Monday, April 8, 2013

Anugerah dan Keberkatan..

Semalam ramai yang komen tentang ABPH.. tahniah kepada yang dapat anugerah.. jadi entri pada malam ini sekadar ingin membuat refleksi diri.. bukan untuk bercerita mengenai ABPH :)

:) 
Anugerah itu indah sebenarnya.. semua orang sebenarnya telah dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai nikmat dan anugerah, baik kepandaian, ilmu, rezeki.. cahaya mata, mahupun sebagainya... namun, di sebalik anugerah itu.. keberkatan itu penting..  rahsia utama di sebalik pencapaian itu adalah keberkatan yang engkau perolehi untuk mendapatkannya..

asal minggu exam.. akan dicanangkan oleh para pengawas pemeriksaan. jangan meniru.. kerana hasil apa yang kamu perolehi dalam ujian ini adalah apa yang akan menjadi sumber pendapatan di masa hadapan kelak.. :) maka.. keberkatan itu penting.. penting dalam semua aspek..

Di sini saya ingin berkongsi sumber keberkatan baik dalam kehidupan sama ada dalam pelajaran ataupun pekerjaan..



  • niat : niat ikhlas kerana Allah
  • yakin : Yakinlah pada tahap kemampuan.. usaha selagi terdaya dan berserahlah pada Allah
  • bismillah : bacalah bismillah dalam setiap kali perlakuan.. insyaAllah.. Allah akan memberi perlindungan 
  • jujur : jujurlah walaupun terpaksa memberi sedikit pengorbanan
  • solat : Solat itu adalah tiang agama.. maka, laksanakanlah kerana itu kewajipanmu.. 
  • perhubungan : Jagalah perhubungan sesama sahabat, guru, rakan sekerja.. tak elok masam masam muka.. :)
  • think positive : ini adalah penting kerana pemikiran yang positif akan merangsang semangat dan keyakinan
  • ceria : cerialah selalu dengan beriadah bersama rakan rakan dan manjakan diri dengan melakukan aktiviti fizikal.. pergi bercuti pun boleh
  • makanan : makanlah dari sumber yang halal. jangan meminta dengan orang lain sekiranya kamu masih berkemampuan untuk membeli makanan sendiri.. 
  • mohon keampunan Allah : sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dosa kita, ibu bapa, guru, sahabat dan seluruh umat islam amnya... 

:) raikan bersama orang tersayang apa yang telah kamu kecapi.. 


InsyaaAllah.. hidupmu akan lebih diberkati dan diberi ketenangan.. :) 

doakan yang baik baik sahaja! :)

semoga Allah akan merahmati kehidupan kita semua dunia akhirat..
InsyaAllah





Don’t think that someone else is more blessed than you are, because Allah bless us in different ways.

Terima kasih! 


No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah