Tuesday, May 10, 2011

:) berpeluh??? faktor? makanan pedas..


Kisah ini terjadi diantara shafiq yang mempunyai seorang teman wanita bernama sarah.sarah dan syafiq kelihatan amat sesuai apabila bersama.sarah orangnya putih gebu manakala shafiq orangnya tinggi lampai..
Pada pertemuan pertama syafiq dengan sarah,sarah bertanya kepada syafiq ketika sedang makan di sebuah restoran “awak,kenapa awak ni berpeluh?takkan makan pun berpeluh?”syafiq hanya diam dan tertunduk malu kerana sarah bertanyakan soalan itu kepadanya.namun begitu,sarah tidaklah mengambil serius akan isu itu pada mulanya kerana menganggap mungkin shafiq tidak selesa atau makanannya terlalu pedas.kemudian berjumpalah mereka untuk kali 2,3 dan seterusnya dan sarah sudah mula perasan bahawa bukan sekali dua kali shafiq berpeluh ketika makan bersamanya,tetapi setiap kali berjumpa dan keluar makan,shafiq mesti berpeluh.oleh kerana sudah bosan,sarah mengherdik shafiq dengan berkata”busuk la kau ni,kuat berpeluh!”..air muka shafiq jelas kelihatan malu apabila diperkatakan sebegitu rupa.selepas menghantar sarah pulang ke rumah,shafiq tidak lagi menghubungi atau berjumpa sarah.hubungan mereka terputus begitu sahaja tanpa kata-kata dari mana mana pihak.
Oleh kerana cuba melupakan shafiq,sarah berkenalan dengan seorang rakan facebook nya dan seminggu selepas berkenalan,mereka berjumpa untuk makan malam bersama di sebuah restoran di sungai buloh.ketika sedang makan,sarah memerhatikan rakannya itu dan menunggu sama ada dia akan berpeluh seperti shafiq atau tidak.ternyata rakan nya itu langsung tidak berpeluh dan nampak tenang seolah-olah sudah lama berkenalan.kemudian sarah bertanya”awak tak gementar ke pertama kali berjumpa dengan saya?”,jawab rakan facebooknya itu”gementar?saya dah biasa makan dengan perempuan ,kalau first time makan dengan perempuan tu lain lah,mungkin akan gementar entah entah sampai berpeluh pulak” sambil ketawa
Sarah terdiam seketika apabila rakan facebooknya itu berkata sedemikian rupa.barulah dia sedar kenapa shafiq selalu berpeluh ketika makan bersama,sarah kesal dengan apa yang telah dilakukannya terhadap shafiq.tidak terlintas langsung tentang perkara itu dalam kepalanya.sarah lantas bangun dan pergi mencari shafiq.berkali-kali sarah telefon tetapi tiada jawapan daripada shafiq.
Setelah berputus asa menghubungi shafiq,sarah segera pulang ke rumah.dalam perjalanan pulan ke rumah,sarah terasa lapar kerana belum sempat menjamah makanan yang dipesan ketika makan bersama rakan facebook nya tadi.kebetulan sarah melalui restoran dimana tempat pertama kali berjumpa dengan shafiq.alangkah terkejutnya sarah apabila masuk ke kedai tersebut,dia terlihat kelibat shafiq sedang menyapu sampah di kedai tersebut sedangkan shafiq adalah seorang pengurus di sebuah bank di kuala lumpur.sarah menghampiri shafiq dan menepuk bahunya.shafiq berpaling dan tergamam melihat sarah yang tidak dijangka akan muncul dihadapannya.sarah berkata”awak kenapa sapu sampah kat sini?dah berhenti kerja ke?” lalu shafiq menjawab “tak..saya masih kerja lagi dekat bank tu” kemudian sarah bertanya lagi “habis tu kenapa awak kerja kat kedai makan ni pulak?tak cukup ke gaji awak tu?” dengan nada tenang ,shafiq menjawab “bukan tak cukup,saya sedang memperbaiki diri saya kat sini,awak tak suka saya sebab saya kuat berpeluh bila jumpa awak,jadi saya kerja kat sini supaya saya biasa dengan persekitaran restoran ni.nanti bila kita makan sama-sama lagi kat sini baru la saya tak berpeluh.lagipun kalau saya nak practice makan dengan perempuan lain saya tak berani.takut awak marah.saya tak nak kehilangan awak.saya tak pernah makan dengan perempuan lain selain awak.sebab tu saya berpeluh bila makan dengan awak.sebab saya gementar kerana tak biasa makan dengan perempuan”
Bergenang air mata sarah lalu sarah meminta maaf terhadap apa yang dilakukannya terhadap shafiq.barulah sarah sedar bahawa insan yang dikatakan busuk itulah sebenarnya insan yang benar benar setia kepada dirinya.
Hubungan mereka kembali terjalin dan berkekalan sehinggalah ke jinjang pelamin dan akhirnya mereka dikurniakan cahaya mata dan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka insyaallah.

adaptasi kisah malam ini. 
tp wataknya ada sedikit rotation.. hahaahaha. 
uiks. alasan sebab tomyam tu pedas ok. bukan sebab lain..... 

:) 



No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah