Friday, April 12, 2013

Adobe Photoshop..

Disebabkan cuti ni kononnya aku lapang. aku pun mula la melihat gambar gambar lama.. teringin jugak untuk melihat usaha sendiri dalam mengedit gambar..  aku pun google la dalam internet bagaimana cara nak edit gambar.. Mula mula memang agak stres... lagi lagi kalau dia mintak installation key segala bagai.. namun, hasil usaha yang mantap dan jitu.. Akhirnya berjaya juga.. 

Sebenarnya Adobe Photoshop ini membolehkan kita leka dan alpa *Wah gitu! *  Hal ini kerana, apabila anda telah berjaya mengedit satu gambar, anda akan merasai kepuasan apabila melihat gambar tersebut! (ini ayat orang yang suka bergambar). 

Baiklah.. untuk fasa pertama, nak share sedikit gambar yang telah diedit dengan sepenuh jiwa dan raga. Mungkin bagi yang telah mencapai tahap sifu, tergelak gelak melihat gambar yang aku edit nie. tapi tak mengapalah.. sekurang kurangnya cuti ni., ada jugak la benda berfaedah dan bermakna yang aku buat.. :) *gelak sendiri * 

Gambar pertama.. 


aku google gambar pemandangan.. aku tambah dengan pic masa aku knvo.. 
cuma dari segi gambar konvo tu. ada nampak sipi sipi sikit sisa yang aku tak padam sepenuhnya. 
tak pa la. Beginner lagi.. hehehe.. 

Dan aku telah pun menjadikankan ianya cover photo FB.. 
Gigih kau mak!
huh!

Gambar kedua 


Gambar kedua adalah gambar kolej kediaman.. gambar pertama aku ambil menggunakan hp blackberry.. dan setelah diedit.. ada tak nampak macam file HDR dan kamera mahal tak..*ke xda beza pun *cuma yang aku dapat kesan di sini.. lightning semua.. kualiti picture semakin cantik.. ya! Segalanya mungkin.. aku akui setelah menelaah benda ini sepanjang malam.. 

Gambar ketiga

Gambar ketiga, Kononnya nak tengok yang mana lagi lawa.. tp aku lebih prefer kepada tona warna sebelah kanan sekali. walaupun muka aku tak nampak pun kat situ. Ha.. dengan Adobe nie. kita boleh edit gambar jadi mcm nie.. magik sungguh! tak percaya.. mari kita mencuba... 

Gambar keempat 



aku dulu stress tengok gambar konvo atas pentas. kat mana aku nak bergambar.. ada je orang kat tepi.. ye la. tak kan aku nak conquer semua tempat kan.. jadi aku pun google la. macam mana nak buang benda yang kita tak nak dalam gambar.. Gambar di atas guna healing brush.. aku tak pro lagi. tu la gambar tu jadi double.. 
lepas tu belajar sikit guna brush.. jadi la muka aku tu bersinar sikit..lepas ni aku rasa aku boleh edit gambar sebelum dan selepas menggunakan produk kecantikan..! Wow.. 
Photoshop memang ajaib.. 

Banyak lagi function lain sebenarnya. tapi apa yang penting.. bila kita tengok gambar tu. kita puas.. bukan sebab nak cakap gambar tu lawa. tapi proses nak edit nak jadikan gambar itu ke tahap sempurna. hanya kita yang tahu.. :)

Terima kasih untuk tutorial yang aku jumpa.. 

*insyaAllah. next entri. aku nak update sikit la pasal photoshop, maybe next time aku boleh rujuk balik.*

Baiklah.. kembali menaip tugasan!

Salam! 


Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah