Monday, February 22, 2016

Perkembangan Institusi Pendidikan di Mukah 2



Dalam entri sebelum ini, saya telah bercerita mengenai pembangunan dan pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah baru di sekitar Mukah. Dengan pesatnya pembinaan sekolah rendah dan menengah.. sekitar Tahun 2006 Politeknik Mukah Sarawak telah dibuka.




Politeknik Mukah merupakan politeknik yang ke-20 di Malaysia, PMU adalah politeknik ketiga di Borneo selepas Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu. Kampus PMU dibina di atas tapak seluas 100 ekar dan dilengkapi dengan infrastruktur moden serta kemudahan pendidikan yang terkini.



Pada awal Politeknik ini dibuka, ia telah memberi banyak impak positif kepada penduduk Bahagian Mukah. Fasiliti seperti stesen bas, perkhidmatan bas, kedai buku, kedai makan dan sebagainya semakin banyak dibuka. Dahulunya Mukah tidak mempunyai KFC, namun dengan kewujudan Politeknik Mukah, kualiti perkhidmatan meningkat dan ditambah baik di Bahagian Mukah. Kini pada tahun 2016, Mukah telah ditambah baik dengan kewujudan Pezzo dan Subarbun di Medan Mall Mukah. 

Operasi pertama PMU bermula di Sekolah Menengah Teknik Sibu pada tahun 2004. Pengambilan pelajar pertama adalah pada sesi Julai 2005 dengan kursus perintis seperti Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan Awam dan Sijil Pengajian Perniagaan. Penawaran kursus bertambah setahun kemudian di mana kursus peringkat Diploma turut ditawarkan oleh kesemua lima jabatan akademik utama. Lima jabatan akademik utama tersebut adalah;


  • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK)
  • Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)
  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
  • Jabatan Perdagangan (JP)

Selain kursus-kursus sepenuh masa, PMU turut menawarkan kursus jangka pendek yang dibuka kepada orang awam dan masyarakat setempat di bawah program Penswastaan Sektor Masa (Time Sector Privatisation - TSP). Program ini menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan komuniti setempat. Melalui program sebegini,  penubuhan PMU di Mukah dapat membantu komuniti setempat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kompetensi atau mendapatkan pengetahuan/kemahiran baharu.


Pembinaan Institusi Pendidikan di Mukah sedikit sebanyak memberi kesan kepada taraf hidup penduduk tempatan. Malah, setiap kali cuti semester Terminal Bas Mukah akan sentiasa penuh. Bagi yang berminat untuk memberikan buah tangan kepada keluarga, kuih tradisional dan makanan tradisi Mukah seperti sepit,baulu, tepung lemantak, sagu, dan keropok ikan yang segar. Selain itu kuih seperti Kuih Telur, Redam, Sepit dan sarang semut juga sering mencuri tumpuan kepada para pengunjung di Mukah.


Kini pada tahun 2016, UITM Mukah Sarawak Kampus telah siap dibina..sesungguhnya.. saya sendiri selaku anak tempatan berasa bersyukur kerana kepesatan pembangunan di sini adalah seiring dengan pertambahan institusi pendidikan. 



Dengan adanya institusi pendidikan di sekitar kawasan Mukah, ia memberi kesan kepada minat dan tumpuan murid kepada akademik. Malah lebih bersemangat apabila melihat sendiri bagaimana para siswa dan siswi Uitm dalam apa apa aktiviti anjuran warga tempatan. Malah, ada juga sekolah di sekitar Mukah yang membawa murid murid melawat sendiri kawasan Uitm dan Politeknik Mukah. Selain itu, ada juga sekolah yang mengadakan program kerjasama di mana Uitm dan Politeknik Mukah akan menjadi AJK pelaksana. Ini secara tidak langsung merancakkan lagi arus pendidikan di Bahagian Mukah ini. 

Terima kasih kepada Kak Ramenda.. beliau adalah generasi pertama di Politeknik Mukah.. dan beliau adalah perintis semangat kepada saya untuk menamatkan Diploma di Politeknik Mukah ini.. :) 


Sunday, February 21, 2016

Perkembangan Institusi Pendidikan di Mukah

Saya mula menjejakkan kaki ke Mukah pada usia 7 tahun. Sekolah pertama yang saya jejaki di Mukah ini adalah Sk St Patrick. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah rendah di Mukah yang berdekatan dengan  Kampung Kuala Lama.

Sekolah Rendah 


Pusat pendidikan di Mukah pada tahun 1997 tidak lah begitu pesat membangun di Mukah. Dalam usia saya di sekolah rendah, sekolah di sekitar Bandar Mukah cuma terdiri daripada SK St Patrick, SK Kpg Petanak, SK Datuk Awang Udin, SK Tellian, SJKC Chong Boon. Masih terdapat juga sekolah yang masih jauh dari bandar Mukah. 

Dahulunya, sekolah ini lengkap dengan prasarana pendidikan seperti padang, gelanggang, makmal, bilik sumber dan sebagainya. Namun, setelah dibina beberapa jalan baru, sekolah ini diubahsuai dan menjadi semakin kecil. 

Ini adalah antara beberapa gambar sebelum beberapa bahagian sekolah ini dirobohkan dan diperkecilkan kawasan... Dahulunya kawasan sekolah ini lengkap dengan pondok Inspirasi, gelanggang, dan bangunan baru dua tingkat yang sempat saya duduki semasa di darjah enam.. 

kawasan pagar yang dahulunya dibina berasaskan Tapou  Melanau 


Inilah bangunan 2 tingkat yang saya nyatakan  di atas... setiap pagi akan dapat melihat kehijauan padang.. 

Kini, sekolah rendah di Mukah telah ditambah dengan dua buah sekolah di pusat bandar. Dengan adanya sekolah baru ini, kepadatan murid di sekolah menjadi lebih teratur dan terancang. Dengan adanya sekolah baru ini, murid mula dibahagikan kepada sekolah baru ini iaitu SK Mukah... 




Apabila ditambah dengan sekolah baru dengan infrastruktur yang lebih baik, sekolah seperti SK Kpg Tellian telah ditutup untuk ditambah baik. 

Pembangunan dari segi penambahan prasarana dan lokasi sekolah baru telah memberi kemudahan kepada penduduk tempatan untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah. Dari segi lokasi, sekolah baru ini telah dihubungkan dengan jalan baru kepada  kampung berdekatan. 

Sekolah Menengah 
Bagi sekolah menengah pula, di Bahagian Mukah hanya terdapat tiga buah sekolah iaitu SMK Three Rivers, SMK St Patrick dan SMK Three  Rivers. Ketiga tiga sekolah ini merupakan sekolah Menengah yang menjadi tumpuan sekitar tahun 90-an. Masih terkenang lagi, ketika Mukah masih menggunakan feri, murid murid di SMK Three Rivers berbasikal dari Kampung Seberang.  Dengan adanya pembinaan sekolah baru, walaupun agak jauh dari Mukah, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pola kapasiti murid di sekolah terlibat. Dahulunya SMK Three Rivers adalah sekolah yang menempatk murid dari Balingian, Oya Dalat Igan dan sebagainya. 

Pembinaan sekolah baru di Bahagian Mukah melibatkan SMK Mukah, SMK Oya dan juga SMK Agama Igan. Pembinaan sekolah baru ini adalah lebih baik dari segi kelengkapan infrastruktur melibatakan asrama, dewan, bilik komputer dan sebagainya... 


Pertambahan sekolah rendah dan menengah di sekitar Bahagian Mukah ini telah membawa kepada penambahbaikan kepada perpustakaan awam yang lebih baik, pembinaan kawasan rekreasi dan juga penambahbaikan taraf hidup penduduk tempatan.. Kalau dahulu, majoriti murid murid menunggang basikal ke sekolah.. namun kini kebanyakanya dihantar oleh ibu bapa ataupun menumpang van sapu yang menghantar pada waktu pagi dan balik pada waktu tengah hari. 

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah