Monday, August 8, 2011

Isu Kek Lapis Sarawak Halal ke tidak???? dan Golden Churn.. &^%$##$#@$#


Dalam bulan Ramadhan nie.. aku sengaja menaip entri ini. setelah difikirkan berkali kali. perlu ke aku share banda nie dalam blog aku.. 


sekejap yea. sila tengok keratan akhbar di bawah.. 















setelah aku buat refleksi dan maklumat terbentang di depan mata. 

Maka penggunaa Golden Churn adalah haram yea para pembaca.

sama ada yang dalam tin ke. pack ke. yang penting golden churn.. nak tau golden churn tu macam mana yea?

ye la. mesti kena ada gambar. sebab sekarang. memang tauke tauke kedai. pergi simpan dah benda alah nie.. 


















ini adalah golden churn yea.. 





maka.. 


alternatif lain, sila la buat kek dengan mentega lain


boleh je kan.. bak kata kak miela.. yakin ok... :)


sila la guna mentega jenama lain


Asalkan BUKAN GOLDEN CHURN


SEBAB HANYA GOLDEN CHURN YANG DIHARAMKAN PENGGUNAANNYA.. 





guna lah mentega jenis ini.. 










mentega jenama anchor.. 


jadi.. kepada sesiapa yang nak beli kek lapis nie yea. 


lebih lebih lagi.. yang membeli di bazaar atau kedai kedai. jangan la beli sebarang yea.. proses nya kite tak tau.. boleh jer.. masa kat Bazaar kte tnya.. "kak, ni guna mentega ape ek? " penjual "Anchor dik" jangan risau...





setakat mana kite boleh percaya yea?





penyelesaian





jadi.. kalau nak beli. belilah di kedai kedai yang boleh dipercayai, berlesen dan kite cukup kenal dengan pembuatnya..beli dengan saudara mara ke. kawan kawan kea.. ini sebagai langkah berjaga jaga  tau! 




butter cup pun ok.. 





kepada sesiapa yang masih ragu mengenai penggunaan mentega ni. sila rujuk kepada jabatan agama islam yang berdekatan yea.. 





aku post entri nie. bukan sebab aku ni nak menggalakkkan korang membeli ke. memakan ke.


cuma jangan la tiba tiba sebab isu macam nie.. korang terus boikot. 


terpulanga pada korang la nak decide yea.. 





kejap ek.. 


aku nak share sikit maklumat mengenai mana mana kedai yang dah pernah guna Golden Churn nie.. 





petikan harian Metro







KUCHING: Lebih 400 pengusaha pengusaha kek lapis di negeri ini yang pernah menggunakan mentega berjenama terkenal disahkan mengandungi asid deoksiribunuklik (DNA) babi, diarahkan menyamak peralatan serta melupuskan stok walaupun ada pengusaha memiliki stok bernilai jutaan ringgit.

Arahan dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) itu memberi tumpuan terhadap pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega berkenaan supaya melakukan kerja menyucikan bekas atau kelengkapan yang digunakan mengikut hukum syarak.


Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pihaknya turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengharaman mentega itu. “Keputusan makmal dibuat MIS tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia dilakukan Jabatan Kimia Malaysia, Sarawak yang mengambil sampel mentega yang boleh diperoleh secara meluas di pasaran tempatan itu.




“Ujian berkenaan dibuat di makmal dalam negara dan disahkan mengandungi DNA babi. Jadi, wajib bagi MIS memaklumkan hal ini kepada semua umat Islam di Malaysia dan Jakim perlu mengeluar kenyataan susulan,” katanya.


Menurutnya, proses menyamak tidak mengambil masa yang lama kerana ia boleh disiapkan tidak lebih sejam bergantung kepada saiz peralatan, malah tidak menjejaskan atau merosakkan mesin pengusaha kek berkenaan.



“Pengusaha kek lapis perlu menghentikan segera penggunaan mentega jenama berkenaan,” katanya.








Isu mentega itu menimbulkan kekeliruan apabila kebanyakan pengusaha kek lapis menggunakan surat Jakim kepada syarikat pembuat mentega berkenaan mengesahkan ia halal, malah ada iklan di akhbar tempatan mendakwa mentega itu mendapat pengiktirafan pihak berkuasa berkenaan.


Berkenaan tindakan melupuskan stok kek sedia ada yang menggunakan mentega berkenaan, Daud berkata, pengusaha tidak mempunyai pilihan selain perlu melupuskan stok berkenaan.



............................................................................................................................................





Jelas bukan.. ??? 


jom tengok kek lapis sarawak kat bawah.. 
























Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Sarawak menyediakan kemudahan untuk memastikan produk kek lapis Sarawak dijamin bersih dan bebas daripada penggunaan sebarang bahan tidak halal.




Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatiman Abdullah, berkata ketika ini, enam pengusaha kek lapis di negeri ini sudah menerima pengiktirafan dan pengesahan jenama Sarawak Best kerana menyediakan amalan pengeluaran baik dalam penghasilan produk mereka.




Syarikat terbabit ialah








Di’Wannie Cake House


Rabiah Amit Cake House,


Mariam Cake House,


D’Rieza Enterprise,


Afifi Cake House,


Saptuyah Cake House


Kek Lapis Siti Payung.



selamat berpuasa.. :) 


pengiktirafan Sarawak Best memberi jaminan semua produk itu Halal dan Bersih


No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah