Saturday, May 4, 2013

Pesta Kaul; Macam macam ada..



Pernah yang bertanya.. apa memori semasa Pesta Kaul terindah yang pernah kau rasa.?Kenapa apabila menulis mengenai entri pesta kaul itu membawa seribu makna dan sejuta rasa. *puitis sungguh entri petang petang begini. Ada di kalangan sahabat yang masih berkuliah dan bergelar mahasiswa, rela balik untuk menyaksikan Pesta Kaul.tskkk.... Ada ibu dan bapa yang sanggup memandu kereta berjam jam lamanya untuk sampai ke Mukah. Ada yang sanggup bertahan panas untuk melihat keramaian di Tapak Pesta. Ada yang sanggup meninggalkan tugasan semata mata ingin menyaksikan pesta.. Ini sekadar entri peribadi dan perspektif yang dilihat oleh penulis blog dalam aktitiviti kaul ini. Lain orang, lain pendapatnya bukan?...


Saya melihat Pesta Kaul ini sebagai agen penyatuan di kalangan golongan belia, golongan dewasa dan juga kanak kanak. Baik dari segi persediaan tempat sebelum pesta. Golongan belia akan sama sama membantu mendirikan pondok/ gerai komuniti mengikut pandangan dan perspektif masing masing. Kalau difikir secara logiknya. Manakan sama idea golongan dewasa yang lebih banyak makan asam garam berbanding orang muda. Kalau hendak difikirkan, untuk apa menghias cantik gerai komuniti dengan reka bentuk yang rumit dan memerlukan masa yang begitu panjang. Ini kerana wujud dalam diri masing masing niat dan hajat untuk menunjukkan betapa  uniknya budaya Melanau. ..








Elemen kekemasan dan kreativiti ini adalah gabungan idea dua generasi berbeza.. Orang Lama mahukan unsur tradisi yang tidak luput ditelan zaman. Golongan baru inginkan unsur yang boleh menarik minat pengunjung dan pelawat untuk hadir ke gerai komuniti mereka... 









Dengan  bermacam macam reka bentuk gerai komuniti ini, saya pasti, pengunjung sudah pasti mengambil peluang untuk masuk ke dalam setiap gerai komuniti sebagai memori Pesta Kaul.  Ada yang bergambar bersama sahabat handai, lebih lebih lagi yang bakal menghabiskan pengajian di Mukah (UITM dan PMU), memori semasa kaul peringatan dan memori indah buat mereka. Entah bila akan ada masa terluang untuk keluar di tempat yang sama dan bersama sama meraikan Pesta Kaul ini.. *hanya kepada mereka yang pernah mengalaminya akan mengerti.. * kih2x.. 

The one that use red bawal scarf is my classmate at PMU :)
She miss Kaul Festival very much.. 
That's why she visit Mukah although she need to work on Monday.. 
:)



Pesta Kaul ini juga sebagai wadah untuk pengenalan budaya tempatan.. kepada sesiapa yang hanya pernah mendengar dan sekadar melihat sagu dan tebaloi yang telah siap di Pasar Mukah, Pesta Kaul adalah ruang dan peluang anda untuk hadir dan melihat sendiri bagaimana ia diproses. Saya pasti, yang hadir ke Tapak Pesta sudah boleh beramah mesra dengan mak cik yang berada di gerai pameran ini.. Sudah pasti anda mendapat info dan maklumat yang tepat dan melihat sendiri. Kepada yang dah rakam tu, boleh la simpan untuk kenang kenangan. Untuk yang masih belajar. Simpan. Mungkin berguna untuk subjek Universiti. Untuk yang sudah berkeluarga, simpan untuk tontonan video bersama keluarga di rumah. Kenalkan kepada ahli keluarga anda, bagaimana sagu itu diproses.. Anda juga boleh rujuk entri yang lepas dengan klik sini...





Siapa lagi kalau bukan generasi muda yang akan mewarisi seni budaya sebegini... 

Anda juga mungkin boleh mula mulamembuat perancangan untuk membuat lawatan sambil belajar semasa Pesta Kaul ini.. 

Brainwash sikit.. :) 

....................................................................................

Malah, Pesta Kaul ini juga memberi peluang kepada anda untuk membeli barangan dengan harga berpatutan kalau kena pada gayanya. Asalkan anda rajin tawar menawar. Malahan, alatan kraftangan, pakaian, perhiasan dan sebagainya boleh didapati dengan mudah. Jadi tidak perlulah anda bersusah payah untuk membeli peralatan yang mahal untuk dijadikan perhiasan di rumah. Uniknya ketika Pesta sebegini, benda yang anda tak pernah lihat, pasti akan wujud di gerai yang dibawa oleh peniaga dari luar.

Tips : Beli pada hari terakhir Pesta.. kalau beli malam terakhir sebelum penggerai tutup gerai pun boleh.. boleh dapatkan harga murah berlipat kali ganda.. :)






Selain itu, dengan adanya Pesta Kaul ini, ia memberi peluang dan ruang kepada usahawan muda untuk terus maju menceburkan diri dalam perusahaan. Bagi yang telah hadir ke tapak pesta, anda sudah pasti dapat melihat kucing kucing yang dijual oleh Awi Home Pet Care. Selain memberi peluang kepada usahawan baru, ia juga menyelitkan unsur nilai kemanusiaan iaitu cinta terhadap haiwan. 
boleh refer page Awi Home Pets Care untuk info..



jadi bolehlah anda membeli kucing secomel ini di bukan.. 
:)
selain memupuk nilai kasih sayang terhadap haiwan di dalam diri anak anak anda.. 


Kelab Pencinta Haiwan SMK ST Patrick.. 
.............................................................

Sekian entri ringkas untuk hari ini.. InsyaAllah. next entri, saya kongsikan menu makanan pesta kaul pula selain si'et yang telah saya ceritakan dalam entri ini.. 

Kepada yang ingin membaca lebih lanjut mengenai entri Pesta Kaul,  halakan mouse laptop /pc anda ke kanan.. dan klik pada tab Kaul... 

Terima kasih kerana sudi membaca.. 



No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah