Friday, December 3, 2010

Jangan Buat Dia Kecewa

Jam sudah menunjukkan lewat malam.. namun nada mesej masuk itu menganggu konsentrasi.. Tidak perlu diduga atau dibuka mesejnya, hati sudah mampu menjangka siapa pengirimnya.. DIA lagi.. alah. kalu lah Incik Kochi yang mesej.. ok gak. lain yang diharap.. lain pulak yang mesej.. uiks.. dia suka aku ke.. halamak.. tolong!!!! (*bukan ada bahaya pun...syyh.. toksah kecoh*) Takpe. kita kaji dulu aspek kat bawah yea..  kaji smpai habis..  Adakah ciri-ciri dia  memang menunjukkan tanda suka / cinta / sayang / kepada kita 


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
    hanya ada kamu satu-satunya. (betul ke ni:  ye la agaknya )

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
     menjadi impiannya. ( ni kes bahaya ni.. haish.. tolonglah carilah yang lain)

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. (memang pun aku nak tambah berat badan pun) 

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. (macam mengongkong la pulak -soalan same jer. boring I)

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. (semalam dia sms direct jer)

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
    untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. ( aha. ni memang tak boleh nak nafi nie)

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
     sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
     bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.( yer la. dah dia ada simpn pic aku masa tu)

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
    pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
    tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. (aku tak pernah kasi kau hrpn pun)

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
    ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya. (aku rasa lagu one in a million dia belum boleh nyanyi la.. )

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
      untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. (hurm. .memang.. )

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
      mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. (salu aku off nset.. tp bila on.. berduyun mesej masuk)

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
      baginya barang itu sangat istimewa. ( boleh gak la.. )

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
      Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. ( mak oi.. ni kes luar biasa ni)

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. (nak makan ape kalu pikir macm ni.. ~ x pikir masa depan langsung)

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
       yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
       di mata, jauh di hati?’ (family 1st ok)

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. ( x sama la.. )

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
      mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. ( ni memang byk la kdit)

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. ( aha.. ada gk cmtu)

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
      bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
      mana permintaan mu. (x pernah pun dia ajar aku)

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
      dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
      dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. (alamak.. habis la kalu adik beradik dia baca)

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
      kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. (silent killer!!)

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
      pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. (tak boring ke?)

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
      mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
      kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta. ( saya berharap dia begitu)

untuk kes cinta seperti ini. boleh tak kita jawab.... 
ala-ala ayat-ayat cinta PERASAAN CINTA DAN INGIN MEMILIKI ITU ADALAH 2 PERKARA YANG BERBEZA..
boleh kan??? 
kejam ke??? 

untuk mencintai.. kamu harus ada cinta yang cukup kuat untuk melepaskan.. (sinetron Alisa Tv3)
SAH!!! terpengaruh dengan drama dan sinetron Indonesia...

dan.. mesej itu dibiarkn begitu sahaja.. seperti selalu.........  
hati-hati dalam memberi hati.. kerana pemberian harapan itu adalah satu permulaaan dalam kemusnahan.. 

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah