Walaupun Kaul telah berlalu, namun entri di blog ini masih gigih bercerita mengenai kaul. Entri pada hari ini agak senggang kerana kurangnya tekanan untuk presentation, kuliah dan sebagainya kerana masih dalam mode PRU13.. Hari ini ingin bercerita mengenai keunikan warisan dan seni budaya semasa kaul yang lepas. Entri aku ni kadang kadang memang panjang berjela. Entri hari ini dimulakan dengan serangkap pantun..Eh, pantun? apabila bercerita mengenai pantun.. Saya pasti kalian yang hadir ke Pesta Kaul ke Pantai Kala Dana yang lepas akan melihat sendiri uniknya adat bermukun dan bertandak itu sendiri..
Berjalan jalan tersadung kotak,Kaki luka sukar berdiri,
Berasal dari Mukah Sarawak,
Zahora Ahyan nama diberi..
Setiap tahun aktiviti bermukun dan bertandak ini diadakan di Tapak Pesta Kaul. Bermukun atau bergendang adalah salah satu adat yang merupakan khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka. Aktiviti ini sangat unik kerana mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang di khalayak orang ramai. Masyarakat kaum Melanau mempunyai adat bermukun yang masih diamalkan. Kebiasaannya, adat bermukun bagi kaum Melanau diadakan ketika malam majlis perkahwinan selepas persandingan dilangsungkan. Aktiviti ini dijalankan seperti berpantun, berjoget, dan berkaraoke. Selain itu, aktitiviti ini, dapat mengeratkan hubungan silaraturahim orang kampung, dapat berkerjasama antara satu sama lain dan dapat mengenali budaya serta adat tersebut.
kalau tadi dapat tengok gambar yang kurang jelas.. kali ni penulis share gambar yang agak jelas dari pentas utama.
Aktiviti bermukun ini, dikendalikan dikalangan wanita seramai dua atau lebih yang duduk di bahagian balik tabir untuk memukul gendang sambil berpantun. Fokus kepada bahagian belakang pentas. Itulah Mak Gendang. Mereka ini dipanggil atau dikenali sebagai ‘tukang bergendang’ atau ‘seh bergendang’. Kaum lelaki pula akan duduk secara berselerak mengikut kesesuaian atau keselesaan masing-masing di luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah berdekatan tabir sebagai gelanggang tarian. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir dengan pasangan masing-masing. Ha, kalau dulu aktiviti ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria, secara tidak langsung menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan ketika berjoget. Aktiviti ini juga, dilangsungkan untuk pihak lelaki mencari dan mengenali gadis idaman mereka. Secara tradisi, apabila pihak lelaki sudah berkenan atau suka dengan wanita tersebut, pihak lelaki akan menyusul dengan majlis merisik dan meminang.
Aktiviti bertandak, bergendang dan bermukun in masih diamalkan olem masyarakat Melanau. Seperti mana yang telah saya katakan di atas. Malah, kini mak gendang yang muda dan manis juga menjadi faktor penarik untuk aktiviti ini. Malah, ada juga di kalangan anak muda yang suka pada aktivti ini sekitar malam perkahwinan kerana dapat melihat sendiri bagaimana aktiviti ini dijalankan. Saya pasti, ramai masyarakat yang bukan berasal dari Sarawak, namun telah lama bermastautin di sekitar Mukah, Matu Dalat, Oya dan sebagainya sudah pasti mengetahui serba sedikit mengenai aktiviti ini..
Aktiviti bertandak, bergendang dan bermukun in masih diamalkan olem masyarakat Melanau. Seperti mana yang telah saya katakan di atas. Malah, kini mak gendang yang muda dan manis juga menjadi faktor penarik untuk aktiviti ini. Malah, ada juga di kalangan anak muda yang suka pada aktivti ini sekitar malam perkahwinan kerana dapat melihat sendiri bagaimana aktiviti ini dijalankan. Saya pasti, ramai masyarakat yang bukan berasal dari Sarawak, namun telah lama bermastautin di sekitar Mukah, Matu Dalat, Oya dan sebagainya sudah pasti mengetahui serba sedikit mengenai aktiviti ini..
Dengan penerangan ringkas di atas sudah pasti anda dapat melihat gambaran bermukun dan bertandak bukan...
Sedikit selingan.. Hasil kerap melihat dan mendengar sendiri adat bermukun berbalas pantun..
credit photo to rakan sepasukan : Tanggi.. |
........................................................................
Ha.. sebab tadi saya garapkan seni bermukun dan bertandak, manalah tau dapat mencari pasangan yang ideal bukan. Sekarang saya perkenalkan kepada anda mengenai salah satu tarikan utama di Tapak Pesta Kaul yang lepas.. Ehem. kepada yang ingin berjodoh dengan gadis melanau.. Sila baca dengan teliti.. :)
Gambar ini adalah tempat persandingan bagi pengantin melanau.. Cantik bukan? :) Saya masukkan elemen nilai tambah video di bawah. Ini adalah sebahagian daripada barang hantaran pihak lelaki kepada pengantin perempuan dalam adat Masyarakat Melanau. Hampir kesemua barang adalah barang tembaga tulin yang disimpan turun temurun. Bentuk hantaran adalah bergantung kepada Darjat pengantin perempuan, sama ada 9 pikul, 7 pikul atau 5 pikul. Semakin tinggi darjat keluarga semakin berbeza jenis barang hantaran dan nilainya Saya kongsikan kepada pembaca sekalian barang hantaran kahwin masyarakat Melanau
Uniknya adat perkahwinan melanau ini, aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan
Siapa ada ambik gambar di sini semasa Pesta Kaul Lepas? :) Sudah pasti ia menjadi kenangan terindah kepada anda kerana dapat menggambarkan ia dalam bentuk potret yang kreatif.. Idea ini dahulu aku pernah nampak di Crocodile Farm/ Park di Miri.. Malah, pernah juga aku lihat di Melaka.. Kini di Tapak Pesta Kaul, mereka pamitkan unsur ini.. kreatif dan menarik.. mungkin kaul berikutnya boleh diubah sedikit dari segi ketinggian dan teknik gambarannya..
Disebabkan adatnya begitu unik, ramai yang mengambil peluang untuk bergambar di sini..
itu adalah sedikit mengenai persandingan kaum Melanau. Kini, persandingannya masih mengekalkan keunikan budaya bagi sesetengah keluarga. Ada yang masih lengkap berpakaian Melanau, ada yang ala kadar mengikut kemampuan.
Perhiasan tangan yang digunakan semasa persandingan..
Jadi, kepada yang ingin mengenal lebih lanjut mengenai uniknya Budaya Melanau ini, jemputlah datang Ke Pesta Kaul di tahun hadapan.. Kaul Mukah akan menghidangkan anda dengan keunikan budaya yang tak lekang dek panas.. tak lapuk dek hujan..
He is my Idol.. Lukisan ini tampak kemas.. Tahniah kepada pembeli yang berjaya mendapatkannya di Tapak Pesta Kaul untuk dijadikan simpanan.. mahupun cenderamata...
Sekian untuk entri kali ini..
Credit certain photo to : Garadi Galau & Sufina Azlin..
Design blog sedikit berubah.. lebih ceria bukan..
Terima kasih.. :)
No comments:
Post a Comment