Tuesday, December 24, 2013

Study Week

Salam semua..  Pagi pagi ini kembali menaip entri sambil flashback dari minggu 1 -minggu 14.. Actually dalam minggu 14 yang lepas, kami masih ada kelas dan penghantaran tugasan.. hihihihi.. Minggu ni semua dah release.. ish2x.. sedihnya tengok markah.. :( Tinggal satu kursus lagi yang masih belum  release markahnya.. risau nya.. :(

Sepatutnya minggu study week adalah lebih baik untuk study.. Sem ni aku ada 2 paper untuk Final..  Tekno dan Pemakanan Sukan.. ;) Walaupun markahku sebegitu.. haruslah semangat itu harus ada untuk Final!!!!



share serba sedikit gmbr yang lepas.. 
yang belum update lagi... 
:)

malam fakulti.. :)
sebab ramai yang dah balik.. ada yang bergambar sana sini.. 
so.. ini je yang ada.. 


kelas akhir ngan mama.. :) 
We will miss you mama.. 
excited melebih je aku last class.. ish3x.. 


ni last outing masa kelas rafting hari tu.. 
entah berapa kali hanyut masa water confident... 
hahahah.. 
terima kasih kawan kawan yang sudi membantu.. hihihihi.. 

lain kali cerita lg.. 
terima kasih... 

mode study.. cpt la datang.. 
mode prktikal.. semoga dipermudahkan.. 
mode hantar brg.. : cikgu... cikgu.. cikgu... :( 



mana nak letak brg nie.. 
mana nak letak Darling aku.. 
2hb dah balik dah.. ~ 







Saturday, November 30, 2013

Penangan Minggu 11


As salam semua, entri ini ditulis untuk membuat sedikit catatan dan penceritaan yang berlaku dalam minggu ini. Isnin lepas, kami telah melakukan akiviti rock climbing di One Utama Damansara.... setelah berminggu minggu menguruskan proses kelulusan kertas kerja. Syukur alhamdulilah.. perjalanan kami pergi dan balik berjalan lancar.. pergerakan yang bermula dari jam 1 tengah hari.. dan kami sampai ke kolej kediaman masing masing sekitar jam 11 malam.. 



Minggu ini juga, kami juga menduduki Ujian Midterm untuk Nutrition.. aaaaahh. sesungguhnya ujian Nutrition itu aku rasa sangat susah.. Dan aku tidak dapat mencari intipati keyword soalan. sungguh sadis dan hampa. Oh My Midterm! What should I do.. Aku dah gigih baca nota malam tu.. tapi.. :( Ahhh.. aku harap midterm aku ok la. sebab tengok soalan midterm dah susah.. inikan pulak soalan final.. ~ Tidak seperti soalan yang aku jangka. sedih... Tapi.. aku akan buat yang terbaik untuk tugasan yang bersisa.. Semoga dapat A! untuk semua subjek sem 6.. 
Amiiiinnn.. :)
Usaha! 

Selain itu, minggu 6 ini jugak, aku pening pening dengan spss ni.. Ha.. sebab dah jadi student tahun 3 kan.. kena la gambate untuk Final Year Project.. Pening jugak la. sebab aku ni.. kalau nak pakar menda ni. kena praktis salu... tak boleh sekali ajar je.. susah sikit nak masuk.. Lagi penting, jangan ponteng. sebab bila dah skali skip waktu kelas.. Apa benda command yang keluar lepas tu, kau tak kan paham bai! 



kelas lain berjalan seperti biasa.. 
Perbentangan KPD makin rancak.. 
Rakan rakan dah nampak makin pro dalam pengajaran dalam kelas. Boleh layak jadi cikgu pelatih dah aku tengok.. hehe.. 



Apa pun... 
Good luck untuk kawan kawan.. 
Semoga urusan kita di minggu minggu yang akan datang berjalan lancar.. 
:)

Semoga dipermudahkan... 


Amiiin..... 


Friday, November 22, 2013

Catatan Untukmu... Thanks for evertyhing Dr....

Salam semua. Entri ini ditaip sebagai warkah khas untuk pensyarahku yang telah meninggalkan kami semua pada hari ini. entri ini mungkin mengalami sedikit kesilapan baik dari segi aspek penulisan dan tatabahasa. Namun, sekadar ingin berkongsi rasa dan menulis apa yang terbuku di hati.. 

Dr. pemergianmu sangat dirasai ketika entri ini ditulis.. 



Apapun.. May Dr Rest In Peace.. Thanks for everything.. 

Dr yang aku maksudkan ini telah mengajar aku selama 2 semester. Dalam semester 4 dan 5. Untuk subjek bantu mula dan rehabilitasi Sukan. Beliau adalah seorang Dr yang cukup low profile dan mudah mesra dengan pelajar. Budi bicara dan pertuturan beliau yang sempoi membuatkan kami semua lebih selesa dan mudah mesra dengan nya.. * tskk.. tisu*

Dalam entri ini, aku tidak akan berkongsi gambar beliau. Cukup la beliau sentiasa mekar dalam ingatan dan doa kami.. Beliau adalah tenaga pengajar yang baik. Cukup baik bagi aku sebenarnya. Jika ada yang pernah membaca entri ini semasa aku masih berada di semester empat. Di mana aku kalut ketika menjawab soalan peperiksaan akhir. Beliau cukup tenang.. Sangat tenang dan masih menerima serta faham situasi pelajar. Kalau Dr lain, apabila seorang pelajar yang lupa/ kurang pasti dalam menjawab  kertas soalan final. Agaknya.. apa yang akan mereka lakukan. Tetapi Dr sekadar membalas mudah.

Takpe. Esok saya check semula.. Ada apa apa saya bagitau... 


Malah dalam semester lima, aku juga banyak menerima bantuan dari beliau. baik dari segi semakan tugasan ataupun dalam persediaan laporan makmal. Malah.. dokumen sijil dan segala borang aku.. beliau juga yang tolong bantu untuk sahkan.. ketika aku sangat memerlukan..   * Dr.. semoga tenang di sana.. thanks for everthing.. * 



Dr.. terima kasih untuk segalanya.. mungkin terasa bagiku.. . teringat conversation masa ujian amali bantu mula semester 4. Menangis aku nak buat balik ujian amali tu.. Dr tak bagi.. 


Semester 4

....Dr.. kami kena beli ke bandage tu?
.....tak perlu lah.. kalau ada senior.. pinjamkan je dulu. tak payah beli... .
.... Dr.. biarlah saya buat balik ujian amali tu.. nanti markah saya kurang..
......Takpe.. tak payah...



Semester 5....

....Dr boleh tolong semakkan draf final report rehab kumpulan kami..
.....Boleh.. jumpa saya dalam jam 430 petang..
....Dr.. bagilah slide tu.. ....
....Mana boleh. saya dulu pun salin..
... Dr.. markah kuiz saya ok tak?
... Ok je...
.... Dr.. Final saya ok tak?.
.. Dr...
... Dr..


aku skrol balik semua conversation emel pun aku dah rasa  nak menangis.. tadi aku rasa nk prinstscreen semua emel beliau.. bila aku tengok balik. aku rasa macam sedih je.. biarlah conversation itu kekal di mailbox aku sahaja.. 


apatah lagi ketika menaip entri ini. Aku tak kan sanggup untuk melihat semula semua rakaman semasa kelas bantu mula... dan sebagai nya..... 


Dr.. kali terakhir aku melihat Dr adalah Isnin lepas.. Dr nampak sibuk dalam bilik.. Kalau Dr kat luar.. memang aku akan akan tegur.. Siapa sangka bukan????

...................................................


Apa pun.. Dr Tan.. terima kasih atas segalanya.. Dr adalah di antara pensyarah yang banyak membantu.... semoga Dr tenang  di sana.. Jasa dan pengorbanan Dr tidak akan pernah saya lupa. 

Terima kasih untuk segalanya Dr.. 

Thanks for Everything Dr.. 
May You Rest In Peace... 

Your Student..  

Tuesday, November 19, 2013

Minggu 10

Salam semua.. entri ini ditaip dalam mode free dan lapang sebab Rabu adalah free time.. semua kuliah tidak dijalankan pada hari rabu.. Bila expert susun jadual.. akan ada satu hari yang anda akan freee.... hooorayyy... Namun, lumrah student, ada ke hari yang lapang? Semua fokus kepada tugasan yang perlu dihantar dengan kadar yang segera.. dan ayat lazimnya  bila esok adalah due date nak anta.. maka, malam itu adalah malam pencurahan idea yang sangat banyak! Oh.. jangan amalkan.. sebab anda akan mengalami stress seperti aku.. 

Minggu lepas, aku dah register untuk pendaftaran latihan mengajar. Tahniah, semester depan saya dah masuk semester 7. Maka, usai sem 7, sem 8 dan akan habis la tempoh pengajian. Rasa seperti baru mendaftar semalam je.. (Ayat bila dah senior kan!) hahahaha.. Sesungguhnya, aku sangat berharap bahawa itu adalah pilihan yang terbaik untuk aku.. Itu adalah pilihan aku sendiri. Mohon jangan menyesal dik.. Mohon bersedia fizikal dan mental. .sebab di sana.. your left hand.. your spinal cord.. your strength.. semua takda dik. yang ada.. cuma hanya diri adik sendiri. adik kena kuat.. Terima kasih buat si pemberi kata kata.. :( mcm tau tau je aku akan mengalami tekanan paling tinggi semester depan.. Takpe! itu lambat lagi.. jangan fikir dulu... 

Minggu ini adalah minggu menghantar kerangka konseptual untuk tugasan FYP. Tapi, aku sendiri pening dengan bacaan jurnal nie. Kata nak ambik Master! ayo.. Degree pun masih meniarap.. macam mana nak duduk dengan stabil untuk ambik Master.. Tapi.. tak salah kan.. kalau ada cita cita dan harapan. Akan ku usahakan juga walaupun pening pening lalat... Melihat kepada perbentangan proposal yang lepas, owh, sangat menikam jiwa dan raga. Melihat student Master bentang Proposal di DKP 4.. serius aku cuakkk!! Takut sangat.. dah la English aku sekarang makin merundum.. Tapi melihat kepada keyakinan mereka. Aku tabik sendiri. Semoga tahun akan datang.. aku adalah salah seorang daripada mereka yang akan membentangkan proposal di sini.. Amiiiinnn..... 


Baiklah.. sebab kata nak sambung master.. marilah kita sambung semula membuat tugasan... Semoga bersemangat dan jauh dari mode demamm.. Sekian.. 
Credit photo to Ecah.. :) 
hehe.. 




Saturday, November 16, 2013

Kejohanan Sukan Fakulti Fasa 2





Seperti yang dijanjikan, hari ini aku akan menyambung semula entri berkenaan kejohanan. karnival sukan Fakulti yang bermula Isnin lepas. Entri ini lebih berfokus kepada upload gambar :p sebagai tanda kenangan dan ingatan... 

ini adalah jadual perlawanan yang lepas.. 

gambar malam isnin ;p


terima kasih juga kepada supporter yang hadir yang turut sama meminjamkan samsung note II untuk mengambil gambar.. 










credit certain photo to yun
taufiq
ecah

:)


Kejohanan Sukan Fakulti Fasa 1

Salam semua.. di kesempatan hujung minggu ini ingin mengupdate beberapa cerita untuk dikongsi pada minggu ini.. Bersempena dengan Kejohanan Sukan Fakulti.. Lazimnya Galacticos akan menghantar penyertaan. Maka, pada kali ini, sekali lagi warga galaxy muncul semula menghantar pasukan Bola Jaring dan juga Futsal dengan kombinasi pelajar Coaching dan juga Pendidikan Jasmani.. 


Sistem pertandingan pada kali ini adalah dijalankan secara liga. Pasukan Galaxy telah menghantar dua kumpulan pemain untuk futsal dan satu kumpulan untuk pasukan bola jaring... 


Permainan telah dimulakan pada Isnin lepas sekitar jam 830 malam, di gelanggang KZ. Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir.. 


Untuk bola jaring, Galaxy telah berjaya merangkul sebagai Juara Kumpulan B dan mara ke separuh akhir... Tahniah kepada semua pemain yang telah bermain dengan jayanya. Tidak dilupakan juga kepada pengurus yang banyak membantu dan sentiasa hadir memberi sokongan ketika perlawanan ini berlangsung... 


Bagi futsal pula, Galaxy PJ  juga berjaya bermain ke separuh akhir kalau tak silap.. Namun, tidak dapat disaksikan kerana semua warga galaxy telah bergegas untuk hadir menghadiri taklimat  LM pada hari Rabu yang lepas.. 


Untuk pasukan Bola Jaring wanita, tahniah sebab dapat sampai ke peringkat ini.. untuk semua penyokong yang hadir.. terima kasih banyak banyak sebab memberi sokongan padu dan semangat yang membina sepanjang perjalanan berlangsung.... 



Walaupun kita tidak bernasib baik di separuh akhir.. Namun,  semoga dengan pencapaian ini akan menaikkan semangat kita untuk menjadi guru yang dapat melatih pasukan bola jaring semasa di sekolah nanti.. 

ni gambar masa open kz :p
wakil uklk katanya.. 

p/s : paragraph last adalah peringatan untuk diri sendiri.. ekekeke.. :p

next entri, aku akan upload gambar lain.. baru fasa 1 kan.. ;P 

Credit all this photo to nick_nippo :) 

Wednesday, November 13, 2013

Tuesday, November 5, 2013

Cuti yang Ohsem!

Salam awal Muharam. Selamat Tahun Baru. Semoga dengan tahun baru ini, azam tahun lepas telah terlaksana. Syukur Alhamdulilah, sedikit sebanyak azam tahun lepas aku telah tercapai. Syukur padamu Ya Allah :) Terima kasih mak.. terima kasih abah.. terima kasih keluarga.. terima kasih pensyarah. terima kasih sahabat yang sentiasa ada.. terima kasih semuanya

Jadi disebabkan sekarang adalah dalam mode cuti. Entri ini aku ingin menceritakan tentang cuti aku.. Cuti yang ohsem. Bagi aku lah... hahahhaa..

Ohsem itu semacam apa? Mungkin sebab terlalu relaks dan selesa agaknya. Cuti pertengahan semester telah bermula pada Sabtu lepas. Aku balik ke Gerik sebab kononnya kalau aku bercuti ke Sarawak, mood untuk terus berjuang dalam semester enam aku pudar ditelan cuti. Gitu katanya. sekarang entri in ditulis di Gerik. Aku sedangn bersenang lenang tanpa menyiapkan sebarang tugasan. Eh! kata nak buat tugasan cuti nie. Haish..


 Aku berangkat ke Gerik menaiki bas. Disebabkan aku ni malas naik bus transit di Ipoh, maka aku beli tiket terus dengan menaiki bas Kelantan. Anggaran tambang pun lebih kurang. Cuma jangan tidor dalam perjalanan selepas Lenggong sebab potensi anda terlepas ke Kelantan adalah sangat tinggi.. Ehe :)

Di sini, aku tinggal dengan abang aku yang sulung. Aku kadang kadang je balik sebab aku ni agak malas sikit nak bercuti dan jauh dari kolej kediaman. Sebab wifi la kan. Sekarang pun aku tengah online menggunakan modem menggunakan talian celcom. Ehe :)

Petang Ahad yang lepas, aku cuma berjalan jalan di sekitar Gerik. Sesungguhnya Gerik adalah kawasan yang agak lengkap la bagi aku dari segi prasarana dan kemudahan. Ada bank, ada rumah kediaman, sekolah dan sebagainya.  Ada jugak restoran makanan segera seperti KFC. Cuma kat sini takda pizza hut seperti di Tanjung Malim. Hihihi. Trip pertama aku adalah pergi ke SMK Dato Seri Wan Mohamed di Kpg Plang. Aku nak tengok kawasan sekitar Kpg Plang, sebab sekolah itu adalah pilihan kedua aku untuk menjalani Latihan  Mengajar. Sampai je kawasan sekolah, aku terus la berbual dengan pengawal keselamatan kat situ. Seronok gak la. sebab pengawal keselamatannya muda gak la. Jadi, dia sempoi je la berbual ngan aku. Dari segi prasaran sekolah tu quite ok. Cuma agak sunyi dan lengang gak la. Aku tak pasti, ada tak rumah sewa dekat kawasan sekitar. Katanya, cikgu jarang yang tinggal di quarters. Jadi aku pun buat keputusan, untuk mengekalkan sekolah raja muda sebagai pilihan pertama, atas beberapa faktor..

Pertama, aku rasa kawasan situ agak sukar untuk dapatkan rumah sewa, sebab agak sunyi dan penempatan agak berselerak. Kedua, cuma ada kedai runcit kecil yang mungkin agak sukar untuk aku membeli keperluan harian. Sebab aku bukan ada kereta pun nak ulang alik dar bandar Gerik. Ehe. Ketiga, aku rasa sekolah tu takda liputan internet. Mungkin sekolahya ada, tapi kawasan kuarters,  nampak macam agak sukar untuk dapat liputan. Apa pun terima kasih Along sebab temanan aku ke sana. :) Siap ambik gambar lagi!

Hari Selasa pulak, aku meneruskan pencarian sekolah untuk latihan mengajar kt SMK Tun Saban. Sekolah ini terletak kat Pengkalan Hulu Perak. Aku ke sekolah tersebut dengan ditemani oleh along dengan menaiki motosikal. Kami bergerak dari gerik dengan kelajuan yang agak mencabar jugak la bagi aku dengan kelajuan sekitar 80-100 kmk/j. Mak aie.. nasib baik aku menggunakan kaca mata hitam. Memang laju gak la aku rasa along bawak.. atas sebab faktor masa dan cuaca, kami  memang tak berhenti.. ewah.. macam ekpedisi bermotor pulak aku...





Jalan ke Pangkalan Hulu, memang agak mencabar. Jalannya rata, cuma simpangnya agak bersimpang siur dan bengkang bengkok sama seperti jalan ke Genting. nasib baik hari tak hujan, maka perjalanan kami berjalan dengan lancar dan sempurna.

Sampai di Pengkalan Hulu, kami singgah makan di gerai berdekatan. Oleh sebab agak lapar, hidangan nasi goreng seafood dan nasi goreng kampung agak membuka selera. Usai makan, kami berhenti rehat seketika di surau berdekatan untuk menunaikan solat dan meneruskan perjalanan ke SMK Tun Saban...

Smk Tun Saban adalah sekolah yang agak berprestij dalam arena sukan. Kawasan sekitar sekolah lengkap dengan prasarana untuk melatih atlet dan pelajar. Kat luar pagar dah nampak signage Pusat Latihan Memanah Negeri Perak.. :) Tapi sayangnya sekolah tu tak terima aku.. ehe.. kat depan sekolah tu ada kawasan tasik yang luas dan boleh digunakan untuk beriadah petang petang. Memang untung la kalau aku dapat.. Tapi sayangnya jodoh aku bukan dengan SMK Tun Saban.. Kami pun terus berjalan jalan di sekitar Pengakalan Hulu, abang aku agak familiar dengan kawasan ini oleh sebab dia pernah berkursus  di sini.


Ha... dah jauh cari sekolah, along aku ajak pegi kawasan zon bebas cukai. Aku terkejut gak. Kat mana la agaknya, takkan jauh lagi kot, sebab aku sendiri rasa pengkalan hulu tu dah rasa jauh. Lain kali naik bus je. Takda la penat kan.. Kami pun meneruskan perjalanan sampai ke Sempadan Thailand. Mungkin sebab kami pergi waktu bekerja, tak ramai la warga tempatan yang ada kat sana agaknya. Ada jugak yang melintas tu warganegara Thailand yang datang ke Malaysia. Motosikan dan Kereta mereka agak unik. Mungkin sebab aku tak pernah tengok flet no diorang agaknya.. hehe.. Kami sekadar singgah di sempadan, untuk meneruskan perjalanan sampai ke Thailand, memang tak la.. aku pasport pun takda! hehe.. Along ada jugak sarankan aku untuk membeli t-shir I Love Thailand, tapi aku malas.  konon konon macam tak excited.. Kami singgah jugak kat satu pasar raya yang menjual banyak barangan keperluan. Selepas pusing sekitar kawasan tersebut.. kami pun balik...

Dan aku tidak pun membeli sebarang cenderamata atau barang barang.. Eh! jimat pulak kan...

Tapi secara keseluruhannya, aku rasa memang penat sangat.. sebab naik motor dengan agaknya...

Secara keseluruhnannya misi 1 aku berjaya.. iaitu survey sekolah.. Misi tugasan bila nak mula :(

Mohon tiupkan semangat dalam diri! ehe... :P

Thursday, October 31, 2013

Gambar Malam Anugerah Kecemerlangan Fasa 2

Entri lepas aku update secara ringkas mengenai majlis sambutan malam anugerah kecemerlangan akademik.. 
Sekadar ingin berkongsi saat saat manis rakan taulan dan ragam ragam ketika menerima sijil... :) sebenarnya ramai gak coursemate aku yang dapat dean list semester lepas. Namun, disebabkan faktor cuaca dan lokasi yang agak jauh, mereka tidak dapat menghadirkan diri. Apa pun tahniah Coaching Galaxy Team :) Semoga prestasi dan pencapaian kita semua akan semakin meningkat di masa akan datang.. :) 



 Arip 

Ikhwan 

Sila Klik Read More untuk paparan penuh..

Wednesday, October 30, 2013

Gambar Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013

Semester ini, fakulti membuat sedikit kelainan.... Penyerahan sijil dan pengiktirafan dari segi akademik dibuat secara berasingan dengan Malam Fakulti....Majlis ini bermula sekitar 830 malam bertempat di DKP 2. Tema nya adalah formal.. 
Credit all this photo to Nick Nippo :) 










Syukur Alhamdulilah atas pencapaian kita semua.. 
Semoga Allah memberkati dan memudahkan perjalanan kita semua untuk mencari ilmu... 
terima kasih untuk semuanya... 
>_< 
Terima kasih semua... 



Sunday, October 27, 2013

Be Brave




oura, please be brave and keep calm

Believe in yourself! Have faith in your abilities!

Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy..




Always do your best. What you plant now, you will harvest later





If you can dream it, you can do it.




With the new day comes new strength and new thoughts.



Be miserable. Or motivate yourself. Whatever has to be done, it's always your choice.

mode: Looking for the school.... 


Its ok if you are alone Oura!

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah