Tuesday, July 24, 2012

Muhasabah Diri Di Bulan Ramadhan...

Salam Ramadhan semua.. :) 
Semoga puasa ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua.. 
Seolah-olah telah lama blog ini tidak diupdate dengan cerita peribadi.. al maklumlah.. untuk bercerita mengenai teman teman secoursemate. Mereka kini tidak berada di bumi Tanjung Malim ini, ingin bercerita mengenai program, setakat ini tiada program yang menarik untuk dijadikan kenangan di blog ini.. blog ini tidak meriah tanpa gambar gambar coursemate at43. (poyo je ayat)... 

Upadate pada hari ini sekadar ingin berkongsi mengenai 2 teori yang telah dipelajar minggu lepas. Teori Perubahan Sikap yang telah dipelajari beberapa hari lepas masih tidak begitu dipraktikkan.. Baiklah teori ini terbahagi kepada dua.. iaitu Teori Of Change Behavior dan 6 Stage of Change Behavior.. Entri ini bukannya ingin bercerita ala ala Ahli Falsafah.. Sekadar ingin memberi peringatan kepada diri sendiri.. *Entah bila nak berubah ke arah student yang cemerlang gemilang dan segala galanya mencakupi as a student life.. 

ini hakikat!


Baiklah bercerita mengenai hakikat ini.. beginilah ceritanya.. Aliran ceritanya masih sama.. Lewat Masuk ke Kuliah.. * aku jarang begini sebenarnya.. tapi mungkin life sejak dah ada motor ni.. mind set sentiasa berfikir.. Eh, naik motor lagi cepat.. Tak terfikir dengan aspek keselamatan dan kelambatan di Jalan Raya.. Hesh.... Kalau la mak ayah di kampung tahu.. masyaAllah.. punah harapan.. punah impian untuk melihat anak nya mendapat hidayah dan masih tersesat di sini.. 


Walhal minggu lepas telah pun belajar mengenai 2 teori yang penting ini. yang berasaskan kepada niat sebagai paksi utama.. Nampaknya selepas ini perlukan teori Thorndike Skinner segala bagai.. 
Theory of Plan Behavior.. 

Teori ini berteraskan niat.. Niat adalah kunci utama dan teras utama ke arah mengubah sikap. Namun, teori ini dipengarahi oleh persekitaran, contohnya faktor dipengaruhi oleh pemboleh ubah seperti demografi, persekitan, sikap dan personaliti dan sebagainya.. Berdasarkan norma dan sikap inilah yang membawa kepada proses kepada perubahan sikap.. dan segalanya berbolak balik kepada niat seseorang itu. So, niat kenalah lurus dan sentiasa konsisten dari segi perlaksanaan kepada perubahan sikap.. 

Contoh situasi.. 
Insiden 1: lambat ke kelas.. (kelas jam 2, aku masuk 2.30.. ) melampau u ollls.. !
Penyelesaian: Maka aku pun fokuslah niat aku untuk tidak lambat ke kelas lagi walaupun dipengaruhi oleh mind set aku yang bilik kuliah tu tak la jauh mana. boleh merempit 60 km/j.. Faktor persekitaran harus diambila kira. buat ape nak cepat cepat. mesti ada yang lagi lambat. ni faktor hampeh. aku tak pernah terfikir pun. Pemboleh ubah individu lain.. kalau kawan ajak. kita masuk lagi lambat pun takpa.. ini bukan jenis kawan aku la. kawan aku memang jenis telinga dan hati cepat pedas kalau kena sound ni.. ahahah.. 

kesimpulan : Maaf puan... semalam sy ingat kelas jam 2.30.. # ini realiti semester khas.. 
tarik nafas  dalam dalam.. 




Ini adalah teori perubahan sikap yang kedua .. 6 stages of Behavior Change.. yang telah dibangunkan oleh James O Prochaska melalui model Transtheoritical pada tahun 1977. Model ini melibatkan  enam peringkat, namun satu peringkat yang tidak dinyatakan secara jelas iaiti fasa keboleh balikan iaitu kembali ke perangai lama.. Maka ia dianggap tidak berjaya untuk merubah sikap. Model ini digunakan oleh kebanyakan Dr untuk merubah sikap pesakit yang tidak mengamakan gaya hidup sihat.. macam aku nie.!

Contoh Insiden: 
Suka buat kerja last minute.. terutamanya tugasan. aisehmen.. terasa aku.. lap peluh jap. ibarat air mata mak abah di kampung.. #pemalasnya!
Apa punca.. !
Baiklah kita lihat 6 Fasa yang terlibat yea.. (ini merujuk kepada fakta kes diri sendiri) 


Fasanya ialah seperti di bawah :


  • Fasa ketidak sedaran ( alah.. boleh jer buat nanti. 10 muka surat jer kan.. tak banyak mana pun..)
  • Fasa Kesedaran ( kenapa la aku tak buat tugasan ni.. Kalau dah buat mesti dah siap! Insaf!)
  • Fasa Persediaan.(mula bersedia dengan log out FB dan Youtube.. wakakakaka)
  • Fasa Tindakan( Mula menaip assignmen dengan gigih tanpa putus asa)
  • Fasa Pelaziman( Menjadikan tugasan itu sebagai perkara rutin sebelum log in fb- cuba maintain )
  • Fasa Pengekalan(walaupun assigment dah siap.. terus mind set untuk terus buat tugasan lain dan cuba kekalkan..
  • Kebolehbalikan (ini memang jadi kat aku! dah hantar satu tugasan. trend lama, iaitu mengutamakan fb dan perkara perkara yang tidak sepatunya.. assginment letak tepi----> ini adalah kebolehbalikan

  • #jadi perubahan sikap tidak mencapai matlamt kerana proses kebolehbalikan telah berlaku.

Walaupun kedua dua teori ini telah dipelajari. namun sehingga kini.. (dalam semester khas ni la.. ) aku gagal untuk merubah sikap.. 

kesan : 

#lambat masuk kelas.. -------> niat (perbetulkan)
#slide presentation byk typing error ( jangan buat assgment last min) 


Selamat Menuju perubahan... 

one of my besties
selalunya kalau dia ada..
bila dengar assgment dia dah siap..
aku akan stress..
ni dia takda.. !
ini memang pengaruh dia takda la nie.
:) 

#kalau teori ini masuk mid term ni.. harap aku boleh jawab.. 

Sekian.. 






Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah