Monday, October 18, 2010

20 DIKHUATIRI TERBUNUH, DUA BOT BERLANGGAR DI SARAWAK.

Bila Jalan Selangau Rosak.. majoriti para pengguna akan menggunakan jalan air sebagai alternatif.. ish.
nak cepat sampai ke destinasi kan.. 
. teringat pulak  perbualan pagi tadi.. ingt nak pergi interview tu.. guna jalan air la....
*diam seketika*
kesimpulan dari kenyataan di atas
semoga mereka ini selamat dan berjaya ditermui secepat mungkin..
-elakkan jalan air. aku tak pandai berenang weyh.. -


TERKINI!! 20 DIKHUATIRI TERBUNUH, DUA BOT BERLANGGAR DI SARAWAK.
Sekurang-kurangnya 20 daripada 30 penumbang bot ekspress dikhuatiri terbunuh apabila bot yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bot membawa muatan balak di Sungai Ulu Tatau, Sarawak kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Sehingga kini hanya satu mayat bayi perempuan telah ditemui dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedahsiasat. Banyak mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.

Pasukan penyelamat difahamkan lewat tiba di tempat kejadian kerana ia berlaku di kawasan yang terpencil dan hanya ada sebuah perkampungan rumah panjang, kira-kira 40 kilometer dari situ. Sementara balai polis terdekat adalah balai polis Bintulu.

Difahamkan, Ketua Polis Bintulu, Superintendan Sulaiman Abdul Razak bersama berbelas anggota telah bergegas ke tempat kejadian.

Begitu juga Pasukan Gerakan Marin yang diketuai oleh ACP Taib Sabot, bersama pasukan bomba dan penyelamat dikatakan bertungkus-lumus ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai tragedi itu.

Bot Ekspress terbabit yang telah tenggelam sepenuhnya dikatakan dalam perjalanan di antara Bakun dan Bintulu manakala bot tunda membawa balak pula tidak diketahui arah tujuannya.

Tragedi bot ekspress dan bot tunda ini adalah kemalangan air paling dasyat di Sarawak dan usaha mencari mayat mereka yang terkorban dijangka mengambil masa ekoran kelebaran dan kedalaman Sungai Ulu Tatau yang bersambungan dengan Sungai Kelebuk.
Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah