Saturday, May 4, 2013

Kaul Mukah; Jalan Jalan Cari Makan..



Manisnya gadis berbaju kebaya,
Berjalan laju menuju ke pekan;
Umai dan linut pembuka selera,
Apa agaknya katamu tuan?

Daun kelapa melambai-lambai,
Pohonnya rendang di tanah subur;
Makanan tradisi perlu disemai,
Semoga nanti tidak berkubur.

Kek lapis berlapis-lapis,
kuih koci di dalamnya inti,
mahu menulis dakwat dah habis
mahu berhenti tak siap lagi..

Baiklah, itu adalah pantun pembukaan untuk entri pada kali ini. Bukannya penulis mahu bercerita mengenai makanan yang terhidang semasa upacara memacak serahang seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, ataupun makanan yang dihidang sewaktu makan beramai ramai yang dibawa oleh golongan wanita seperti di entri ini. Namun, penulis ingin berkongsi kepada anda semua. Apa yang lazimnya anda akan temui dan dengan bahasa mudahnya. top google search bila menjelangnya pesta Kaul. Kiranya makanan itu adalah makanan yang pengunjung cari bila sampai ke Mukah. Baiklah, kembali menaip dan bercerita... 




Dalam entri lepas, saya juga telah bercerita kepada anda mengenai tepung lemantak bukan? Anda boleh rujuk entri lepas dengan halakan mouse ke kiri blog ini. Baiklah, tepung lemantak ini kini wujud dalam dua versi. Anda boleh memilih tepung dalam bentuk serbuk ataupun tepung dalam bentuk silinder yang keras. Bagi yang tidak pernah tahu makanan tradisi Melanau. Saya ceritakan di sini tepung lemantak yang anda nampak di gerai jualan komuniti  itu digunakan untuk membuat makanan tradisional Melanau iaitu linut. Kalau orang Limbang, mereka menggelarkan makanan ini memboyat. Linut ini lazimnya dimakan dicecah sambal. Ia adalah makanan tradisional Melanau yang juga boleh dimakan bersama ikan bakar dan menu menu lain.. 



Cara membuatnya :
  1. Tepung Lemantak dicampur sedikit air biasa.
  2. Kemudian masukan air panas sehingga ianya menjadi seperti gambar di atas.kacau sehingga ianya sebati dengan air panas pada masa yang sama


Ha.. ini adalah penyepit ala ala chopstick. Namun, linut ini juga boleh juga dimakan menggunakan garpu.. 

Cara menggunakan  penyepit.. :) 


Sedap dimakan beramai ramai. Saya pasti ramai di antara yang hadir ke Gerai Komuniti telah mencuba makanan ini on the spot! :)


Baiklah.. itu adalah salah satu kegunaan tepung lemantak.. Korang pernah nampak lempeng tak? 


ini adalah lempeng.. 
.......................

rasanya seiras kot dengan makanan yang ingin saya perkenalkan ini.. selain daripada membuat linut, Tepung lemantak ini juga digunakan untuk membuat tumpik. Kalau family penulis, kami panggilkan ini tetebeh. Dulu mak selalu buat. Sedap dimakan dicecah dengan air teh panas bersama gula ketika masih panas. Mak cakap caranya mudah je.. cuma gaulkan kelapa parut dengan adunan tepung tadi dan dimasak di atas frying pan.Yea la, sekali sekala makan makanan tradional apa salahnya. Ini tidak,  sikit sikit burger kfc. haish.. alamat lari la bajet.. hiks.. 


inilah tumpik atau tetebeh.. 

ha.. itu lah kegunaan tepung lemantak yang ada di  Tapak Pesta Kaul itu.. 

Menu ketiga pula ialah umai. Sebut sahaja umai, pasti orang Sarawak akan sebut Bahagian Mukah. Ha, bagi yang telah berkunjung ke Mukah, saya pasti anda sudah merasai umai Mukah. 
Bagi yang belum tahu apa itu umai?

jeng

jeng 

jeng
.......................................
inilah dia.. ikan yang telah dipotong kecik untuk dbuat umai.. 

Umai adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi etnik Melanau di Sarawak. Satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.Untuk menyediakan Umai, cuma perlukan ikan terpilih yang masih segar kerana tidak semua jenis ikan yang boleh dibuat Umai. Biasanya untuk menyediakan Umai, etnik Melanau memilih ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan terubuk, ikan pirang, ikan yu atau udang. Umai sebenarnya adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan cili, garam dan sedikit penambah perisa. Tapi selalunya di Mukah penulis blog lebih gemar umai dari Ikan Pirang kerana rasanya lebih segar dan asli. *ini tekak penulis blog ya* lain tempat lain rasanya dan lain seleranya.


nah.. inilah ikan pirang.. 



Di atas adalah gambar salah seorang pengusaha umai di Pasar Basah Mukah. Anda boleh membeli umai dengan memesan lebih awal. Sekiranya anda ingin membawa balik ke kampung. Beliau boleh membungkus umai tersebut bersama ais. Malah anda juga boleh berpesan awal kepadanya bila anda nak ambik. Kiranya tempah awal takut tak sempat.. Umai Mukah terkenal oleh sebab ikan yang dibuat umai adalah masih segar. Rasanya lebih boombastic. Sebab ini adalah makanan tradisional orang Mukah dan menjadi tarikan utama pengunjung ke Mukah  ketika pesta kaul.. penulis blog kongsikan la sedikit resipi untuk membuat Umai ini yea.. mana la tau , ada yang nak cuba.. 


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1/2 kg ikan pirang (ikan kuning yg bertulang, kat swk semua panggil nama ni)
2 biji limau nipis = 4-5 biji limau kasturi. Guna yg mana senang dicari. Tapi saya sarankan guna limau nipis.
Sebiji bawang besar
2 biji cili merah (dipotong kecil). Kalau suka pedas guna cili padi.
Garam & serbuk perisa secukup rasa.
10 tangkai cili kering (dikisar @ diketuk)
Cara-cara

  1. Kikis sisik ikan dan ambil isinya. Lebih elok guna pisau yang tajam sebab kita nak ambil isinya saja. Kira mcm nak buat fish fillet.
  2. Masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku kira-kira selama 10 minit. Jika nak asli lagi, isi ikan dijemur di tengah panas matahari. Ini dilakukan supaya isi ikan tidak basah & berlendir semasa proses menghiris kecil-kecil isinya.
  3. Kalau anda beli ikan di Pasar Basah Mukah, boleh proceed terus..tak payah nak sejuk beku.. *ini family penulis la selalu buat*
  4. Isi ikan dihiris kecil-kecil mengikut selera sendiri sehingga habis kesemuanya.*kena sabar dan gigih yea..tengok kalau ada tulang yang masih berselirat..*
  5. Gaul bersama garam & serbuk perisa secukup rasa.
  6. Perahkan air limau nipis ke atas campuran tadi. Jangan terlalu masam kerana rasa ikan akan hilang.
  7. Masukkan cili yang sudah dikisar dan gaulkannya.
  8. Akhir sekali, masukkan cili merah@ cili padi yg dihiris kecil bersama bawang besar.
Tambahan: anda juga boleh tambah kacang tumbuk.. pasti lagi sedap..




Baiklah! Tak nak post gambar umai lagi.. kecur air liur nanti.. 
.........................................................

Selain daripada menu di atas, Pesta Kaul tahun ini juga membolehkan pengunjung beraya dengan lebih awal. Eh, tak puasa dah raya? He... tarikan utama Mukah dengan Umai dan Sagunya.. Orang Sarawak.. sudah pasti dengan kek lapisnya.. Ha.. ketika Pesta Kaul ini, ramai juga pengusaha gerai komuniti yang menjual Kek Lapis Sarawak kepada pengunjung yang hadir. Dengan itu, bagi yang datang untuk melihat Pesta Kaul, mereka juga boleh la membawa kek lapis Sarawak untuk dibawa pulang.. Kalau penulis nak share resipi kek Lapis Sarawak.. tunggu raya lah yea.. Kita tengok gambar je dulu.. :)





Selain itu, Mukah juga terkenal dengan kerepok ikannya. Kalau Terengganu terkenal dengan keropok lekornya. 


Ha.. dengan berkunjung ke Pasar Tamu di Mukah anda akan dapat  membeli banyak kuih tradisional dan keropok ikan yang dijual di sini.  Lazimnya, kuih dan keropok di sini adalah sedap dan bahasa mudahnya tidak lemau dan rosak. Ini kerana penggerai di Pasar Tamu ini akan keep update stok kuih tradisional ini setiap minggu dan mengembalikan semula kepada pengusaha apabila tamat tempohnya. Jangan terkejut kalau ada rak yang kosong.. Kepuasan pelanggan adalah matlamat mereka.. :)



Pesta Kaul Mukah adalah lokasi mudah untuk mencari makanan segar dan makanan tradisi masyarakat di Sarawak.. 
Selain boleh dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang.. anda juga boleh membelinya secara borong untuk dijual di tempat anda.. 


Apa lagi? 
Jom datang ke Pesta Kaul Mukah 2014 yang akan datang.. 
Sekali pergi.. 
Pasti nak lagi.. 

Jumpa di lain entri.. 

Terima kasih kerana sudi membaca.


Halakan mouse laptop anda ke kiri blog dan klik pada tab Kaul untuk membaca entri Kaul sebelum ini.. . 

No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah