Semalam dah update sedikit intro mengenai Pesta Kaul yang kini sedang berlangsung di Mukah. Jadi hari ini mahu bercerita mengenai sedikit aktiviti yang sedang dijalankan.
Baiklah tarikan utama yang terlihat pada pesta kaul adalah aktivitinya. yang mana, setiap aktiviti, pameran persembahan dan pertandingannya adalah ditunggu tunggu oleh warga tempatan. Buktinya, rela berhujan. Sibuk dengan aktiviti seharian, Kaul tetap jad topik perbualan. :)
ini adalah tentatif program untuk hari ini.
Menarik bukan? saya lampirkan sedikit gambar untuk memberikan sedikit gambaran aktiviti yang sedang dijalankan
Uniknya pesta kaul ini, penduduk tempatan akan memperlihatkan kepada pelawat yang hadir ke tapak pesta untuk cara untuk membuat sagu secara tradisional. haa.. di sinilah uniknya.. bagaimana mereka memperlihatkan kepada anda bagaimana sagu itu diproses. dengan menggunakan tulang empat kerat.. kau mampu? Selain memerlukan kekuatan fizikal, prosesnya adalah memerlukan ketelitian dan kesabaran. itu adalah tarikan utama, walaupun kini telah banyak peralatan moden yang boleh digunakan. Namun dengan adanya aktiviti sebegini, kita akan dapat melihat sendiri bagaimana asas sagu itu dihasilkan. kalau waktu biasa, ada orang sibuk nak suruh kau tengok, explain itu ini? ;)
Proses membuat sagu adalah sangat memerlukan ketelitian. Dengan adanya aktiviti ini, kita sendiri akan dapat melihat dan merasai sendiri ketelitian dalam memproses sagu.Sedikit info bagi yang tidak mengetahui apa itu sagu..
sagu ini berbentuk kecil dan berwarna coklat keperangan. Ianya berbentuk bulat hasil daripada ayakan di dalam rawa(tapis) khas. Dahulu makanan berbentuk bebola dan sebesar saiz kacang ini merupakan makanan ruji komuniti melanau. Difahamkan ketika Jepun menakluk Sarawak dalam awal tahun 1940-an, ia merupakan antara makanan ruji penduduk di kawasan Mukah.
Jadi bagi yang telah hadir ke pesta kaul pada hari ini, sudah pasti anda sudah mengetahui serba sedikit mengenai proses pembuatan sagu secara tradisional..
Tarikan kedua aktiviti yang dilihat pada hari ini ilah teluwaih jinih. yang membawa maksud anak gadis yang cantik. Ini adalah tarikan lazim. Lazimnya bagi peserta Ratu kaul yang telah sampai ke peringkat final adalah peserta paling kabaabooommm.. Mantap dan hebat. Kerana telah menelusuri fasa fasa sebelum ke final. Yang pasti peserta yang masuk pastinya cantik cantik belaka. Mereka akan mengenakan kostum melanau di samping perlu memperagakan busana, menari dan ditanyakan soalan. Cukup syarat untuk menjadi ratu kaul.. Tahniah kepada yang telah memenangi Ratu Kaul pada tahun ini.. :)
Sebenarnya ratu kaul ini bukan sekadar melihat kepada kecantikan semata mata, namun ia memberi peluang kepada gadis muda untuk menggarap sedikit peluang untuk tampil di hadapan orang ramai dengan lebih elegan, berkeyakinan dan berilmu pengetahuan..
she is one of my schoolmate.. credit her for this picture..
Apa yang penting bagi peserta kaul ini adalah lebih untuk mendapat keyakinan dan pengalaman baru untuk dimodifikasi untuk digunakan masa hadapan. Siapa tahu selepas menyertai pertandingan ratu kaul ini, ada yang menceburkan diri dalam bidang peragaan, fotografi lakonan, pengacaraan dan sebagainya. Ini adalah tapak asas kepada penyertaannya. Uniknya kebanyakan peserta yang telah mara ke final lazimnya telah menyertai pertandingan lain untuk mengasah minat mereka untuk sampai ke tahap ini. Dengan sentuhan mekap yang dipadankan dengan pakaian tradisional akan menyerlahkan lagi keanggunan dan kreedibilit masing masing. Mana tahu lepas ni ada yang berminat untuk maju ke bidang lain pula ;)
Tahniah kepada semua peserta..
:)
Ratu Kaul 2010
Credit her for this picture..
Ratu Kaul 2012
Kaul Connecting Each Other..
;)
Teaser untuk update esok..
No comments:
Post a Comment