Tuesday, April 30, 2013

Kemeriahan Kaul 2013

Kembali menaip pada hari ini untuk menaip entri mengenai kemeriahan Pesta Kaul 2013. Entri disajikan dengan gambar yang menarik dan boleh mengujakan sesiapa yang melihatnya.. pagi tadi rakan sekuliahku bertanya, apa uniknya pesta kaul ini, dan apa aktiviti lazim selain tibow ini yang mampu menonjolkan elemen perpaduan di samping mampu menarik minat pengunjung untuk hadir di Pesta Kaul yang seterusnya.. Kalau dah masuk takwin pelancongan, sudah pasti pesta ini mempunyai nilai tersendiri yang menarik minat pengunjung untuk memandu kereta berjam jam dan bersekang mata untuk melihat sendiri apa uniknya Pesta Kaul ini. Baiklah, kembali bercerita :) 

Lazimnya upacara perasmian rasmi Pesta Kaul ini disajikan dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum dari Bahagian Berdekatan. Di sini dapat dilihat elemen perpaduan di antara kaum di sekitar Sarawak. Suku kaum masing masing akan membuat persembahan tarian mengikut etnik dan kebudayaan masing masing. Apa yang menariknya, anda akan dapat melihat secara langsung sekiranya berada di tapak pesta kerana persembahan ini adalah dipersembahkan di Tapak Pesta Kaul. Keunikan budaya dapat dilihat di sini. Lazimnya tarian ini bukan sekadar dipersembahkan oleh golongan belia semata, namun turut dipersembahkan oleh kanak kanak  sekolah. Wujud elemen toleransi dan penyerapan budaya etnik masing masing di situ. Benarlah kata orang, melentur buluh biarlah dari rebung.. Jangan la asyik  mengikut tarian KPOP dan Oppa Gangnam Style semata.. Sarawakian Style pun apa kurangnya.. Jom tengok gambar di bawah.. 

Saya memilih gambar ini dimuat naik sebagai gambar pertama, kerana keunikan si cilik ini dalam membuat persembahan.  Terselit kebanggaan yang sukar dibayangkan ketika membuat persembahan. Tidak ramai yang punyai semangat dan jati diri seperti beliau. Aksinya ini cukup memukau memaparkan kebanggaan sebagai suku kaum Bidayuh.. You are awesome! :) 



 Penari mewakili Perstuan Bidayuh Mukah melangkah masuk ke Tapak Pesta 

 Kreativiti tarian yang dipersembahkan memukau pengunjung
 Tarian oleh suku kaum Iban

Lazimnya, pengunjung begitu teruja untuk hadir ke Majlis Perasmian kerana, persembahan yang disajikan adalah kababooom dan hebat. Dengan elemen keunikan dari pelbagai kaum, disajikan dengan elemen muzik, pakaian, gerak tari dan persembahan tarian, ramai akan mengerumuni kawasan pentas utama. Di sini akan dapat dilihat elemen perpaduan dan kerjasama. Bukan senang untuk membuat persembahan dalam kelompok yang agak ramai begini.. 


 Persatuan Melanau Kuching



Dengan adanya persembahan kebudayan sebegini, setiap kaum di sekitar Sarawak akan dapat menonjolkan kepada masyarakat luar tentang keunikan yang ada dalam elemen pemakaian masing masing. Lazimnya setiap kaum akan memakai pakaian tradisional lengkap mengikut suku kaum masing masing. Elemen kemeriahan dapat dilihat dalam langkah tari dan keceriaan para penari yang membuat persembahan. Jadi, tidak rugilah kepada mereka yang telah merakamkan kenangan sepanjang pesta kaul ini diadakan. 



Sebenarnya, banyak usaha boleh dilakukan atas kesenian serta kebudayan tersebut bagi memastikan minat orang ramai terhadap kesenian ini berkekalan serta lebih menarik lagi.  Dengan adanya persembahan sebegini sewaktu Pesta Kaul, sudah pasti akan terbit minat dalam hati golongan muda khususnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam keunikan budaya setiap kaum. Malaysia, khususnya Sarawak, terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Penduduk pelbagai kaum ini sudah tentu mempunyai pelbagai bentuk kebudayaan.Maka, elemen persembahan sebegini adalah wajar dan patut dikekalkan di masa masa akan datang. 

Kebudayaan sesuatu masyarakat menjadi satu identiti. Oleh itu, adalah penting bagi generasi muda mengetahui serba sedikit pelbagai bentuk seni dan budaya yang diwarisi. Usaha penerapan budaya ini merupakan unsur-unsur budaya yang penting kerana pelajar merupakan generasi penyambung warisan. Gabungan elemen persembahan ketika Pesta Kaul ini adalah cukup untuk memberikan gambaran tentang uniknya variasi kaum di Sarawak.. Dengan frasa ringkasnya, Spektrum Budaya di Sarawak.. 

Rasanya kepada yang hadir sudah pasti dapat merasakan seperti anda  menonoton citrawarna Malaysia secara langsung. Dengan  memaparkan elemen perpaduan itu, sudah cukup untuk membuktikan kepada kita, semangat perpaduan ini harus dikekalkan. 

Ayuh! kita hayati erti perpaduan di Malaysia.. :) 


Credit photo to : Garadi Galau 


No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah