Sunday, February 27, 2011

Maafkan Aku jika aku Tidak Sempurna

Ketahuilah,
 aku tak sesabar  Fatimah,
 ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis ,
 bukan kerana ku marah atau benci padamu, 
tapi aku hanya wanita biasa, 
aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku... 



Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. 
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah..

Tolong Ingatkan Aku.. 

Sesungguhnya.. aku memang selalu lupa dan alpa.. 


Hari Ini..


Saya bukan insan yang terbaik.. 


namun... 


saya akan terus berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik.. 


sekurang-kurangnya.. 
hari ini.. 

adalah lebih baik dari semalam.. 
:)

Friday, February 25, 2011

Cuti -Cuti Malaysia dalam Sehari..


Cantik kan??? 
nak tau kat mana?? 

klik link.. 

sila klik untuk paparan penuh.. 




Lawatan & Aktiviti
Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Tempat-tempat untuk dikunjungi:

  • Lapangan Terbang Teluk Dalam
  • Kilang Satay Fish SPK
  • Tukang bot SPK
  • Taman Fu Lin Kung
  • Pekan Pangkor
  • Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung
  • Teluk Segadas
  • Pantai Pasir Bogak
  • Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay)
  • Monkey Bay
  • Pulau Mentangor dan Giam (Lagun Teluk Nipah)
  • Pasir Giam (Coral Bay)
  • Teluk Man
  • Taman Lin Ji Kung
  • Pantai Puteri Dewi
  • Pulau Pangkor Laut

Harga


Keterangan
Harga
Island Tour (van)RM80 - RM100
Boat tripbergantung pada pilihan trip
SPECIAL: Sunset CruisingRM400 (4 - 6 orang)







ini adalah cadangan tempat.. 
kalau ada yang nak melawat resort.. 
atau ingin melakukan aktiviti di air.. 
boleh juga.. 

kalau nak buat sesi lawatan ke sekolah.. 
dan perkenalkan upsi.. 
sambil mengajar di padang pun boleh.. 
haha..


psst.. aku tau. ada org nk pg tmpt nie gak. shre pun takpe. haha. 

Wednesday, February 23, 2011

hyper!

Micro teaching klsf
hyeptrophy.. 
speaking test... !






Anatomi owh anantomy.. 
i love anatomy.. :)


Mungkin menjadi kumpulan yang pertama ni.. 
ada kelebihan.. 
insyaAllah.. 
aaamiiiinnnn.... 

Tuesday, February 22, 2011

Apabila wujud banyak kemungkinan..


mungkin kerana terlalu rindu.. 
mungkin kerana terlalu lama tidak bersua.. 
mungkin kerana  terlalu banyak tekanan
mungkin kerana terlalu banyak benda yang difikirkan.. 

maaf
sesungguhnya.. di saat air itu mengalir.. 
masih ada pembentung yang membentuknya.. 
supaya aliran itu adalah aliran yang berkesudahan

maaf
mungkin kerana mereka adalah keluarga
rindu bila lama tidak bersua.. 
malu apabila apa yang diharapkan.. 
tidak seperti apa yang dijangkakan... 


malu pada diri sendiri.. 
kesal akan segalanya.. 
herm.... 

entah harus bermula dari mana.. 
itu baru berjumpa dengan kakak yang pertama.. 
kalau berbicara dengan kakak yang kedua???


entah berapa liter air mata yang terbazir pada malam ini.. 

mak.. 
adik minta maaf..





Saturday, February 19, 2011

Contest Pose Menarik


salam.. 
join contest pose menarik setelah ditag oleh 
Cik Fazillah my besties.. :)

yang manis dan bergaya.. 

pose beliau mmg menarik... 
pssst.. 
jom join contest nie.. 




seribu makna yang tersirat
di sebalik yang tersurat.. 
^_^

sekian

Thursday, February 17, 2011

Edit Lagu boleh tak.. ?? :)




dari pertama kali,

kmk ngga ktk dolok,

sik penah kmk sangka ktk jd camtok....






ktk dgn kwn ktk,
kmk ngn dah eijal,
terpikat ngga muka ktk,
lalu madah ngn eijal,
kebetolan juak eijal gerek kwn ktk
kmk sik mdh suka dolok
nanyak nama ktk
cney ktk diam
alu nya mdh d bintawa
sik mok pasang dolok maklomlah org kck nak
sik lamak kakya
lalu bas kmk dtg
nombor tepon ada…
lalu tepon ktk ptg ya
klaka punya klaka
kita suka sama suka
sik tau mek waktu ya
perasaan kmk cinta gilak ngn ktk eyhh
serious mena mek waktu ya
mlm numtum apek dgr sidak bukak cerita
kmk bergerek dgn bidadari dari syurga
minta2 cinta kita kekal selamanya…



cho:

(2x)

boh kawen dolok,
dia gik maseh nunggu,
boh kawen dolok,
dia gik nak merayu



mula nang ok…

ktk salu lepak dpn blkg S.P nang OK

sampe kinek tok
kmk maseh ingat eyhh
setiap kali limpas sia
kmk mesti ingat kita ilek sama2
kmk org minum
ktk org bersussey
ingat sik feruz lok salu terjun lam sungei
heh…..
luchu mena eyhh
baju lebor laor masok lam bas
kmk ngaco bisin2
ktk agik manaz
org byk mdh kita nang padan
tp ktk lebih byk kwn laki dr ompuan
byk gilak nengar cerita
kmk sik tahan
kmk coba bls dendam
lalu kuar ngn ompuan
ktk sik tauk pa2 diam d rumah sik ditalipon
lalu ktk pegi pasa
nemu kmk ngn nurul
kmk ngakuk salah
kmk bls dendam sik da bukti
baruk nek tok kmk nyesal cinta ktk sik da ganti



( ulang cho: 2x)




anco ati tok

bila nengar kisah pasal kitak kinek tok

ktk sik kdk marek
mala tuka2 gerek
pedeh agik bila kmk tauk byk dr sidak kwn kmk
kempang ati…
bagik kmk ktk maseh lom ada org ganti
kmk akan nunggu ktk
B nunggu ktk
selagi belom kawen selagik blom belaki


haha. aku ngn yun nk edit lagu nie. jadi kmk syg kwn kmk boleh tak??? 

psst: motif??? haha.. :)

aku nak buat versi girl pulak.. ekeke.. 

Download Dokumen Pendidikan Luar

ini adalah pautan khas untuk pelajar at 43 dan at 59 untuk download dokumen.. 
sebarang masalah atau pertnyaan boleh diajukan kepada saya.. 


sila klik pada butang download

Senarai ahli jawatankuasa PL akhir



Senarai nama mengikut kumpulan

Lantikan ahli di bawah biro


anda boleh download dan simpan ke dalam fail
sekian harap maklum

Saturday, February 12, 2011

tips cepat dapat duit.. :)


Salam semua
Aku baru sahaja balik dari menyerahkan dokumen loteri  ptptn di bs.. 
.serius. 
memang sangat penat dan lama
balik dari olahraga terus bergerak ke bs.. 
baiklah.. 
di bawah aku senaraikan tips dan tutorial untuk bergerak dengan lebih pantas.. 
khas untuk warga at 43 yang tercinta.. 
sila baca dengan teliti 
klik pada pautan di bawah.. 



sila sediakan pen hitam dan pembaris
sharing is caring.. tapi sharing itu buat anda lambat  ok... 

sila masuk ke bahagian penjuru kiri 
kanan terlalu TELITI dan terlalu LAMBAT
beri perhatian pada pegawai wanita yang bercermin mata dan hitam manis.. 
beliau akan memudahkan proses tanpa banyak songeh dan sengih bicara.. haha

sila batalkan semua dokumen sokogan (ic anda,mak ayah,spm,borang pengesahan pendapatan dll)
 kecuali maklumat permohonan dari web ptptn
(gariskan : tuliskan ayat : UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA)

sila tulis nama penuh, no ic dan perkataan UPSI di penjuru sebelah kanan
gunakan pen hitam / sewarna dengan warna pen yang anda gunakan.. 


saksi?
maaf.. sila jangan terlalu yakin untuk ke depan sekiranya cop Dr. Ikhwan yang menjadi saksi dokumen anda.. 
sila segera ke kaunter HEP di belakang sekiranya anda menjadikan Dr Ikwan sebagai saksi
Maaf yea Dr.. :)
mungkin cop dr tidak lengkap yea.. 


.
.

Cop Kabur
Contoh : perkataan Perak tertinggal AK.. sila cop semula. dengan pegawai di belakang
rajinkan untuk bertanya sebelum mereka menyusahkan dan memalukan  menyuruh anda ke belakang


cop tak nampak.. 
cop tak jelas.. 
senang?
sahkan semula.. 


kurang pasti?
eyh. betul ke ni yea.. 

sila bertanya kepada pegawai hensem bergaya berbudi bahasa yang bersongkok sebelah kiri.. 
beliau akan menjawab dengan baik.. 
InsyaAllah

saksi?
tiada jawatan?
tiada alamat?
maaf? tidak diterima

pendek kata. sila mintak semula cop di hep di belakang

senarai semak.. 

sediakan satu sahaja
asingkan menjadi 3 bahagian

1-dokumen perjanjian bermula dengan senarai semak
2-dokumen perjanjian bermula dengan surat  tawaran perjanjian
3-cetakan maklumat dari internet & dokumen sokongan

sila simpan klip anda apabila anda sampai di kaunter

apa yang penting. yakin dan berdoalah mudahan proses penghantaran dokumen berjalan dengan lancar
jangan memotong barisan.. 
dan apa yang penting. 
apabila berlaku masalah di kaunter.. contoh. cop semula dari hep di belakang.. 
sila jangan terlalu rajin untuk beratur semula.
hahahahahahaha
bergeraklah dengan yakin ke kaunter.. 
pamerkan muka confident.. 
:)
insyaAllah.. 
anda akan berjaya.. 

duit ptptn masuk.. 
sila simpan ;)
siapa tahu hati kita semua akan terbuka untuk tidak bercuti semasa cuti ini.. 
haha
tepuk dada. tnyalah minda.. 

terasa ingin praktikal awal la. walaupun  konvo lambat.. hurm.. 

terima kasih untuk yun, yan dan nick
kerana menenangkan aku dalam 15 minit terakhir.. 


we all mmg gigih.. 
haha.. 

Friday, February 11, 2011

BERGURAU????

AYAT AWAK TERLALU MELAMPAU

SEKIAN TERIMA KASIH


LUCU DAN GURAUAN BAGI AWAK.. 

TAPI PERKARA ITU SERIUS BAGI SAYA

HARAP MAKLUM!

Thursday, February 10, 2011

status : sibuk..

selesai menjawab kuiz anatomi.. 
petang nie ada forum wacana
pagi esok perbentangan untuk olahraga
tengah hari penyerahan dokumen ptptn
minggu depan mid term anatomi
minggu lagi depan
micro teaching klsf..
kem PL?
aku setiausaha.. owh.. 
saya memang sangat suka... 
ibarat 10x like kat fb.. 

sila bersemangat dan fokus... 

sampai beliau pegang bahu pun aku boleh tak perasan..aish. sori my dear. ora mmg x perasan.. :(
have a nice trip to Rawang.. 
sori tak pat teman Kayak tau!

lagu bukan aku tak sudi mmg best.. 


:)



Saturday, February 5, 2011

Ada Apa dengan Cuti?

Salam ahad semua.. 
Cuti seminggu telah sampai ke penghujungnya....
Sesungguhnya esok kuliah akan diteruskan seperti biasa. 
dengan bersukan di padang Upsi dan meneruskan perjuangan di sini.. 

Cuti seminggu ini mengajar dan menunjukkan betapa murni dan sucinya ikatan.. 
apabila telah digelar sebagai ahli keluarga.. 
baiklah.. bercerita tentang cuti.. 
bermula dari Pidato di Ipoh yang membataskan niat untuk kembali ke Gerik.. 
namun.. siapa sangka. itu adalah satu permulaan yang sungguh baik..bersama mereka??? 
siapa mereka????? 


Pidato di Ipoh.. 


Di sini.. saya telah mengenal erti kekuatan dan keyakinan.. 

Bersama mereka. saya telah belajar apa erti pertandingan yang sebenarnya.. 
sekurang -kurang nya saya telah belajar satu benda baru yang saya tak akan perolehi di tempat lain
sekalung appresiasi buat Kak Aini, Nora, Syam dan Aqwa... 

.
.
Kayak Di PC


Riadah yang cukup sempoi pada petang itu membuatkan kami semua seronok.. 
terima kasih atas biskut dan kekuatan mereka berdua yang lebih dari biasa.. 
untuk mengangkat kayak itu.. 


semoga kita semua akan dapat berkayak lagi..
di masa akan datang.. insyaAllah.. 




Suprise dari Nora.. 
sesunguhnya.. saya teruja dan terkejut dengan hadiah dari beliau.. 
ikan ikan ini memang comel.. 
maaf sekiranya ikan nora tidak mampu dijaga dengan baik.. 
^_^

Temoh

Untuk Kak Aini
terima kasih kerana tidak melupakan saya yang berada di Aras 8 ini.. 
terima kasih atas perhatian bermula dari saya bekerja untuk sehari di gym itu.. 
terima kasih atas ole-ole dan sarapan itu.. 
dan insyaAllah.. 
sekiranya saya kembali ke Sarawak.. 
saya akan membelikan buah tangan untuk anda semua..


untuk Amir,Kak Shy,Kak Fida, Abg Nan.. 
terima kasih kerana memperkenalkan saya kepada Temoh.. 
sekurang-kurangnya saya tahu.. 
Majlis di sini.. selalunya berlangsung lepas Zohor @ Asar.. 
dan sungguh kontra dengan bumi kelahiran saya.. 
yang bermula seawal jam 8 pagi.. 

Bantal
Untuk Mus, Din dan Abg Fawiz.. 
terima kasih untuk pemilihan bantal yang sangt comel itu.. 
maaf kerana menyusahkan korang untuk memilih.. 
tapi, pemilihan itu memang kena cita rasanya....

KTM
maaf untuk Din kerana terpaksa mengundurkan diri pada malam tadi untuk menjemput Zalie di KTM.. 
terima kasih untuk pemahaman abg Fawiz dan Mus yamg menunjukkan arah untuk ke KTM.. 
sekurang kurangnya.. saya tahu KTM itu berada di mana dan jarak perjalanannya adalah setakat mana.. 


Perkongsian cerita.
terima kasih untuk semua perkongsian dan pengalaman  yang saya pelajari dan alami untuk seminggu ini.. 
sesungguhya selepas ini.. kalian juga merupakan keluarga no 2 saya di sini.. 





Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Baru selesai membaca entri Abg Fawis.. 
baiklah.. 
pengakuan eksklusif.. 
saya adalah salah seorang pengguna Bahasa eeeewwwwwww itu.. 
anda ingin tahu laras bahasanya bagaimana???

sila klik link di bawah untuk membaca artikel beliau







Wednesday, February 2, 2011

Terima kasih Nuffnag

Salam.. 
....







terima kasih untuk nuffnag.
semoga rezeki ini akan terus bertambah.. 

ada yang dapat lebih banyak dari aku kan.. ??
ekeke. saje jer aku nk bagitau nie. 
sikit bagi korang.. 
besar bagi aku okies!!! 
haha

usaha tangga kejayaan
semoga buffered ngn metered earning aku akan bertambah.. 

ini adalah kombinasi blog lama dan baru sebenarnya.. 
bagi yang belum pernah cashout tuh.. 
korang cuba sekali.. 
betul.. 
memang nuff  adalah iklan yang boleh dipercayai
buat rakan-rakan blogger yang pernah buat tutorial 
pasal nuff
pasal nak tingkatkan traffic
pasal iklan nuff
update survey
thnks u olls.. 
sharing is caring right.. 

sekian.. 


 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah