Saturday, February 8, 2014

Rumah Sewa Praktikum


As salam semua.... hari ni Oura rajinkan diri untuk menaip entri berkenaan cikgu praktikal pulak. Semalam menaip pasal result kan.. so, semester ni bermula la sesi praktikum selama 16 Minggu di Bistari Jaya.. 
Actually sekolah ni, pensyarah Oura yang rekomenkan.. atas sebab sekolah sekolah sebelum ini semua kena reject. Memang sedih la.. sebab memula plan nak buat Latihan Mengajar di Gerik, tapi last last dapat la jauh sikit.. tapi so far ok la.. sebab bila tengok kawasan nie.. tak banyak shopping kompleks. so boleh la jimat duit ptptn kan... lagipun kfc pizza hut mcD semua takda.. :) so.. marilah kita masak masak di rumah.. hik hik.. 
Dimualakan cerita, aku dah mula hantar barang ke rumah ni 31 Januari yang lepas, gigih sangat kan.. balik upsi awal semata mata nak hantar barang ngan motosikal. Terima kasih untuk kawan kawan yang sanggup tolong untuk hantarkan barang dan motosikal.. itu memang kawan.. :) kawan baik sangat!  Lepas settle semua urusan hantar barang and etc. Oura pun masuk la ke rumah sewa pada 6 Februari. Waktu tu result semester 6 release, waktu tu la gigih nak masuk rumah sewa kan.. *walhal sewa rumah tak bayar lagi* hahahaha

selepas proses check in, Oura ngn Edi pun mula la memantau rumah.. tengok apa yang ada, apa yang kurang. sebab nanti tau la nak buat ape kan.. keesokkan nya terus la rajinkan diri pergi ke Kuala Selangor untuk shopping sikit barang dapur dan cari rak baju.. sebab rumah kami ni takda almari.. so baju kena la gantung kat penyidai yang tak berapa nak kukuh... 

So far, rumah dan kawasan ni agak ok, sebab berhampiran dengan sekolah.. nama pun duduk perumahan baru kan.. mesti la selesa sikit.. dan agak lega sebab boleh jimat duit minyak motor.. heheee

setakat ni, boleh dikira ngan jari la kalau nak makan kat luar, yea la.. 16 mingu tu kan panjang... kalau tiap tiap hari makan kat luar.. agak agak ptptp tu memang tak kan cukup la.. sob sob sob... 

so kena la memasak, even masak benda benda simple je.. at  least makan makanan berkhasiat yang memberi tenaga dan membolehkan kita melakukan aktiviti fizikal kan.. :)

so ini la ruang memasak untuk 16 minggu ini.. selesa dan besar kan... 

kat rumah ni ada peti sejuk.. 

So boleh la beli sayur, sosej dan barang barang basah yang lain. Meja kat tepi tu nanti dijangka jadi multifunction.. boleh jadi meja tulis. boleh jadi meja makan.. :)



secara keseluruhannya dari segi lokasi dan kelengkapan rumah ini agak selesa dan boleh tahan..
terima kasih pensyarah.. sebab tolong carikan Oura rumah yea..

:)


Esok dah mendaftar.. so.. apa agaknya cerita minggu depan.. hehe.. 


Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah