Wednesday, December 22, 2010

Lelaki lebih ramai dari wanita sebenarnya.. :)


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation terkejut melihat Laporan Banci 2010 yang dikeluarkan hari ini...

WAH...Di Malaysia ni golongan Lelaki Lebih ramai daripada Golongan Wanita.....
14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan?
 
 Macam sukar dipercayai kan..tapi inilah hakikatnya....Maknanya Golongan Lelaki ni masih belum ketandusan lagi lah....
Kalau di Lihat di Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Majoriti Perempuan sehinggakan Kaum Llekai ni menjadi golongan Minoriti...
 
Mana lagi Golongan Lelaki yang ramai ni?..hehe
Apapun Jumlah Keseluruhan rakyat Malaysia terkini adalah 27.56 juta orang....

sekadar infomasi buat pembaca sekalian...
 
 
Berikut merupakan berita penuh mengenai kenyataan ini:-

Laporan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 27,565,821 orang.
Ia terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan dengan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 sehingga 2010 ialah 2.17 peratus.
Semasa tempoh bancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.
Laporan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini. - Utusan

Sekian.. :)
Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah