Monday, April 29, 2013

Kaul: Dalam Kepelbagaian


Entri kali ini ditaip lebih panjang sebab aku dah dua hari tak update. Sibuk berpantun. Orang di Mukah pun sibuk bertandak dan bermukun. So, sebagai orang Sarawak, aku pun meneruskan warisan melayu dan melanau itu di bumi Malaya. Itu aku cerita next entri ya. Kali ni, aku nak review pasal kaul dulu. hiks. Gambar di atas adalah gambar permainan tibow?  Tentu anda semua masih tertanya tanya. Apa tibow sebenarnya.. 


Permainan tibow ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda berkaul. Dahulu, permainan ini juga adalah permainan untuk mencari jodoh. (ini orang dulu dulu cerita la). Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah.Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut. Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak. Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.



Dengan membaca sedikit info di atas. Satu perkataan cukup untuk merungkaikannya. Tibow memang unik. Buktinya, permainan dan penceritaan tentang permainan tibow oleh kaum melanau ini telah dibukukan. :) aku sebagai anak melanau bangga. siapa tak bangga kalau adat dan permainan kita mendapat tempat di dalam buku. Itu maknanya bangsa kita unik bukan ;)

abaikan lakaran aku yang comot itu kerana aku ingin melakarkan bagaimana rupa tibow itu kepada rakan sekuliah sebenarnya.. 


Baiklah nilai kepelbagaian yang boleh dilihat dalam permainan tibow ini, adalah permainan ini adalah permainan multifunction. Ha. ingt phone je ada banyak function.. heeee..  Dengan bermain tibow ini kita sebenarnya boleh beriadah dan  mengeratkan silaturahim di kalangan belia dan orang dewasa. Orang yang dewasa boleh la mengajar kepada golongan remaja bagaimana TIBOW ini dimainkan. Maka, jurang komunikasi mampu dieraTKAN.... Malah, dengan bermain tibow ini juga kita boleh release stress.. dengan bayu pantai yang dingin..heee.. rasa macam terbang buat bungy jump je.. 


fokus kepada budak berbaju putih.. haaa. di situ la nampaknya aspek bungy jump. di mana beliau melompat dari tangga dan berpaut pada tali ayunan.. 

untuk bermain tibow ini, anda perlu berani.. kalau tak berani pun, sudah pasti akan terdetik perasaan itu untuk mencuba. Apatah lagi di pesta keramaian kaul, ramai anak muda yang bermain tibow ini. Di mana mereka akan berpaut dan bertahan selama mungkin. Di sini kita akan dapat melihat aspek ketahanan dan kekuatan dari segi fizikal. Yang kuat daya tahan dan kekuatan otot lengan dan tangan akan terus bertahan. Lebih mencabar kalau lebih ramai pemain. Selain itu, permainan ini dilihat mencabar keberanian. Seperti  mana yang saya katakan tadi, dengan hanya melihat, anda sudah terdetik untuk mencuba. Ha.. apabila anda ingin melakuan lompatan, anda perlu membuat telahan sendiri dengan melihat kepada tahap keyakinan anda.Takut nanti. anda melompat pada tali buaian di waktu yang salah. Jadi kena bijak yea.. :)


Malah, kanak kanak juga boleh dibiasakan dan diperkenalkan untuk bermain tibow ini, agar mereka tahu adat dan budaya melanau ini. Dengan adanya pesta kaul ini, guru guru juga boleh memperkenalkan kepada anak anak murid cara dan aspek yang perlu diberi perhatian untuk bermain tibow ini. Selain membawa mereka beriadah dan berekreasi, mereka akan lebih tahu mengenai adat dan budaya tradisional masing masing. Bagaimana tibow itu dimainkan, aspek keselamatan dan sebagainya. Jadi mereka sendiri akan lebih teruja dan dapat mendalami adat dan tradisi budaya masyarakat Melanau itu sendiri.



Malah ketika pesta kaul ini dijalankan, masyarakat luar ataupun masyarakat setempat boleh melihat sendiri uniknya adat dan tradisi masyarakat melanau. Mereka akan dapat melihat sendiri pakaian tradisi melanau. Malah, ada di kalangan pengunjung yang hadir akan memakai pakaian tradisi melanau di tapak pesta kaul.  Unik bukan? jadi inilah peluangnya. 


Di tapak pesta kaul juga..  kita akan melihat serahang ini dipacak/didirikan. 


sedikit info mengenai serahang

Serahang ialah "kepala hantaran" kepada ipok. Ia perlu dibuat mengikut motif tertentu. Motif pada serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya sejauh yang berkaitan dengan ipok. Lambang itu menggambarkan bahawa ia ada kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan tujuh lapisan di atas dan tujuh lapis di bawah.Motif-motif pada serahang turut melambangkan imej ipok laut, darat, dan udara. Motif yang sesuai dan cukup akan menyenangkan hati ipok. Serahang yang diperbuat daripada bahan-bahan berikut - buluh, tedieng, semat, daun nyipah muda, daun iseng dan daun tegoh - disediakan beberapa hari sebelum kaul.Sebahagian daripada bahan itu tidak mudah diperoleh kerana ia perlu dicari dari dalam hutan.Serahang dibuat oleh wanita kerana motif-motif tertentu memerlukan mereka yang teliti, dan ini sesuai dengan sifat wanita.
Jadi kepada yang telah hadir ke tapak pesta, anda sudah pasti dapat melihat serahang bukan :)  




sekian untuk entri kali ini.. 
Jumpa di entri seterusnya.. 

Kemeriahan Kaul 2013 

Credit Certain photo to my cousin... 
Noraini Junaidi... 



2 comments:

nurains said...

entry yg menarik, pernah dgar pesta kaul tapi tak tahu dorg buat apa.

Cikgu Zahora said...

@NurainSuperr hee.. pesta kaul memang best.. banyak lagi acara lain yang diorang buat.. cuba tengok previous entri..

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah