Thursday, May 24, 2012

Tips Ceriakan Diri :)




Entri malam ini berkongsi mengenai keceriaan.. 
sekadar berkongsi kepada anda semua.. dan untuk pengaplikasian kepada diri sendiri.. 

  • Sentiasa bergaul dgn orang sekeliling dan pilih kawan. Jangan bergaul dengan orang yg boleh mendatangkan masaalah pada diri sendiri. Pilihlah kawan yang boleh membantu.. bukan membantut :) 
i miss them.. my beloved friends at pmu
  • Sering bersedekah dan memberi bantuan kepada mereka yg memerlukan.membantu memberi nasihat kepada mereka yang mengalami masalah.. insyaAllah.. pada ketika anda mengalami masalah.. mereka akan hadir dan duduk di sisi anda.. :)

  • mereka! :)
  • Jangan terlalu mengambil tahu hal orang lain apatah lagi menggossip atau menyebarkan fitnah.Ini akan memburukkan lagi keadaan.. jalan selamat: DIAM LEBIH BAIK.. jangan keruhkan keadaan

  • Hormati hubungan kekeluargaan terutama suami, anak-beranak, adik-beradik, saudara-mara serta teman. Binalah hubungan mesra bersama rakan rakan kerana mereka adalah orang terdekat ketika anda jauh di rantau orang.. tsk.. :)

  •  Meraikan teman samada dirumah atau diluar dengan mereka sekali-kala. Terperap dirumah ada kalanya mengundang rasa bosan yang kerterlaluan melainkan jika anda telah benar-benar sebati.sesekali.. Genting!!!!! hahahahahahaha
Genting memang seronok.. :)

credit this pic to haikal :)
  • Aktifkan diri didalam kegiatan aktiviti masyarakat. Aktiviti bersukan bersama keluarga atau rakan-rakan juga dapat membantu.Ini akan membantu anda untuk meluaskan pengalaman dan kenalan.. 

  •  Sentiasa bersikap pemaaf dan memaafkan kesalahan orang lain dan elakkan sifat dendam dalam diri. Hati akan sentiasa tenang :)

  • Belajar sesuatu yang baru dan mahirkan diri dalam bidang terbabit supaya masa yang terluang tidak membazir dengan sia-sia. Pelajari sesuatu yang baru kerana anda akan merasai perkara itu menarik dan berguna jika anda tidak pernah melakukannya sebelum ini.. :)

  •  Belajar menggembirakan orang lain dengan menggembirakan diri sendiri terlebih dahulu.. Hari yang ceria adalah berpusat dari kegembiraan di dalam hati.. dalam hati ada taman.. kih2x.. 

  • Praktikkan hari ini dan anda akan merasa perubahan yang positif dalam diri. Tanpa permulaan, anda tidak akan bergerak ke mana mana.. 

credit to this blog..

walaupun saya tidak begitu ceria.. entri harus ceria.. 

Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah