Wednesday, April 11, 2012

11 April 2012..


Gambar ini aku ambil di bawah mentari senja semalam... 



Petang tadi, angin sepoi sepoi bahasa.. Jendela di Kolej Kediaman dibiarkan terbuka agar angin petang dapat masuk.. tangan menaip naip tugasan di laptop sambil melayari laman sesawang facebook.. Kolej kediaman yang agak sunyi dan lengang.. senyap... tiada tanda tanda meriah seperti selalu nya.. tiba tiba cermin muka di dinding bergegar lebih dari biasa.. Kuat betul angin petang nie.. aku melihat sekeliling.. namun, ini bukan sekadar melibatkan gegaran  pada cermin, aku yang duduk pegun di kerusi kayu menerima kesan yang sama.. Am I dreaming? Eh.. namun, gegaran ini agak lama.. lama.. lebih dari 1 minit. dan mungkin lebih dari itu..lantas tudung awming dan jaket nike disarungkan.. hp.. laptp.. kunci.. wallet. aku pun bergegas turun... dari tingkat 8.. situasi ketika ini, aku tidak pasti. adakah aku berjalan dalam keadaan masih bergegar atau tidak. rata rata pelajar telah pun berkumpul di bahagian bawah... Apa yang berlaku sebenarnya. tiada hujan, tiada ribut. kuat sungguh gegaran itu.. 

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami sebentar tadi selepas gempa bumi bermagnitud 8.9 menggegarkan wilayah barat Aceh, Indonesia. 


Berita ini cuma diketahui setelah 20 minit aku duduk di tingkat bawah.. apabila aku online semula.. sesekali aku merasakan FB ini banyak manfaatnya.. sekali kita log in.. segala berita dipaparkan....


Home page facebook aku penuh dengan status kesan gegaran di. Ipoh,Batu Caves, dan sudah pasti Tanjung Malim menunjukkan rating tertinggi.. aku scroll kembali page facebook...


namun, gegaran susulan kembali lagi...nasib baiklah aku masih kemas bersweater.. larian dari aras 8 untuk kali kedua...


Gegaran kedua dirasai sebentar tadi di beberapa negeri di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia susulan gempa bumi 8.9 magnitud di Bandar Aceh. 
Turut dirasai, gegaran kedua untuk tempoh seminit di bangunan New Straits Times Press (NSTP), Jalan Riong, Bangsar Kuala Lumpur.


akhrnya pada jam 10 tadi.. 

Jabatan Meteorologi menarik balik amaran tsunami di Malaysia pada jam 10 malam ini selepas gempa bumi menggegarkan Aceh, petang tadi.


mode : masih trauma dengan gegaran sebanyak 2 kali di Kolej Kediaman tadi.. 

semoga semua nya baik baik sahaja.. 


11 April 2012... 

aku akan ingat tarikh ini sampai bila bila. 
semoga ini adalah kali pertama.. dan pengalaman terakhir hendaknya.. 


Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah