Wednesday, August 17, 2011

Hati yang bagaimana????






Angin malam
menyapa perlahan. aku meneguk air kotak soya bean di dalam gelas. angin sepoi
sepoi bahasa menunjukkan  hujan akan
turun pada malam ini.  Ayah berdehem
menandakan ingin memulakan bicara. aku alihkan nokia e66 ke tepi. bicara ayah
harus diutamakan..













Ayah
:   dik, 
sejak cuti ni, asyik mesej.. dah ada boyfriend ke? malam ni, ayah tengok
emosi je.. pakwe tak reply sms yea..


Aku :      tak
adalah.. (aku malas nak meneruskan bicara untuk berbohong)


Ayah:
   dik, ayah bukan apa.. ayah bukan nak
melarang. sekadar  memberi peringatan .
Dalam hidup ini, jangan memberikan  100%
perasaan kepada satu perkara.. tinggalkan sedkit untuk memberi ruang kepada
rasa yang bertandang di kemudian hari.


aku :      tak
ada apelah ayah.. kawan jer..


Ayah :  
kalau kawan,kenapa emosi begini. handphone memang tak boleh nak berenggang..
???


Aku :     
Diam tanpa jawapan..


Ayah:    Dik,
kalau nak cari lelaki. carilah lelaki yang kamu boleh hidup sama seperti kamu
hidup dengan ayah..


aku:       erm..
diam.. ( memberi ruang untuk ayah meneruskan bicara)


Ayah:
   orang yang boleh kamu sayang, kamu
hormati, dan kamu rindu bila tiada di samping kamu. Dia boleh menenangkan kamu,
sama seperti ayah tenangkan kamu.  dia
boleh menegur kamu, boleh mengajar kamu. 
dan kamu selesa bersamanya..


rajuk dan marah itu
perkara biasa dik. Kamu pun ada merajuk dengan ayah. ada marahkan ayah kadang
kadang.   tapi apa yang penting. .kamu
ikhlaskan hati untuk menerimanya..


aku: 
     tak la sejauh tu ayah





Ayah:    erm..  betul atau tidak jangkaan ayah itu
terpulang.. tapi.. janganlah kamu mengharapakan harapan setinggi langit
untuknya.. jangan pernah kecewa andai dia 
berpaling arah ke arah yang lain.. ayah tahu, anak ayah hebat. dan boleh
memilih yang terbaik. hati dan perasaan itu milik Allah. dia boleh mengambil
nya bila bila masa saja. kamu ikhlas kan diri untuk menerimanya..





Jangan kamu
menerimanya.. atas sebab dia hensem dan bergaya.. sebab nikmat itu boleh hilang
bila bila masa...


jangan kamu
memilihnya, kerana dia keluarga berada.. kerana itu harta ibu dan bapanya
rezeki dari Allah swt... bukan miliknya...


pilihlah dia kerana
hatinya.. kerana hati itu milik Allah.. jika dia memilihmu.. dengan sebenar
benar hati dan perasaan nya. insyaAllah. dia akan berubah untuk mu..
percayalah...





kalau hendak
mencari kunci hati.. .janganlah kamu melebihi perasaan  orang yang kamu cintai. dengan erti kata
lain, kamu Wanita, Jangan kamu memuja lelaki itu melebihi perasaan lelalki itu
terhadapmu, kerana dia boleh meninggalkan kamu bila bila masa. Kunci pengikat
hati jodoh itu adalah hatinya. yang dikunci dengan iman..  Ayah tak mintak kamu.. untuk mencari alim  ulama atau ustaz.. kerana ayah tahu.. anak
ayah macam mana. cukuplah sekadar orang yang boleh membimbingmu ke jalan
Allah..





Aku:       Diam.. ayah.. andai tiba saat itu, ayah
pasti akan tahu.. tapi mungkin belum tiba masanya.. kerana hati dan perasaan
ini masih milik mak dan ayah.. .....


Hari nak hujan lah
ayah..  kat luar ni pun banyak nyamuk..








ayah menghulurkan gelas, dan aku mengikut
langkahnya sambil menatang dulang di tangan..





perbualan itu mati setakat itu..





......................................................................................................................................................







Selamat berpuasa..





Untuk bacaan umum. tidak berkaitan dengan
penulis belog atau mana mana pihak.. harap maklum..
J





 teringin jugak nak tulis novel.. .. boleh tak??? 



4 comments:

idah said...

laras bahasa dah ok kowt.. cuma perlu rajin nak tulis apa endignya.. nak tau jugak!

anak gemilang said...

@idahbaru berjinak jinak dengan karangan.. mcm kte dulu dulu.. :p thnks dear..

cik mamaroti said...

akak rase tacing

anak gemilang said...

@cik mamaroti alah. terharu lak oura.. :) syg akak.. ~

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah