Sunday, July 3, 2011

Malaysia Tewas di tangan Taiwan!


kecemerlangan penjaga gawang Malaysia Sharbiniee Alawee Ramli telah menyelamatkan gawang Malaysia dari terus dibolosi namun sepakan penalti ketiga yang diambil oleh Xavier Chen membolehkan Taiwan menang dengan keputusan 3-2.

mencetuskan aku untuk mengupdate blog yang telah lama bersawang.. 
serius.. 
menonton perlawanan itu membuatkan aku kegeraman di depan tv.
kesimpulan : aku mmg tak boleh tengok perlawanan di warung kopi
:)



nk tau lebih lanjut.. jom baca! 





Dan mungkin itu hanya sekadar satu kebetulan, tetapi ironinya dapat dilihat dalam perlawanan antara Malaysia dan Taiwan yang baru saja berakhir di Stadium Perbandaran Taipei, 'hadiah' tiga sepakan penalti dari pengadil telah sedikit sebanyak menyentap semangat pemain dan juga penyokong pasukan Malaysia yang sebilangan besarnya menonton siaran perlawanan tersebut yang disiarkan secara langsung melalui kaca TV.


Namun skuad Harimau Malaya berjaya melakar sejarah di dalam arena bola sepak tanah air apabila layak buat kali pertama ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, namun berdasarkan kepada kiraan gol di tempat lawan, skuad kebangsaan yang terikat kepada Taiwan dengan agregat 4-4, membolehkan skuad Harimau Malaya layak ke saingan seterusnya bertemu Singapura pada 27 Julai ini.



Malaysia bermula dengan agak menyakinkan kerana pada awal minit ke-7, satu jaringan yang boleh dianggap bertaraf 'kelas dunia' terhasil dari sepakan set-piece oleh Mohd. Zaquan Adha sebelum pasukan Taiwan berjaya membolosi gawang Malaysia beberapa minit kemudian. Jaringan cantik dari ketua pasukan Safiq Rahim melalui sepakan percuma di luar kotak penalti Taiwan kembali menggembirakan para penyokong Malaysia sebelum Taiwan dihadiahkan dengan gol dari sepakan penalti apabila seorang pemainnya dijatuhkan oleh pertahanan Malaysia dalam kotak penalti ketika di babak separuh masa kedua.Malaysia sekali lagi dihukum dengan sepakan penalti kedua namun kecemerlangan penjaga gawang Malaysia Sharbiniee Alawee Ramli telah menyelamatkan gawang Malaysia dari terus dibolosi namun sepakan penalti ketiga yang diambil oleh Xavier Chen membolehkan Taiwan menang dengan keputusan 3-2.Aksi perlawanan tadi mengingatkan aku kembali kepada perlawanan yang turut diadili oleh pengadil yang sama dari Vietnam ketika peringkat saingan kumpulan dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 di mana Malaysia tewas 5-1 kepada Indonesia dimana Harimau Malaya mengenakan jersi kuningya. Kebetulan lagi.Dan pada perlawanan di temasya Sukan Asia 2010 , Harimau Malaya tumbang 3-0 kepada China gara-gara keputusan kontroversi pengadil dari Australia Ben Williams yang telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunalan. Sekali lagi Harimau Malaya berjersi kuning ketika itu.Namun, mungkin semua yang telah terjadi itu adalah satu kebetulan sahaja. Pujian seharusnya diberikan kepada persembahan mantap dari seluruh barisan pemain negara yang 
berjuang berhabis-habisan mengekang asakan Taiwan.


credit to this blog.. 
http://maidaribendang.blogspot.com/

No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah