Tidak semua orang tahu cara berdiet yang betul. kadang kadang ada yang berpendapat, matlamat itu lebih penting dari proses mengecapinya. Asalkan matlamat tercapai. Aku nak kurus katanya! Ha.. hari ni saya nak kongsikan sedikit kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh mereka yang mengamalkan diet ni:
Meninggalkan waktu makan..
Contohnya makan tengah hari atau makan malam. Tetapi mereka tak terfikir, mengamalkan tabiat sebegini sememangnya akan menambahkan selera makan pada waktu berikutnya. Tak percaya? Cuba korang tak sarapan pagi. haaa. tengok la amaun nasi korang dalam pinggan pada waktu tengah hari..
Tidak makan sebelum melakukan aktiviti fizikal..
Dalam proses menguruskan badan ni, aktiviti fizikal perlu dilakukan untuk mendapat tahap kesihatan dan berat badan yang ideal. Makan sebelum berjoging atau berbasikal contohnya adalah perlu untuk keperluan tenaga semasa melakukan aktiviti. Jadi, untuk mendapatkan tenaga yang maksimum. Kena la makan yea..
Minum terlalu banyak minuman berjus/ bergula
Ha.. lepas dah penat workout tadi. sampai rumah, minum jus, minum air berkarbonat seperti coca cola, pepsi dan sebagainya. memang la tak jalan! kuantiti dan kandugan gula dalam minuman itu tinggi! jadi ini bukan diet, ini tambah gula dan kalori dalam badan..
Pengambilan makanan berkhasiat dalam kuantiti yang sedikit
walaupun niat ingit berdiet, janganlah terlalu mengurangkan makanan.. makan sikit je.. anda akan kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal.
kurang minum air
Air adalah penting dalam keperluan sistem tubuh badan. Tanpa air yang mencukupi, sistem penghadaman, proses pencernaan, proses penyerapan tenaga tidak akan dapat berjalan dengan sempurna. Amalkan minum air yang banyak selepas melakukan aktiviti fizikal sebab telah berlaku proses kehilangan air dalam badan melalui perpeluhan
Percaya boleh makan apa saja! Asalkan excercise!
ha.. ini adalah tanggapan yang silap , sebab semakin lama anda amalkan tabiat nie, lagi lambat la anda nak kurus! lagi lagi kalau kerap ke KFC, MCDonald,Chicken Hut, Pizza Hut etc :)
Ha.. kalau anda highlight perkara penting di atas.. InsyaAllah.. boleh la mengamalkan diet dengan sempurna selepas ini..
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment