gembira.. dan ada kalanya kita akan berada di bawah.. dan kita akan sedih, menangis, pilu... 

Masuk semester khas ni bukanlah pilihan sebenarnya. ayat pedas dari seorang pegawai minggu lepas masih terngiang ngiang di kepala. ini bukan pilihan.. serius.. siapa yang ingin mengorbankan cuti? ><.. eh. bukan cuti.. cuti kalau dah lama pun bosan kan.. kalau aku tak ikut semester khas sekarang. mungkin sekarang dengan seronoknya menimang anak buah pertama.. Amirul Hazeeq.. >_< satu perasaan excited bila dapat anak buah nie.. takpe yea.. nanti habis cuti. mak su lawat hazeeq kat miri yea.. 


Gembiranya dapat Anak Buah.. :) 
comel macam mak su dia kan.. 

Masuk sem khas nie. bajet ala student Master.. ada ke student  Master naik bus. mungkin ada.. tapi sebab agak lama menunggu bus untuk ke kolej kediaman. yea la. sebab semua student Degree Cuti. yang ada cuma pelajar Diploma. kuantiti mereka agak kecil.. pergerakan bas pun menjadi lambat.sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.. nasib baik takda kelas kat kampus baru. kalau tak.. ish. memang kena tunggu sejam setengah lebih awal.. jadi. dengan baik hati nya.  parents dan family pun. .membenarkan untuk membeli motor.. walhal motor kat Sarawak dah ada. jadi beli la motor second hand. nanti dah habis belajar.. saya nak jual. sila booking.. 


terima kasih mak kerana memahami.. 
mode: jimat minyak motor.. ahahaha.. 

ni nie nak cerita moment paling gementar pulak.. 7 Julai 2012.. semakan keputusan peperiksaan.. selalunya nak bukak page tu pun.. memang agak gabra. bukan agak la. memang sangat pun. mulut terkumat kamit baca doa.. baca bismillah.. 



Syukur.. Semoga keputusan seperti ini akan mampu menjadi pemangkin semangat untuk semester hadapan.. 
terima kasih atas pengajaran sebab ambil semester khas ini.. 
terima kasih untuk hadiah paling manis ini.. rasa bersyukur  sangat. risau bila ambik 20 jam kredit. 
terima kasih untuk semua yang memberi sokongan dan dorongan.. 
teringat masa view result sem 1.. 
subhanallah. hanya Allah yang tahu.. 

Kegembiraan yang ketiga, ialah orang belanja makan. Eh. macam tak pernah dibelanjakan jer kan? hihihi. Ni yang bestnya. masa pusing pusing Pekan Tanjung Malim.. 
Eh.. Zahora kan? 
yea.. 
owwwh.. jumpa Junior PMU..
Apa yang bestnya jumpa junior PMU nie. sebab macam dah lama x berklaka Sarawak secara Loba.. walaupun sumtimes tersasul...
Contoh Ayt : tak 2 xda pergi cney2x pastk kan? 
# xda dalam kamus kot struktur ayat yang begini... 

terima kasih untuk Epain dan Zamri yang sudi berjalan2x, belanja makan dan teman teman shopping di Tanjung Malim.. seriusly.. macam dah lama tak seronok dan gelak gelak seperti hujung minggu ini.. Semoga kalian berdua terus berjaya dalam hidup.. teruskan usaha untuk bekerja dan menimba ilmu..Terima kasih kerana belanja makan.. 
thanks for the treat.. :) Semoga kalian beroleh keberkatan dalam hidup.. >_< kakak senior tak berani nak bawak kereta. tu yang tak berani nak bawak pusing.. nanti naik kereta sewa. kereta problem ke. calar ke.. x mampu nak bayar.. apa pun.. terima kasih sebab sudi menceriakan hujung minggu ini... 

saya rindu PMU.. kerana di situ banyak kenangan dan sejarah yang tercipta.. 


#mode :Minggu yang ceria.. 


Hadiah untuk diri sendiri 
Telekung & Kasut.. 
>_<

Saturday, July 7, 2012

Find Your Inspiration...



gambar masa knvo.. sweetnya.. kah2x..

syukur Alhamdulilah.. hari ni result sem 3 dah boleh semak.. semalaman tak tido sebab nak semak result ni, sebab keluar secara berperingkat.. Alhamdulilah. syukur atas usaha sem lepas. terima kasih Ya Allah.. terima kasih untuk doa mak dan ayah kt kampung.. adik beradik.. berkat bantuan dan tunjuk ajar pensyarah. dan yang penting.. buat kawan kawan sebatch galaxy yang tak putus putus memberi sokongan dan dorongan.. *tips masa final semua share* wah.. how sweetnya kitorg nie.. ahahaha.. 

apa pun.. syukur alhamdulilah.. sekurang kurangnya aku boleh sambut 9 Julai dengan tenang.. dengan syukur. dengan penuh nikmat.. Terima Kasih ya Allah.. 

Syukur atas pemberian nikmat yang Allah berikan ini.. yang sentiasa memberi petunjuk dan pertolongan ketika diri ini benar benar memerlukan pertolongan.. 

Semoga ini adalah hadiah yang manis buat mak, ayah dan adik beradik di kampung.. 

mode: kalau kt mukah nie. confirm aku dh dpat kupon makan percuma seminggu oleh kakak dan abang. sebut jer nak makan kat mana.. tapi sekarang. aku kt Tanjung Malim nie.. ambik semester khas.. takwim nie bila nk kuar.. Abah dah tnya tadi.. balik tak raya? kalau jalan sesak sangat.. tak payah la katanya.. :(

Apa pun.. terima kasih untuk result Sem 3 nie. terima kasih semua.. aku bersyukur padaMu Ya Allah.. 


mode masa exam.. 


 
#bila lama tak menulis.. corak penulisan dan bahasa pun jadi tunggang langgang.. 

mode : ambik sem khas ala ala student master pun ada. kah3x.. 
:)

Tuesday, July 3, 2012

Hello Julai



Kembali semula ke TM untuk semester khas.. 
:)

Ini bukan pilihan... 


>_< 


motif gambar : Rindu / Tengok Anak bulan... !!

Agak agak raya nie balik x... 




 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah