Sunday, June 30, 2013

Latihan Persediaan untuk Industri Pekerjaan..


Salam semua.. hari ini aku nak share sikit la aktiviti semasa Latihan Industri aku. Kalau dulu kau berlatihan industri kat construction.. sebab diploma ambik engineering. jadi sebab degree dah ambik coaching science. kena la Berlatihan Industri di Pusat Sukan.. ngehehe.. Alhamdulilah. Syukur dan terima kasih kepada sahabat baik yang bawak aku intership kat sini. Kalau aku sorang sorang praktikal kat Gerik, apa la aktiviti yang aku buat..

Baiklah, sebab aku praktikal kat tempat macam nie, aku apply la semua benda yang dah dibelajar, walaupun aku tau, penguasaan ilmu aku dalam bidang sains sukan ni masih di tahap cetek.. Jadi sebab tu la ada internship kan.. untuk kita apply dan lihat tahap pengusaan kita. Secara umumnya, mungkin penguasaan aku lebih kepada penguasaan teori dan pengurusan berbanding praktikal. So, tidak mengapa. Siapa tahu, selepas dua bulan ini, walaupun aku tidak la mampu untuk menghasilkan dan melatih atlet, sekurang kurangnya dari segi training programme,  physical and lab test,  prosedur dan sebagainya. Aku akan dapat kuasai dengan baik. Alhmdulilah.. syukur kalau dah sampai ke tahap itu.. ;) Baru la boleh masteri sikita dalam bidang ini untuk sampai ke Tahap Master.. (nak sangat sambung Master... ) 

stretching.. :)

*cuai aku. tau la waktu nie waktu jerebu. mask pun aku tak bukak.. * 

sekarang aku kena la buat check list dalam minggu nie.. 

  1. Laporan catatan minggu
  2. Tugasan khusus
  3. Laporan Akhir
  4. Mengisi dan mengembalikan Borang LI.01 (Lapor Diri) yang telah dilengkapkan ke Fakulti dalam masa seminggu selepas LI bermula.
self reminder to myself.. 

thats all for today.. :)






Post a Comment
 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah