Saturday, April 27, 2013

Kaul Mukah 2013; Connecting Each Other...



Berjalan jalan di kampung kuala
Berjalan sambil membawa gula
Pesta Kaul sudah bermula
Marilah kita bertemu semula

Angin berdesir di angin lalu,
langkah diatur membawa sepatu
Rindu pada kenangan lalu
Hanya kaul tempat bersatu

Kuih tradisi kuih bahulu,
Makan selalu memang tak jemu
Teringat  memori  yang telah berlalu
Di sini jua kita bertemu



Pesta kaul adalah sinonim dengan pertemuan. Ramai anak muda, mahupun golongan yang telah menganjak dewasa akan memilih waktu kaul itu sebagai reunion.  Mengapa? Kerana kaul  itu adalah waktu pertemuan yang sesuai kerana lazimnya kemuncak persta kaul akan dilakukan pada hujung minggu. Kepada yang sudah berkeluarga, boleh la membawa anak anak ke tapak pesta untuk melihat sendiri aktiviti yang sedang dijalankan. Dengan  itu anda akan dapat melakukan banyak perkara dalam 1 masa. 
 
  • Dengan berpesta, anda akan dapat membawa keluarga anda berhibur secara sihat
  • Melapangkan masa bersama anak anak dan keluarga
  • Bertemu sahabat handai
  • Berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling
  • Dan yang pasti anda sendiri akan mengenang memori lampau.. lebih lebih lagi anak tempat an yang lahirnya, bersekolah dan membesar di Mukah, namun disebabkan faktor kerja dan berhijrah ke tempat lain, Kaul Mukah itu adalah simbolik kepada pertemuan .

Anda pasti akan melalui peristiwa seperti terserempak dengan sahabat di jalanan. Walaupun sebelum ini anda tidak pernah menegurnya. Apabila bertemu di tapak pesta.. Wow.. eh. Bila sampai? Itu soalan sinonim.. bagi yang telah berkeluarga.. Datang sorang ke? Mana anak isteri? J


Baiklah, itu adalah bagi yang ingin mengenang kenangan lampau. Bagi generasi muda pula, dilihat kaul itu adalah peluang dan ruang untuk melihat pesta itu sebagai wadah mencari ilmu. Dengan adanya pameran dari agensi kerajaan. Pelbagai info dan output  boleh  diperoleh. Dengan ini, mereka boleh mendapat maklumat secara lengkap dan terus dengan bertanya kepada urus setia yang bertugas.  Malah, dengan adanya pameran sebegini, orang awam juga boleh mendapat info yang telus daripada mendengar  khabar angin daripada sumber yang tidak sahih..





Bagi masyarakat tempatan umumnya, mereka akan dapat berinteraksi dengan orang luar. Dengan ini, masyarakat tempatan boleh merapatkan silaturahim dengan orang luar. Bagi pengunjung yang datang melawat ke gerai gerai komuniti, pastinya mereka mengharapkan info yang berguna tentang adat dan kaum masyarakat setempat. Lazimnya, dengan pertambahan kapasiti pelajar  dari politeknik Mukah dan MRSM pasti memeriahkan lagi pesta kaul ini.. 

 
Doh tebaloi

tebaloi yang telah siap.. 


Pesta kaul ini juga adalah tempat untuk mempromosikan kuih tradisional masyarat melanau. Malah, dengan adanya gerai gerai komuniti ini, pengunjung boleh membeli kuih tradisional dalam bilangan banyak ataupun dijadikan sebagai buah tangan untuk dibawa balik. Mukah adalah cukup sinonim dengan tebaloi, sagu, tupik, bahulu dan sebagainya. Bagi yang belum hadir ke tapak pesta kaul, maka bolehlah berkunjung ke gerai komuniti untuk mendapatkannya.. Mudah bukan? bagi yang tidak begitu arif dengan selok belok jalan di Mukah dan sukar untuk mencari kawasan parking di kawasan Pasar, boleh la terus datang ke gerai komuniti untuk membelinya.. 

 
tepung sagu
keropok ikan
kuih tradisional
sagu 

Jadi. apa tunggu lagi.. 
Marilah kita sama sama meriahkan Kaul Mukah 2013 ini.. 


teluwaih jinih!! :)


Next Entri

Kaul dalam kepelbagaian~ 

No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah