Thursday, August 1, 2013

Entri Semangat Nak Raya...

Salam semua.. hari ni nak update sikit, sebab esok dah bekerja dari rumah.. ~
 Wah.. teringat Essay EST masa tingkatan 5 dulu.. working from home katanya.. Jadi esok masa kerja lebih fleksibel dan boleh la membuat laporan lengkap dengan jitunya! Niat itu kena ada tau :)

Entri hari ni bukan nak bercerita pasal semangat raya sangat pun.. Tajuk je yang lebih... Hari ini officially ramai pelajar dah balik dah.. Semalam abang aku sms. balik raya tak? haish.. kalau la aku tiba tiba menang satu contest hadiahnya tiket flight pergi balik.. maka aku akan balik! Gitu.. tapi peluang macam tu susah nak dapat.. mana ada contest macam tu.. hahaha..

kembali bercerita! 

Baiklah semalam kitorang ada buat majlis berbuka puasa kecil kecilan ngan member member. Alhamdulilah.. ada la hadir dalam belasan orang. Seronok sangat jumpa diorang.. macam dah lama tak jumpa even  praktikal satu tanjung malim. So, sebelum diorang balik.   Semalam buat la majlis sikit. sama ngan majlls bestday Sara!  Happy Bestday sayang.. May Allah bless you.. Hadir bersama junior dari batch zeta..



Bestday Girl yang tudung itam tu.. 
Credit this photo to Azrul Azizul Mukminin.. 

Aku tak hadir bersama masa diorang kenakan sambutan hangat bestday Sara ngn gula icing semalam.. kalau ada.. mesti pic dia ada keunikan yang tersendiri.. hahha. Semua orang dah semangat nak balik. jadi aku pun semangat edit gambar dan tukar cover photo dalam facebook.. Eh.. apa ke semangat aku update gambar raya awal awal..sebab lapang sangat agaknya.. 

Awesome sangat sebab dapat cuti awal.. 

Selamat Datang Laporan Lengkap.. 
Selamat meneruskan ibadah puasa semua.. 
Semoga kita semua ditemukan dengan Malam Lailatul Qadar.. 





Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah