Wednesday, December 9, 2015

Oura 2nd Graduation..

Alhamdulilah... setelah 2 kali post sebelum ini, hanya post gambar beserta sedikit caption. Hari ini bersemangat kembali menulis. Menulis  resume.. kerja tak masyuk lagi.. alahai.. sabar yea oura.. :P

Dulu masa diploma, konvo aku hanya sejauh 8 km dari rumah. maka, boleh la adik beradik datang melihat bersama sama.. kalau konvo aku dekat.. rasanya dengan anak buah sekali boleh masuk bergambar.. tapi.. mengenangkan gambar raya yang berpuluh puluh snap tak jadiik.. alamat mengamuk la juru gambar..

Sebelum aku post gambar official.. aku nak cerita la bagaimana aku boleh sampai ke Bumi Mualim tu semula.. rindu sebenarnya Tanjung Malim tu.. banyak sangat kenanagan di sana.. :) Kalau ada rezeki.. kita ke sana lagi yea..

Konvo aku ditemani oleh mak, abang dan dua orang kakak. Adik beradik lain ada komitmen.. so, xdapat datang. Al - Fatihah untuk arwah ayah.. tidak dapat melihat aku konvo di pentas degree ni..

Perjalanan aku bermula dari Sibu. Maka, perjalanan dari Mukah menaiki bas dalam 3 jam. Trip sebelum aku menyewa hotel di pusat bandar. Ini memudahkan pergerakan mencari teksi di waktu pagi. Aku bergerak ke Airport Sibu seawal 5.30 pagi. Subuh di Airport.. jangan risau.. surau di sini memang bersih dan kemas.. aku  drop lagguage dalam jam 6. 15 pagi.. dan bersedia untuk menaiki kapal terbang..


selesai semua proses imigresen semua.. maka, naiklah bermula lah perjalanan ke Kuala Lumpur.. disebabkan aku naik Air Asia, so aku departure dekat KLIA 2 la.. disebabkan aku dah banyak kali berlepas dari KLIA 2, tak lah aku kekok sangat.. ingat la sikit jalan.. hee..  aku memilih untuk menuju ke KL sentral... ini kerana aku dengar khabar angin.. bus dari pudu ke Tanjung Malim dah takde.. percaya sangat aku ni.. hehee.. 

dari KLIA 2 aku pergi ke KL Sentral dengan menaiki bus rm11. tiket bus boleh dibeli di tingkat 1 ataupun di luar kawasan pengambilan bagasi. lagi mudah.. jangan risau kalau terlepas bas..  pergerakan bas adalah kerap.. jadi, kalau bas terdahulu dah bergerak.. boleh tunggu bas seterusnya.. 

Perjalanan yang paling memenatkan bermula dari KL Sentral. sebenarnya kalau menggunakan Stesen Pudu, boleh jugak ke Tanjung Malim. disebabakan aku memilih untuk bergerak dari KL Sentral, aku merancangan untuk menaiki ETS.. akan tetapi.. bilangan pengunjung yang ramai disebabkan cuti sekolah.. jam 6 baru ada.. mak aih.. aku sampai di KL sentral dalam jam 2..  jenuh nak tunggu.. maka.. aku pun disarankan untuk menaiki komuter.. 

Sebenarnya aku keliru.. apa itu komuter. namun apabila sampai ke kaunter beli tiket.. owh.. KTM rupanya.. nampak sangat aku jarang naik KTM. dan apa yang paling sedihnya.. aku tertinggal kad Diskaun KTM. aku kurang pasti sama ada ada ke tak diskaun lagi kalau pakai kad tu.. tapi kalau dah ade.. tak pakai.. ruginya.. 

perjalanan bermula dari KL Sentral sampai la tukar train di Rawang.. memang penat.. sangat.. sebab dengan bagasi besar. naik turun tangga. Nasib baik abang aku ada nak tolong.. kesimpulan.. jangan bawak beg besar sangat lain kali.. :p

akhirnya sampai la ke Tanjung Malim


Sampai di Tanjung Malim, nasib baiklah ada Shida yang boleh menjadi jurupandu sepanjang pergerakan di TM.. memang penat sangat.. sampai rumah.. semua tidur.. 

Setelah dapat Jubah serta semua barang konvo dari Heidi.. dengan segala kudrat yang masih bersisa.. aku pun menyeterika semua kelengkapan.. stress sangat.. sebab baju tu memang renyuk.. dengan segala lipatan yang tak betul.. rasa nak menangis pun ada.. menangis sebab terlalu penat sebenarnya.. mana tak nya...perjalanan dari pagi sampai ke malam.. 
2 panadol actifast aku telan malam tu.. syukur Alhmadulilah.. boleh lah bangun untuk berkonvo pada keesokan harinya... 



 Abang aku tak dapat masuk. sesi kali ini cuma membenarkan 3 orang ahli keluarga sahaja.. kesian mak aku.. kebas kakinya duduk lama lama.. 

Sebenarnya plan aku habis konvo tu. boleh la bergambar dengan ahli keluarga.. tapi.. macam mana la kakak dan abang aku boleh sesat.. dengan sesak orang.. cuaca panas.. line telelon takde.. aku pun moody.. dengan photographer tak jumpa.. 

akhirnya.. setelah puas berwhataspp.. jumpa jugak.. 

gambar pertama ni macam moody sikit.. kesian mak.. penat dia.. dengan cuaca panas semua lagi.. kaki kebas.. sesak.. memang suasana luar dewan memang menyesakkan. .aku yang muda ni lagikan penat.. inikan pulak mak.. :(







Alhamdulilah.. 

24 November 2015.. 
anak mak dah knvo.. 
anak mak dah ada degree in Education.. 

Terima kasih buat ahli keluarga yang sentiasa ada.. 
sentiasa menyokong dan mendokong.. 

buat  pensyarah upsi.. lebih lebih lagi pensyarah fakulti sains sukan dan kejurulatihan.. terima kasih banyak untuk ilmu sepanjang 4 tahun di UPSI. Jasa dan budi kalian tidak akan dapat dibalas dengan wang ringgit. Hanya doa saja yang diberikan.. semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan dan keselamatan yang baik... 


semoga selepas ini ada rezeki menjadi guru.. 
kembali bertemu di lain coretan.. 
Salam.. : )



No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah