Friday, February 24, 2012

1st week Kuliah sesi 2012


Salam semua.. Minggu kuliah untuk 1st week dah pun mula.. dan minggu ini adalah minggu pening pening.. nak susun jadual.. mana yang add merapu macam aku sem lepas.. jadi kena pandai pandai la adjust group dan memeneningkan kepala sem ni.. apa lagi aku nak cerita nie.. lupa dah.. adohai. camana nee... :)

aha. sem ni aku dapat tingkat 8.. dapat room3 baru.. selamat tinggal room3 dan housem3 lama. ingatkan kita tak pindah rumah sem ni.. tp kena pindah jugak.. tak pe la.. :) mana taw rezeki korang balik praktikal.. best sebenarnya duduk ngn student lain2 course nie.. teruja je dengar  cerita diorang balik kuliah.. :) hee... dengar cerita aku.. lagi la diorang teruja.. muahahaha..

penyusunan jadual tak la berapa padat sangat sem nie.. cuma aku xda ambik ikhtisas..aiyo.. alamak gemuk la aku.. eh.. aku pernah gemuk ke? gemuk la kan.. berat 46.. untuk ketinggian aku nie.. ahahaha..bmi pun aku tak kira lgi nie.. jup. aku kira jup. sebab aku kan dah masuk kelas konsep gaya hidup sihat minggu ne.. the best lecture ever.. ahaha.. 

korang searach la.. cara kira BMI sendiri yea.. :) 

ok.. dah kira.. berat badan normal.. :) muahaahaha.. 

sem ni.. jadual aku padat isnin sampai sabtu. kalau sem lepas.. tak da jer kelas hari sabtu.. sebab kokurikulum hari selasa.. :) seronoknya.. tapi takpe la. mari la kita sama menyeronokkan diri untuk berebut dan berhimpit bas setiap hari.. naik bas kena gigih ok.. :) kalau kelas kau jam 9.. jam 0730 dah ko kena naik bus.. ah .. ini memang kes terlebih gigih..abaikan.. :)


Assgignment sem ni pun kaw kaw jer.. ahaha.. assignment memang sangat exciting la.. ni ha. jurnal pun aku tak baca lagi nie.. update belog boleh pulak.. aiyoooooooo.. :(  

Ha.. sekarang musim karnival anti dadah kt kolej kediaman. maka banyak la sesi penjualan macam macam barang kt bawah.. owh.. seronoknya.tp aku malas la nak turun.. nanti mesti aku shopping sakan.. muahaha.. boros.. printer tak beli lagi.. buku subjek major dah beratus ratus.. uhuuuu... kalau tau.. tak nak habiskan baucer rm100 hari tu.. ish.. 


Eh.. macam dah panjang aku taip nie. dah la. cukup la untuk aku merepek hari nie.. nanti ada masa update lagi.. 

status : tak sabar nak update belok dengan gambar galaxy sem nie.. muahaha.. :)



sekian.. 



Wednesday, February 22, 2012

Kampus Baru UPSI

Rajin pulak aku nak post gambar malam nie yea..

Cantiknya Kampus baru... 

:) 











Aku ada kuliah kt kampus baru.. 
tp aku tukar group.. 
takpe la.
next sem yea.. 
:)
insyAllah.. 

credit to pic above :  syadib.blogpspot.com

Wednesday, February 15, 2012

Debat Diraja 2012

Tiba tiba malam nie terlintas di fikiran nak postkan gambar pendebat UPSI kt USM.... 
saya tahu mereka telah lakukan yang terbaik seperti selalu..
Apapun.. 
Tahniah dan Syabas.. 
credit to : Musfirah Hassan

Gambar Sekitar Debat Diraja 2012











:)



thanks mus.. for the pic.. :) 

Monday, February 13, 2012

Tidur Secara Sihat menurut Islam..

Sebenarnya, punca kita sukar bangun subuh mungkin kerana waktu dan cara tidur kita yang tidak betul. Dalam artikel ini, akan saya kongsikan cara tidur yang betul menurut Islam yang jika dituruti, pasti akan membolehkan kita bangun subuh setiap hari. Saya juga akan turut menyenaraikan beberapa perkara tidak bermanfaat yang anda terpaksa ubah dalam kehidupan seharian untuk mengikuti cara tidur ini. Dan terakhirnya, cara tidur mengikut Islam ini baik untuk kesihatan. Badan anda pasti segar di pagi hari setelah mencuba.




1) Tidur awal.Mungkin dalam pukul 1030 malam,anda sudah boleh masuk tidur. Jika anda sudah berkahwin, latih anak-anak anda tidur awal juga.

2) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak.

3) Semasa hendak tidur itu,niatkanlah dengan ayat lebih kurang begini “Ya Allah,aku tidur ini kerana-Mu ya Allah. Untuk memenuhi fitrah badan aku. Kerana aku ingin bertahajud pada malam nanti pula. Semoga tidur ini memberi kebaikan yang sama dengan tahajud aku nanti.”

4) Tetapi, niat di atas itu bahasa tidak formal sahaja. Itu saya baca begitu. Bukankah Islam itu mudah? Anda boleh search di internet untuk niat lebih formal.




5) Kemudian, tidurlah anda. Sebelum tidur itu, berwudhu’lah dahulu seelok-eloknya. Baca juga ayat Qursi.Baca juga surah Al-Ikhlaas, Al-Falaq dan An-Naas. Mengucap juga dua kalimah syahadah sebelum tidur.

6) Kemudian, dalam hati,niatkan untuk bangun pada pukul sebagai contoh mari kita letakkan 1.30 AM.Ini kerana waktu itu, kita punya minda belum sampai tahap tidur yang susah bangun. Ini kajian sains pun ada sebut.

7) Kemudian, bangunlah kita. Lakukan solat tahajud.Lakukan solat sunat. Ketahuilah bahawa solat tahajud itu solat sunat yang amat dituntut selepas solat fardhu.

Kemudian, jika anda masih mampu, bacalah sedikit Al-Quran. Tetapi,janganlah lakukannya jika anda mengantuk. Rasulullah berkata yang bermaksud lebih kurang begini “Janganlah bersolat dalam keadaan mengantuk kerana kamu akan mencaci diri kamu sendiri nanti”.

9) Kemudian,tidurlah kita.Tetapi,setkan alarm untuk bangun subuh pula.




10) Kiranya kita boleh simpulkan kita bertahajud selama sejam. Iaitu sehingga 2.30 AM. Jadi, kita akan tidur selama 4 jam sehingga jam 6.30 AM. (Anda boleh sesuaikan waktu ini dengan jadual solat kawasan anda)

11) Tetapi, setkan di dalam minda.Kita hendak bangun subuh. Berdoalah kepada Allah.Supaya membangunkan kita ketika subuh. Dan ketika sedar sahaja, pastikan mengucapkan syukur kepada Allah.

12) Lawan perasaan malas anda. Itu hanyalah syaitan. Sains mengatakan kita perlu tidur 6-8 jam berterusan bukan? Sebenarnya kajian terbaru ada menunjukkan bahawa kita hanya perlu tidur 3-4 jam berterusan.Dan bangun malam sebentar itu bagus untuk kesihatan.

13) Dapat membaikkan buah pinggang dan sebagainya. Ini bertepatan apa diajarkan Rasulullah SAW. Baginda menyeru kita tidur sebentar apabila kita mengantuk.

14) Dan kemudian, apabila sampai ke waktu zuhur (tengahari), berbaringlah anda sebentar.Orang putih kata take a cat nap. Ianya bagus untuk kesihatan. Niatkan juga untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.Pasti mendapat pahala dan berkat.

15) Jangan tidur selepas asar. Ada bukti sains juga yang mengatakan tidur selepas asar boleh menghilangkan kewarasan (gila).

16) Dan apabila sampai malam, apabila anda mengikuti cara ini,pasti anda dapat tidur awal.Mula-mula hendak berubahtentulah susah bukan?Jangan risau.

17) Dan dengan mengikuti cara ini anda mendapat 3 perkara. Iaitu keberkatan Allah SWT, kesihatan tubuh badan,dan juga dapat menjalankan tanggungjawab anda sebagai Hamba Allah SWT.


credit to this blog.. : wanitasihat

Sunday, February 12, 2012

Road To Korea... Good Luck Kawan Kawan...

Good Luck untuk kawan kawan yang mengikuti program pertukaran Pelajar Ke Korea.. Kami rakan rakan AT43 akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.. 


Jadi untak aku yang tak pergi ni.. :"( 


:)
Berusaha dengan lebih bergaya.. 
:)
InsyaAllah.. 
Lupakan Korea.. 
Teruskan di Upsi.. 

kerana itu adalah kemampuan dan keizinan keluarga.. 
Hidup dengan keberkatan keluarga dengan Izin Allah
pasti akan memberikan sesuatu yang lebih MANIS di masa akan datang.. 

Student Exchange Programmme to Korea
Alt F4

Shut Down 





Saturday, February 11, 2012

Marah???? Ops!!!



Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi  besar  ego  seseorang lagi besar marahnya.  Ini  berkaitan pula dengan kedudukan  seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak 
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan  menjadi-jadilah pemarahnya. 
Sebaliknya jikalau kurang segalanya,  maka  akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. 
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita  yang  menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun  nafsi. Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah  ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk 
kita. Allah  memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang 
hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan 
kita daripada sifat  marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa 
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang  marah. 
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam 
keadaan yang marah.
f)  Apabila datang marah, banyakkan  baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas 
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g)  Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat 
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah 
tidur. Kerana ianya  akan  meredakan perasaan marah apabila bangkit 
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu  itu  datangnya dari Allah dan 
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau  kita bersalah, kita tidak suka  orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang  melakukan  kesilapan,  juga tidak suka dimarahi. Tegurlah 
dengan lemah lembut dan kasih sayang


marah dan merajuk sama x??? 
memang la tak sama!!! 

maaf untuk yang pernah kena marah
untuk yang buat saya marah
cepat cepat pujuk!!! 

saya memang emosi.


Thursday, February 9, 2012

Sayang itu semacam apa????

Kamu sayang aku semacam apa?
Apa?
Soalan itu dibiarkan begitu sahaja... 
Eh?
Tdo dah?
Belum.. 
Kenapa biarkan soalan tu tanpa jawapan?
Erm.. Perlu ke??
Abstrak kot.. !! (Hambik kau!!!)
urm.. ssh la nk ckp dengan awak nie.. 
hp dibiarkan.. 
sunyi.. sampai ke pagi... 

Hidup dan Kasih Sayang itu adalah saling berkaitan.. 
Tanpa Kasih sayang.. 
awak x boleh hidup tau!
betul la.. 
kalau xda rasa sayang.. 
memang hidup nie tak lengkap.. 


sayang seorang kawan kepada kawannya yang lain
sayang ayah  &  ibu kepada anaknya
sayang seorang abang kepada adiknya
sayang sorang guru kepada muridnya.. 

kalau awak sayang saya
sayang sayang awak juga.. 
sayang sebagaimana saya sayang
kawan kawan sy yang lain.. 

Salam Jumaat Semua.. 


Bila Dah Lama tak Update.. !!!

Salam semua.. 
sudah lama blog ini tidak diupdate..
 sekarang masih dalam mode cuti di Sarawak Bumi Tercinta.. 
InsyaAllah 18 Feb akan kembali ke UPSI... 
Ahh.. bahasa kali ini nampak lebih berserabut dan pokok penceritaan agak tidak jelas.. 
Apa yang mahu diceritakan dalam entri kali ini???


ehem.. credit to Yun.. a.k.a miss purple for this pic.. 
taken at Genting. 
b4 Paper Excercise Physiology Paper.. :) 


Promote Jup.. kalau nak release tension.. Genting adalah lokasi terbaik.. !!!!
Jom tengok Aksi kat Genting jup.. 
Maaf untuk Cik Siti Sara & Cik Suhasrinizan.. 
:(

Next Sem Tambun yea.. 
Without Ustz... 
uhuuuuu....





takpe.. 
yang lain masih ada.. 
kawan kawan yang sentiasa membantu dan memberi dorongan ketika diri ini dalam kesusahan.. 
;)
terima kasih korang.. 






When You Are Happy
Make Others Happy Too

Tahniah untuk Batch Galaxy.. 
yang telah mendapat keputusan untuk semeseter ini.. 
apabila diumumkan keputusan rasmi semester ini.. maka. tamatlah semester 2 kita semua.. 




setelah pahit maung kita semua lalui bersama. 






We are inspiring each other 

Terima kasih untuk kawan kawan yang tolong bagi semangat.. 
untuk Ujian Kemahiran Renang & Gimnastik.. 
seperti selalu.. 

Terima kasih untuk kawan kawan.. 
terutamanya Sara dan Yan yang sanggup bersekang mata.. 
untuk menyiapkan tugasan Assgnent bersama saya ok.. :)
stress kan???

takpe. semua dah settle.. :) 

Dengan Lafaz Bismillahirahminrahim... 
saya telahpun tamat sem 2 di upsi.. 
Tahniah.. 

sebab tak dapat tukar course jgk! 

Selamat Tinggal Sem 2.. 

terima kasih semua.. :)

terima kasih kepada 2 senior terkemuka.. 
yang sanggup membantu untuk memberi & menaikkan semangat 
ketika down sgat2x sem lepas. 
see u.. 
next entri.. 

Salam!!! 

terima kasih kepada yang belanja.. !
 :) 




Friday, February 3, 2012

Keputusan Peperiksaan


Syukur alhamdulilah... 
ada peningkatan dari yang sebelumnya.. 

terima kasih semua

syukur alhamdulilah.. 

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah