Wednesday, September 28, 2011

Handsome & Cantik... ( ini statement dari dr M ok.. )

disebabkan wifi billik aku nie.. agak bengap sikit.. untuk fb.. 
untuk blog.. laju.. :)
maka.. aku upload dalam blog yea.. 
right clik
open image in a new tab
save...
(rasanya korang tak bukak tab baru.. gambar jadi kecik) 



















ini statement DR M hari nie.. 
katanya.. clssm3 aku hensem.. 
mana tak diorang smrt hari nie.. 
;)
sesi penggambaran kan.. :)
thats all.. 
:) 

Tuesday, September 27, 2011

RAHSIA TARIKH LAHIR PASANGAN ANDA


RAHSIA TARIKH LAHIR PASANGAN ANDA  ATAU ANDA SENDIRI.. :) 
KAJIAN 
Dr. Fadzilah Kamsah



1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


PERCAYA TAK??? :) 

Monday, September 26, 2011

satu misi mencapai realiti...

satu misi
satu impian
:)
semoga semuanya baik baik sahaja.. 
salam pagi semua.. 
May Allah bless u.. 
:) 
mood : baik & ceria.. 


Tahniah untuk semua yang tercalon untuk anugerah industri muzik AIM 18... 

saya tetap sokong siti walaupun beliau tidak tercalon.. :) 

sekian.. 
salam pagi.. :)

Menjengkelkan... !

terlalu banyak perkara yang perlu diungkap dalam penulisan kali ini. lantaran esok kuliah bermula agak lambat, merajinkan diri untuk menaip entri di malam ini. 
balik dari kuliah hari ini, yang agak awal dari biasa... namun, tidak seawal yang disangka..serius, penat
penat menunggu dan terus menunggu.. benarlah kata orang penantian itu satu penyeksaan.. 


tapi itu adalah risiko yang perlu ditempuh.. berani buat.. berani tanggung la :)

berpanas dan berhujan pagi tadi.. uiiih.. berjumpa dengan senior2 yang eeeeehhhhheeeemmmm... uih.... 

to whom it may concern 

aku tegur sebab kau abg senior. tak tegur salah. .tegur salah... 
that is the 1st n last time ok.. 
masing masing buat tak kenal boleh???? 
:)
mode : agak geram ya... 
aku tegur kau tak bermakna aku suka kau.. 
aku tegur kau.. tak bermakna aku syok kat engkau.. 
aku senyum kat kau.. tak bermakna aku tergila gilakan engkau... 
oooiiihhhhh... hot nampak..... :


sah sah aku tau kau dah ada yang punya.. 
part ni agak emo yea... 

........................................................................

ni untuk penceritaan sebelah petang.. 
aaah.. makin pening aku dengar ketinggian kolam renang hampir nak dekat 2 m... 
kalau tak dalam..bukan kolam renang katanya.. 
itu lopak katanya.. :( aiyooooo..... 
semoga adalah hero sailormoon datang menyelamat andai aku tak pandai berenang,,, 
dengan kuasa bulan.. akan selamatkanmu... ~ 


aaaah.. angan angan jer lebih... ;) 
.............................................................................


kenapa lah semester ni hidup tanpa arah tujuan begini.. 
ok.. takpew.. 
bulan 10 cuti 2 hari.. 
bulan 11 cuti seminggu... 
balik Gerik jer la.. 
kalau aku balik SArawak.. alahai.. ada lagi citer citer sedih di airport.. 

ok.. 
sekian untuk entri yang tiada pengkhususan malam ini... 


Saturday, September 24, 2011

Gambar Majlis Persandingan Ashraf Muslim dan Dayana


tahniah.. 
semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. :)
Credit to : Beautiful Nara.. 
ashraf
Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf
ashraf


Wednesday, September 21, 2011

Open Their Heart....


Percaya padaku.. 

sila percaya dan yakin pada diri sendiri.. 


nota kaki : beliau cool kan.. :) 

all the best.. :)

Tuesday, September 20, 2011

Open Their Heart....


boleh kah??????

hukum mengingkari nasihat mak dan ayah adalah berdosa besar... 

minggu ini adalah minggu yang agak perit 

menyendiri adalah lebih baik... 

waktun senggang bersama teman teman agak terhad.. 

untuk kekal pegun bersama kalian.. 

membuat diri bertambah stress... 

untuk yang menemaniku ke Hotel Melia Kuala Lumpur.. terima kasih sahabat.. 



..............................
semalam dapat surat cinta.. 

aaaaahhhhh......
dengan keputusan Senat yang tidak berubah... 

apa pun.. terima kasih buat DR. yang selalu membantu di saat memerlukan... 


.........
kelas di waktu petang...

katanya.... 

dengan lawatan ke bukit beruntung minggu depan.... 


kenapa perlu susah susah untuk berfikir... ???


sebab penyoalnya adalah orang yang tidak boleh dibohongi dan di diamkan kebenarannya.. 






sukar untuk menyatakan tidak... 


andai itu takdirnya... 


Harus diterima dengan hati yang terbuka... 


bukan kudratku untuk melawan... 

+_+ 








satu perasaan yang sukar digambarkan... 



Open Their Heart....

:)



Monday, September 19, 2011

Selamat Ulang Tahun Sahabat...


Selamat Ulang Tahun Sayang.. 
terima kasih atas segalanya.. 
Maaf atas segala kekasaran dan kesilapan yang dilakukan.... 

mode : rindu beliau.. :(


eh.. betul ke hari nie hari jadi beliau???? 

sesekali rasa bersalah terbit di hati.. 

Nora & Kak Aini... 

saya rindu!

Tuesday, September 13, 2011

Senaman Wajah ketika mengalami tekanan elakkan kedutan...

Apabila tertekan...? Wajah yang bergaris di antara 2 kening pasti akan kelihatan.. Ini merupakan tanda stress dan kebimbangan.. (mode. agak stress yea.. ) 

lisa ni cute jer. jarang stress agaknya.. 
nak cute macam lisa surihani tak??? :) hahahaha... jom kita sama sama berkongsi maklumat ini.. 
Disebabkan minggu nie adalah belajar mengenai otot. motor control.. marilah kita sama sama baca info mengenai otot di bawah yea..

Pada wajah kita terdapat beberapa otot yang dinamakan otot ekspresi wajah. Otot-otot ini memainkan peranan dalam memberi ekspresi wajah kita. Apabila kita gembira, otot-otot ini bergerak menzahirkan kegembiraan pada muka kita. Begitu juga apabila kita marah. Otot-otot ini bergerak dan memberikan ekspresi marah pula.



Otot-otot muka kita boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan kita memahami fungsinya. Otot di sekitar mata dan kening berfungsi bagi membuka mata, menggerakkan bebola mata dan mengerutkan dahi. Kerana itulah mata kita mampu memberikan ekspresi wajah yang pelbagai. Perbuatan menjeling, melirik dan mengenyit misalnya memberi pelbagai maksud bagi individu yang memandangnya. Oleh itu bahasa mata dikatakan suatu bahasa yang penuh bermakna meskipun tiada kata-kata yang kedengaran. 


Otot di dahi pula berfungsi bagi menarik kening ke atas. Mereka yang mempunyai otot dahi yang kuat mempunyai kening tinggi dan tampak menarik. Namun terdapat juga mereka yang mudah mengalami kedutan di dahi lantaran pengecutan otot ini. Ini membuatkan mereka tampak lebih tua daripada usia sebenar dan kurang menarik. Kumpulan otot di bawah mata pula berfungsi apabila kita mahu memejamkan mata. Otot ini sekiranya terlalu besar akan membuatkan mata kita tampak kecil. Otot di sekitar hidung berfungsi mengawal bukaan hidung. Jika ia terlalu aktif hidung akan tampak kembang. Jika hidung mahu tampak kecil otot ini harus dikurangkan keaktifannya.


Kumpulan otot pada pipi yang digelar meseter pula penting untuk mengunyah. Otot yang digunakan untuk meniup dan bersiul pula dinamakan buccinators. Tidak ramai yang tahu bahawa dagu juga mempunyai otot bernama mentalis. Dagu yang panjang tentunya mempunyai mentalis yang relaks dan tidak berkerut.
Bagi mereka yang kuat merokok biasanya otot sekeliling mulut akan membesar atau menjadi aktif. Apabila usia meningkat ia kelihatan seolah olah seperti gelang di sekitar mulut.

Ekspresi wajah dikawal sepenuhnya oleh otot-otot ini dan kehilangan kuasanya akan membuatkan ekspresinya hilang. Seseorang yang mengidap parkinson tidak mempunyai sebarang ekspresi wajah kerana kerana kegagalan ototnya bekerja.

Bagi membolehkan otot bekerja dengan baik beberapa perkara penting seperti kandungan kalsium yang cukup, kandungan transmitter seperti dopamine dan keadaan otot serta saraf yang utuh. Justeru gangguan saraf seperti yang berlaku kepada pesakit strok dan bells palsy membuatkan keadaan tidak simetri pada wajah. Keadaan ini adalah disebabkan lumpuhnya beberapa otot yang mengawal pergerakan muka.


Bagi mereka yang menggunakan tangan kanan mungkin mereka turut mengunyah makanan dan menggunakan lebih banyak otot pada sebelah kanan juga. Apabila usia meningkat melebihi 40 kita mula melihat perkembangan yang lebih pada otot-otot kanan membuatkan keadaan tidak simetri pada muka. Pada masa ini perubahan perlu dilakukan dengan menggunakan bahagian kiri lebih banyak agar perkembangan otot akan turut seimbang. Saya juga turut mencadangkan amalan mengurut otot wajah dan melakukan senaman wajah.



Senaman wajah


Otot yang kuat tidak mudah kendur dan rosak. Senaman yang sesuai adalah dengan melakukan fungsi-fungsi otot kita.
mari kita sama sama amalkan senaman di bawah..  

  1. Bagi otot mata lakukan kenyitan mata beberapa kali. 
  1. Letakkan jari jemari di bahagian dahi berhampiran rambut dan lakukan urutan ke atas. Ini akan membantu mengelakkan kedutan.
  1. Seterusnya lakukan perbuatan mengembungkan pipi seolah olah meniup selama beberapa kali. Setelah itu kembungkan pipi kiri dan kanan secara berasingan pula.
  1. Llakukan pergerakan senyum yang lebar dan dan bulatkan mata semasa senyum. Oleh kerana pergerakan senaman ini mudah ia boleh diamalkan di mana sahaja. Bahkan ketika memandu ia juga boleh dilakukan.

Sebaik sahaja dilakukan sudah tentu wajah akan tampak kemas dan lebih bermaya. 




Senang kan????? :) mari kita sama sama amalkan.. 



Hilang stress bila dengar caj Top up 6 % dibatalkan.. like like like.. hahahahahaha

Wordless Wednesday


bermula nya semester baru.. 


mode : homesick~ :) 
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah