Thursday, August 8, 2013

Raya 2013

As salam semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Hari ni keja aku dok mengelike gambar di FB.. semua gambar raya cantik cantik.. meriah je tengok gambar raya kawan kawan tahun nie. Baiklah.. Bercerita mengenai raya tahun ini...adalah jugak rasa raya tu.. dengan dengar lagu raya.. hehe.. 

-raya 2011-
Seawal pagi aku bangun.. usaikan segala benda yang wajib, 1 Syawal tak elok bangun lewat.. maka dengan semangatnya aku pergi la nak sembahyang raya.. di masjid KSAS ni. walaupun aku rasa curiga. Eh, ada ke orang sembahyang dengan kolej yang tak berpenghuni nie. Kalau dengar dari bilik aku, memang takda la dengar gema takbir macam selalu aku dengar kat kampung. Aku pun naik la motor menuju ke kolej lagi sebelah. Sebab kalau naik motor, ada la dalam 3 minit.  Sampai pintu pagar, eh.. pagar pun kunci. tak da orang ke.. kang aku hon sentap pulak guard nie. Tau la kat kolej ni takda orang dah..  lama gak aku tunggu.. tiba tiba adalah seorang kakak.. dia tanya pulak aku nak pergi mana.. Aku dah meriah dengan baju kurung bershawl. .boleh pulak dia tanya aku nak pergi mana..  Baiklah, mungkin dia pelik tengok aku sorang sorang. aku pun cakap la nak ke masjid. Dia pun bukakan pintu.. 

Dia tunjuk la pintu depan. Eh.. penghadang ke kolej sebelah pun tak bukak.. eh, habis aku nak lalu mana. kalau jalan kaki, tak memasal aku kena kejar anjing macam 27 Ramadhan yang lepas. Naya aku.. hahaha..  

Jadi aku pun terpaksa merajinkan diri untuk membuat pusingan yang terlalu jauh..sunyi je jalan. seriau aku. dah la jalan memang jarang ada orang.. sedar tak sedar, sampai la kat pintu utama kampus.. Eh. tutup pula pintu ni.. aku hon jugak la berkali kali.. last last ada la orang bukak.. tu pun dia bukak pintu keluar.. Baiklah. yang penting boleh la masuk.. jadi aku pun masuk la... 


Dan aku pun menunaikan la sembahyang sunat Aidilfitri.. tenang je sorang sorang duduk dalam masjid tu.. hiks.. tapi lepas tu adalah 5-6 orang jemaah wanita yang datang.. Alhamdulilah.. takda la aku sorang sorang.. 

Balik sembahyang tu, ada la ayah telefon.. cerita perihal sembahyang raya kat Mukah.. Sibling aku memang tak sms pagi pagi raya nie. Aku tau. mesti masih sibuk kemas rumah.. hahaha.. mesti ada sepupu sepapat aku yang datang beraya... 




Malam tadi kakak aku anta mms.. hantar gambar ruang tamu dengan gambar kek lapis yang aku rasa urgent sangat corak potongannya.. hahah.. 


Sms lepas tu aku terima.. mak rindu ko dik katanya. tadi dia tengok gambar kau.. aku tegur,  mak tak ngaku katanya.. hahaha.. 
Yea.. tau.. pagi tadi aku call pun kejap je.. sempat cakap Selamat Hari Raya Mak.. tu je.. nak cakap lama.. aku pulak kehujanan sorang sorang kat sini.. hahaha... 

Ok. tu je entri raya aku. walaupun aku rasa tak la best mana. tapi tetap nak cerita.. macam mana raya sorang sorang kat kolej nie... 

+_+

sekian... selamat hari semua.. 
Maaf Zahir dan Batin.. 
Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah