Saturday, July 6, 2013

Julai Yang Manis Part 2

Salam semua, kembali menaip di sini untuk menceritakan edisi penceritaan Julai yang manis.  Seperti yang aku ceritakan dalam entri lepas, sebaik sahaja tamat peperiksaan semester lima, aku dup dap dup dap tunggu result sambil pening pening ngan Internship aku. Last last aku decide nak buat kat bawah fakulti je, even sebelum ni aku pernah terfikir nak buat kat Gerik. Tapi, akhirnya nampak dalam minggu kedua nie, aku rasa aku dah buat pilihan yang tepat. Syukur sangat. Dah 2 minggu aku bergelar  pelatih di sini, sedikit sebanyak aku menimba ilmu. dan yang paling seronoknya minggu ni,  kami selaku pelatih di sini akan membuat membuat aktiviti dan ujikaji ke arah pembentukan Sport Scientist. Wow.. bunyi macam hebat je kan.. 




Berdekatan dengan bangunan ini la aku  menjalankan latihan indusri. Gambar ni pun aku snap masa aku tengah tunggu nak masuk kerja. 

Baiklah, habis sedikit dengan cerita berkaitan latihan industri, kembali kepada isi penceritaan utama. Alhmdulilah, semester ini keputusan  peperiksaan aku bertambah baik. Aku doa banyak banyak, mudahan aku mampu kekalkan momentum ni sampai sem 8. Aku bersyukur sangat. Alhamdulilah..
Terima kasih pada mak ayah yang sentiasa doakan aku yang jauh menuntut ilmu di perantauan . Aku paham, mak dan ayah aku hantar aku dengan harapan aku pulang dengan kejayaan yang ohsem. Sebenarnya masa final hari tu, aku ada lah jugak sipi sipi rasa malas. Tapi ada la kawan aku kat UTM tu pg duk chat kat fb.. 

ingatlah orang tua yang jauh di kampung.. 

Walaupun ayat itu simple.. 
tapi ia membawa seribu kesedaran dan pemahaman kepada sesiapa yang memahaminya. 

Bila di tengok aku relaks relaks online.. 
dia pun pesan.. 

awak kena ada rasa takut. . kena ada rasa gelisah.. baru "rasa" itu akan wujud.. kalau tak.. selagi itu.. awak akan relaks je.. 

Terima kasih ya Allah, sebab kau berikan aku petunjuk dan hidayah sebelum aku memulakan peperiksaan.. 


Di sini, aku sangat sangat berterima kasih kepada semua orang di sekeliling aku yang banyak tolong aku untuk dapat keputusan sebaik semester lima ini.. Terima kasih untuk pensyarah, kawan kawan dan semua rakan rakan yang tak putus bagi semangat.. Untuk team mates, hostel mates.. hee. tq banyak banyak atas hasil usaha kita semua.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan dan tulus hati budi kalian.. 

Aku manusia biasa, yang tak lari dari rasa malas, dan takda mood study, bila aku selak balik gambar dalam phone, ni la gambar yang pernah ambik masa nak  final.. :) 



Sekarang memang rutin aku dah pinjam buku motivasi. Walaupun bagi orang, benda itu nampak pelik. Sebab aku bukan jurusan psikology.  hahahaha. Buku yang aku pinjam kadang kadang buku mengenai stress. Pengurusan Masa, motivasi dan sebagainya. Walaupun buku itu kadang kadang aku selak bila aku rasa perlu. Tetapi sedikit sebanyak, ia dapat membantu.. memang berkesan.. :) 

rehab :) 

Lazimnya memang aku letak gambar mak ayah aku kat meja study. Ini akan memberi rangsangan psikologi untuk lebih kuat belajar. Rasa bila malas dan ngantuk sikit, bila tengok gambar diorang, rasa malas tu akan hilang.. dan rasa BERSALAH  itu pasti akan muncul.. 

 ni nota kecik.. 

Dari zaman aku diploma, sampai aku ambik degree sekarang, aku memang kena tulis nota kecik. Aku rasa lebih selesa. cuma yang lucunya,  kenapa la aku tak tulis dari awal sem.. Bila menjelang malam nak test, bila notes tu tak habis salin. Stress pulak aku tengok buku yang masih tebal. Monolog dalaman, banyak lagi menda yang tak salin lagi.. Jadi sem depan, kena ubah la.. kena tulis dari awal sem lagi.. 


Sebenarnya suasana dalam kolej juga aku rasa banyak membantu agaknya. Dari aku semester dua sampai semester lima, aku dah dapat ramai roomates dari berlainan Fakulti.  Jadi bila aku tengok roomates aku study tahap hyper. aku pun semangat nak study.. semua roomates aku memang ohsem.. 


suasana pagi di kolej kediaman..


Suasana petang..


media kit KPD..



;)

Apa pun.. 
Syukur Alhamdulilah untuk keputusan semester lima.. 


Semoga dapat mengekalkan momentum ini sehingga semester lapan..
InsyaAllah.. 

Ini adalah hadiah ulang tahun kelahiran yang manis.. 

Julai yang manis. 
:)
Sekarang boleh enjoy internship dan tak pening dengan result sem 5 dah.. 
:)

Alhamdulilah.. 
Sedang gigih berusaha untuk mendapat gred A untuk internship pula.. :)




Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah