Seperti sudah lama tidak menaip di sini. Mari kita terus bercerita mengenai aktiviti dengan cuti sehari sempena birthday orang penting kat sini.. hiks!. sebaik sahaja tamatnya cuti pertengahan semester, dengan ujiannya lagi. Dengan tugasan yang meminta untuk dihantar.. isk! Sungguh diriku tertekan.. *aku ni benda kecik pun boleh buat aku pikir secara rumit* Akhirnya.. tekanan melampau itu telah menggesa aku untuk pergi Sejoli Sejalan.. bersama teman teman di Genting Highlands! Ini bukan kali pertama aku ke sana. mungkin pergi bersama rakan sejantina itu lebih selesa dan mesra! kih2x.. Perjalanan pergerakan dari tanjung Malim dari jam 7 pagi.. menaiki komuter ke KL Sentral.. seriously. duduk pun boleh tidur.. dengan menggunakan kad ktm 1 malaysia.. owh. murahnya.. cuma rm3.50 sahaja.. kami tiba awal ke KL Sentral. mungkin kerana nasib kami agak kurang baik.. jam 11.30 baru la bergerak menuju ke Genting Highlands.. Menaiki cable Car untuk kali yang pertama adalah satu perkara yang mengujakan.. Jadi, kepada yang agak gerun dan gayat pada ketinggian. Disarankan untuk tidak melihat ke bawah ok.. :)
Gerun bukan. kalau tiba tiba terhenti seketika..
Sila selawat panjang panjang..
Kami membeli pakej termasuk bus, cable car dan outdoor.. jadi agak jimat berbanding anda menaiki bus semata mata, kerana apabila tiba di Genting.. anda terpaksa membeli tiket untuk kereta kabel dengan jumlah rm 15.. tidak termasuk dengan bayaran tempat masuk.. jadi, agak terbazir di situ.. As a student, pengiraan bajet itu adalah penting bukan :)
Kami pun masuk la meninjau persekitaran, apa yang hendak di mainkan dahulu. Sedikit teruja. Lantas, kami mulakan langkah dengan beratur di game spaceshot. Sebenarnya aku tak pernah naik games nie. For the 1st time, aku pun beranikan diri naik, walaupun sangat sangat gayat. First impression masa aku naik, aku membezakan kelajuan pergerakan semasa kawan aku naik dulu.. jadi, aku rasa, mungkin untuk kali yang kedua nie, nampak dah tak berapa laju.. konoonya!
apabila menaiki space shot nie, aku memang tak mampu pun nak menjerit.. terlalu takut.. !
Jadi, kepada yang sedkit gentar. jangan naik!
Permainanan kedua yang kami pilih adalah spinner..
sebenarnya, analisis dari segi aspek keselamatan, aku takut sebenarnya, kalau spaceshot, ada la jugak penghadang di bahagian dada dan bahu yang mana kita boleh berpegang erat. Tetapi untuk spinner ni, dengan halaju yang agak malar, dengan curve spin yang berlaku.. perrggghhhh... dari mula aku naik, sampai la benda nie berhenti aku menjerit. dengan mata yang tertutup rapat.. ! Lepas nie memang aku tak naik dah! Seriau darah aku! tapi aku tengok budak budak tepi aku ok je.. haish. aku je gabra lebih..
Permainan seterusnya yang kami pilih adalah ala ala roller coaster. cuma yang nie, ridenya 4 orang sekali.. pergerakan adalah bermula dengan perlahan.. dan akhirnya.. ~ anda sendiri mampu menjangkanya.. sebenarnya, permainan ala ala roller coaster nie ibarat kita menelusuri kereta pacuan empat roda dengan halaju yang tinggi. pergerakan nya adalah secara berempat. Jadi, kepada yang kuat semangat, disarankan untuk duduk di hadapan.. Anda akan merasakan anda adalah pemandu profesional.. woww!!
Berbanding roller coaster yang berputar putar itu. .aku rasa ini lebih ok sikit sebab badan kita tidak berpusing melebihi ROM :)
Cukup setakat itu untuk part 1
:)
No comments:
Post a Comment