Monday, July 25, 2011

Bila Dating.. ;p


jom baca tips  bila nak pergi dating nie.. 
mana tau berguna kan? ;p



Rancang Terlebih Dahulu
rancangan untuk pergi dating adalah sangat penting. aspek masa dan perancangan perlu dibuat dari mula.kalau rasa nk jimat. boleh la dating ala ala Jun Pyo dalam citer korea tuh. alah.. yang part dia pergi zoo tuh.. masa kena bajet tau.. tak pasal pasal ada pulak appoinment ke,match ke,assignment ke.. semua tuh kena ambik kira tau.. 

Pakaian Jangan Over
untuk dating, selalunya. semua orang nak lawa lawa jer kan?yer la. mana tau masa dating nanti. tiba tiba awek ke. pakwe ke. jeling perempulan lain.. adeh,jatuh saham.. tak semestinya tau..! yang penting kemas dan sopan.. cukup la kan? tak perlu la nak pakai maskara eyeshadow tebal tebal. kena lecun dek hujan baru tau.. muahaha.. 

Teman Dia Ke Mana Saja
sila berikan kata ya.. atau all right je yea...walaupun dalam hati tu tak suka.. sangat geram ke. sangat malas ke. sabar jer.. contohnya kan. kalau awek korang masuk butik kan?sabar sabar je tunggu diorang beli baju.. kalau diorang beli tudung.. komen komen la sikit. kalu beli tali leher ke. cap ke.. bagi la sikit pujian.. awak hensem la pakai cap.. ;)

Berikan Pendapat Jika Ditanya
masa keluar dating.. ni memang benda lazim la kan.. masing masing akan bercerita mengenai masalah dan perkembangan terkini. berikan respon yang menarik dan pendapat yang bernas. Siapa lagi nak beri pendapat kalau bukan korang kan? masing masing kena main peranan tau. kalau girlfriend atau boyfriend korang mengadu ngan orang lain, kan susah..
jeles lagi tau!

Jangan Jadi Bisu
oh... sangat bosan la kalau takda suasana masa dating. kalau sorang saja pihak yang bercerita?alah.. macam syok sendiri la kan. orang lain tengok pun tengok, macam pelik jer.. macam sangat bosan jer.. cerita la apa apa jer, jangan la biarkan suasana suram jer ;)

Buat Si Dia Ketawa
kita akan senang bila tengok awek atau pakwe kita gelak gelak kan.. masa dating, sweet je.. ;)  cerita la benda yang lawak lawak masa dating. kan senang hati bila tengok pasangan ketawa kan? at least, bila dating akan ada sweet moment that you can remember kan? ;) tapi jangan over tau. nanti kuat sangat gelak gelak. boleh nangis tau!

Aktiviti Ketika Keluar Dating

Menonton Wayang
selalu kan, dalam wayang menonton wayang adalah aktiviti lazim. so kena la praktik ala ala persenal taste gitu, muahaha.. tapi kena tau nak tengok citer ape. sila buat pilihan awal. jangan pulak gaduh masa tengah nak beli tiket wayang. last last sorang tengok nur kasih, sorang tengok KL Ganster... adeh..sesekali beralah la yea.. untuk jaga hati masing masing..

Makan Bersama
makan?ya.. makan adalah aktiviti terbaik semasa keluar dating. sebab ape?masa makan tu, banyak aktiviti boleh dilakukan. borak borak dulu, pastu boleh la makan. kalau boleh, cari la tempat makan yang special sikit. jauh sikit  dari orang ramai. jadi boleh la borak borak lama sikit. mana la best nak dating tempat bising bising kan? jadi.. kena ikut kesesuaian la. kalau jenis couple yang sukakan suasana yang happening, mungkin makan beramai ramai di tempat terbuka adalah pilihan terbaik ;p

Bermain Bowling
bermain bowling adalah cadangan yang baik juga. bagi couple yang suka untuk bersukan atau sukakan sedikit cabaran. boleh la mencuba yea.. ice skating pun boleh.. herm.. teringat kenangan ngan kawan kawan masa pergi snow ice. sweet jer kan?? bajet yang penting tau! poket kena penuh la.. muahaha.. :)

Ambil Gambar Kenangan
ini final part yea.. sesekali, mengambil gambar itu perlu. kenapa?mana la tau, bagi cinta kutub utara kutub selatan nie. yang jumpa 6 bulan sekali.. better snap la gambar banyak banyak. jadi, bila rindu. boleh la tatap selalu..


credit to this page..
i like! heeee
Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah