Thursday, October 31, 2013

Gambar Malam Anugerah Kecemerlangan Fasa 2

Entri lepas aku update secara ringkas mengenai majlis sambutan malam anugerah kecemerlangan akademik.. 
Sekadar ingin berkongsi saat saat manis rakan taulan dan ragam ragam ketika menerima sijil... :) sebenarnya ramai gak coursemate aku yang dapat dean list semester lepas. Namun, disebabkan faktor cuaca dan lokasi yang agak jauh, mereka tidak dapat menghadirkan diri. Apa pun tahniah Coaching Galaxy Team :) Semoga prestasi dan pencapaian kita semua akan semakin meningkat di masa akan datang.. :) 



 Arip 

Ikhwan 

Sila Klik Read More untuk paparan penuh..

Wednesday, October 30, 2013

Gambar Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013

Semester ini, fakulti membuat sedikit kelainan.... Penyerahan sijil dan pengiktirafan dari segi akademik dibuat secara berasingan dengan Malam Fakulti....Majlis ini bermula sekitar 830 malam bertempat di DKP 2. Tema nya adalah formal.. 
Credit all this photo to Nick Nippo :) 










Syukur Alhamdulilah atas pencapaian kita semua.. 
Semoga Allah memberkati dan memudahkan perjalanan kita semua untuk mencari ilmu... 
terima kasih untuk semuanya... 
>_< 
Terima kasih semua... 



Sunday, October 27, 2013

Be Brave




oura, please be brave and keep calm

Believe in yourself! Have faith in your abilities!

Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy..




Always do your best. What you plant now, you will harvest later





If you can dream it, you can do it.




With the new day comes new strength and new thoughts.



Be miserable. Or motivate yourself. Whatever has to be done, it's always your choice.

mode: Looking for the school.... 


Its ok if you are alone Oura!

Friday, October 25, 2013

Minggu 7


Salam semua. pagi tadi selesai salah satu tugasan makro yang telah dijalankan di SK Tanjung Malim yang lepas. Syukur alhamdulilah, mendapat positive feedback dari pensyarah. Syukur alhmdulilah.. Lega sikit sebab minggu ni adalah minggu yang agak banyak tugasan dengan proposal yang perlu disiapkan segera.. 
Sekitar minggu 7 ini, sekadar membuat draf lakaran proposal dan dijangka minggu depan.. boleh menulis dengan belajar untuk mengarang proposal.. Terima kasih Dr.. 

Dalam minggu 7 ini juga perlu memilih sekolah.. sekolah yang disasarkan untuk batch kami adalah sekolah sukan @ Sekolah projek Sukan.. Namun, setakat ini masih belum dapat membuat pilihan. Melihat kepada video aku yang mengajar di SK Tanjung Malim yang lepas.. menunjukkan proses pengajaran aku masih di tahap lemah.. Namun, dengan adanya LM ini nanti. aku mungkin akan dapat kembalikan semula semangat untuk mengajar..

Tugasan dan lab report semakin bertimbun timbun.. namun secara purata dan graf kemajuan kerja aku adalah berada di tahap yang sangat lemah.. mungkin kerana sudah lama tidak menulis dan bercerita di blog ini.. hilang mood, hilang fokus.. lebih lebih lagi 4 Nov adalah cuti mid-term..  Dan apa yang pasti, tugasan itu nanti akan menjadi harta simpanan khazanah negara.. hoyeah...!!! 

Walau bagaimanapun.. semua itu adalah angan angan semata mata.. Semester 6 bukanlah semester bulan madu.. hahaha. lebih lebih lagi sudah masuk minggu ke 8.. mungkin usaha aku perlu ditingkatkan lagi bermula dari sekarang... 

namun.. status facebook dari seorang teman adalah cukup memberi kesan kepada jiwa.. 

Tadi lepas balik kelas melihat beberapa org wanita separuh abad berada dalam bulatan roundabout berpanas terik mencabut rumput ....Aku seraya berfikir mungkin tu lah pengorbanan seorang IBU/EMAK/UMMI/MUMMY/MAMA/BONDA utk mencari sesuap nasi dan menampung kehidupan anak2nya yg mungkin masih belajar di IPT...Kita pula kdgkala sebagai anak hanya perlu masuk ke kelas dan duduk menimba ilmu sambil di limpahi udara sejuk... Namun kita tetap malas utk belajar .... Andai MALAS merantai jiwamu, ingatlah semula pengorbanan AYAH dan IBU mu...


Kan????!!!



Jadi.. Mohon tambahkan intensiti usaha... 
mohon kuatkan semangat dan keberanian...


You never know how brave you are, until being brave is the ONLY choice you have


Syukur Alhamdulilah... minggu depan adalah malam Fakulti.. :) Seronok pulak malam fakulti nie.. malam ni walaupun bagi orang biasa biasa.. tapi bagi aku.. malam ini agak special.. :) Syukur atas result sem lepas.. terima kasih pada mak ayah.pada pensyarah.. . pada kawan.. tanpa usaha bersama.. tidak mungkin keceriaan malam fakulti itu dapat dicapai... 


eh.. nak tisu.. basah pulak mata malam nie.. :p 


Thursday, October 24, 2013

Water Confident~

Salam semua..sekadar update ringkas dengan upload beberapa gambar... 
Mungkin hujung minggu berminat untuk menaip dengan lebih panjang lebar.. 
Sedikit update untuk simpanan dan tatapan... 








You never know how brave you are, until being brave is the ONLY choice you have

Adrenaline Rush Level 3!!!!!! 

Sunday, October 6, 2013

Karnival Sukan KAB 2013

Seperti yang dijanjikan semalam.. hari ini entri diupdate berkaitan karnival sukan kolej kediaman.  Karnival ini berlangsung bermula dari malam Jumaat sehingga Ahad. 
Pasukan Galaxy telah menghantar seberapa banyak penyertaan untuk kejohanan pada kali ini.. Antaranya ialah

  1. Bola baling ( L/P)
  2. Bola Jaring 
  3. Bola Tampar 
  4. Ping Pong 
gambar sekitar kejohanan





credit this photo to miry & Ecah & Haikal  :) 



tahniah atas penyertaan dan penglibatan pada kali ini.. 

^_^

terima kasih atas sokongan dan dorongan kawan kawan... 

hari ini mahu rehat puas puas.. 

-penat main bola baling tak hilang lagi.-


sekian terima kasih.. 

^_^ 



Friday, October 4, 2013

Adrenaline Rush Katanya ^_^

As salam semua.. ini dah masuk minggu ke empat. agak lama dah aku tak post gambar dan entri terkini berkaitan aktiviti sejak dah masuk semester enam nie.  boleh la dikira busy sejak 2 minggu yang pertama aku dah dilanda headache yang agak teruk... 


Dalam minggu pertama dan kedua. fokus kerja dan tugasan lebih kepada persiapan RPH untuk tugasan KPD. Syukur alhamdulilah.  Setakat ini proses pengajaran dan pembelajaran KPD berjalan dengan lancar dan sempurna. Untuk tugasan yang pertama, aku kurang sangat membantu. Apa pun terima kasih teammate yang sentiasa tolong menolong.. thumbs up for them. 




Untuk task yang kedua kumpulan aku dapat lompat tinggi. Ahahah. first impression aku dapat tajuk tu.. Terkejut gak. Sebab aku kalau bab lompat tinggi nie. aku cuak jugak. Tapi.. sebab itu adalah keperluan utama.. maka aku pun berusaha la bersama teammate untuk siapkan RPH dan siapkan drill. Lucu jugak bila tengok balik media kit yang aku buat. takpe la. asal ada kan.. 

ini adalah media kit untuk lompat tinggi.. sebab aku dah gementar sangat pagi tu.. set induksi tu. entah ape la benda yang aku tertinggal sampai lupa nak cakap ape =_=
kata exicited nak ngajar.. hahaha.. 

Untuk minggu yang ketiga dan keempat pula aktiviti sukan rekreasi dah bermula.. ini adalah adrenaline rush fasa 2.. Semester ni aku ambik ikhtisas rock climbing. Memang lemah lutut naik tinggi. Lebih lebih lagi sukan rock climbing ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kekuatan kaki dan tangan adalah perlu untuk samapai ke puncak katanya.. 


dan khamis lepas adrenalin rush fasa 2 di sungai samak dalam ikhtisas whitewater rafting.. kih2x.. aku nie kalau bab sukan tinggi, sukan air, memang aku gayat. maka haruslah teammate aku orang yang kuat semangat dan tinggi semangat pasukannya. ada 24 orang.. takkan la nak masuk 24 orang satu raft tu kan.. so kena la bahagi sama rata sama ada suka ataupun rela.. kih3x.. teammate aku minggu lepas adalah yun, mala stephen ngan nick.. penat jugak aku mengayuh paddle tu.. sebab air agak cetek.. dan yang bestnya kami terpaksa angkat raft tu melintasi pokok tumbang.. kih2x.. 



=_=

sekian untuk entri hari nie.. 
malam nanti nk update pasal karnival sukan tahunan kolej pulak.. 

selamat berhujung minggu.. 

:) 

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah