Saturday, April 21, 2012

Ahad? Apa Cerita Anda?

Selamat berhujung minggu sahabat semua.. Hari ini cuma ingin bercerita mengenai idea ringkas dan padat.. Apa akiviti hujung minggu yang selalunya korang akan lakukan.. Beriadah?bersuka ria?makan makan?jalan jalan? semua item itu pasti ada bukan.. Namun sebagai seorang pelajar.. uhuk uhuk.. digalakkan untuk berjimat cermat. pesanan untuk diri sendiri.. :)Hari ini aku nak share dan memperingatkan diri untuk berjimat cermat as a student. al maklumlah.. bila dah tengah tengah sem ni.. macam macam kena beli..

Kita bercerita tentang makan.. Baiklah. makan adalah penting untuk mendapatkan tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.. Makanlah secara sederhana. kalau rajin. masaklah sendiri di rumah.. lebih jimat.. kalau nk jimat. beli sekali harung. eh.. maksudnya. beli banyak sikit lauk tengah hari. boleh makan sampai ke malam.. jadi. tidak perlu untuk turun berkali kali.. Aspek minum pula. banyakkan minum air masak/ air putih.. sebab air masak nie, elok untuk kesihatan selain menjimatkan daripada membeli pepsi twist,F&N and zapplle minuman bertin tu.. selain itu, seandainya anda ingin minum minuman sejuk.. beli la ais je. x pyh beli minuman kat kedai. lebih menjimatkan.. :) [milo ais kedai = rm 1.50 ,  beli ais rm 0.20 sen] dan sila sediakan air sendiri. milo packet boleh dibeli di mana mana kedai terdekat. :)

sedap!

bercerita tentang jalan jalan pulak .atau jalan bersama kawan kawan. digalakkan untuk beriadah tanpa menghabiskan duit. atau dengan kata lain. anda boleh membawa bekal untuk dibawa bersama.. Boleh la tunjuk skill memasak depan kawan kawan. anda juga boleh jimat duit dan jimat masa. tak perlu la nk beli popcorn, keropok, dan sebagainya.. boleh la memasak sendiri nasi goreng dan sandwich di rumah.. kalau anda setakat pergi karaoke bersama kawan kawan.. sila isi perut kenyang kenyang dulu. dan nyanyi la puas puas.. :)


Baiklah. untuk shopping pulak. :) ni hot sikit. sebab aku ni jenis membeli gak la kalau berjalan.. sila la berjalan seorang diri. eh. beli la ikut keperluan.. maksudnya. item itu adalah murah dan ikut  trend semasa. jangan membuat fesyen lain dari yang lain. sebab selalunya kita akan dapat melihat environment sekeliling dengan melihat kepada penampilan sahabat sahabat kita..Contohnya mesti ramai yang suka tudung awning, printed bawal. aku pun sangat suka.. bawal 2 tone. 1 tone. 3 tone. (nie mahal sikit) ahaha.. beli la yang murah dan buat perbandingan harga. kalau boleh jangan beli online sebab selalunya memang akan dicaj kos penghantaran. bukan mereka yang caj.. tapi memang itu adalah keperluan untuk penghantaran barang.. jadi, kalau nak jimat, jalan jalan la ke pasar terdekat. anda boleh lihat secara real dan boleh cuba sendiri. lebih berbaloi..


siapkan tugasan anda sebelum keluar berjalan jalan jalan.. ini adalah penting untuk mengelakkan kerja last minute. *macam aku*.. jadi apabila anda tengah shopping dengan rakan rakan., anda tidak perlu risau dengan  tugasan anda yang terbengkalai di rumah.. :)



Takziah untuk pelajar upsi yang kembali ke rahmatullah semalam.. aku malas untuk update mengenai isu itu, kerana aku tak tau apa sebenarnya kes terpencil yang kita semua tak tahu.. apa yang penting. doakan dan sedekahkan al fatihah untuk allahyarhamah.. sebagai seorang pelajar di sini, aku juga turut bersimpati atas kejadian ini. takziah untuk keluarga mangsa.. 

Selamat Berhujung Minggu Sahahabat Sekalian.. 
:) 
Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah