Senja gemilang bayu berpuput,Gugur kenanga di celah jerami,Besarlah hati kami menyambut ;Tuan bertamu ke Bahagian kami.
Anak ayam disambar musang,Musang diam di balik kuini,Teratak kami banyak yang usangHarapkan damai Tuan di sini.
Serindit berkicau di pohon jati,Tempat bermain anak kenari,Bagai berdendang paluan hati;Dengar khabar Tuan ke mari.
Sekalung appresiasi penulis titipkan kepada semua pelawat yang telah hadir ke Pesta Kaul Mukah 2013..
Ini adalah entri penutup mengenai Pesta Kaul 2013 yang akan diceritakan dan dikongsi bersama pembaca sekalian. Semangat ketika menulis setiap entri itu membuatkan diri ini tersenyum sendiri. Mungkin sebelum ini blog lebih kepada penceritaan peribadi, namun apabila menaip entri mengenai Pesta Kaul, semangat untuk bercerita secara panjang lebar itu sentiasa ada..
nak baca.. klik sini..
Entri agak konsisten dan berkesinambungan berbanding entri sebelum ini..
Maknanya Entri Kaul ini juga memupuk nilai disiplin dalam menaip.. :)
Sedikit perkongsian penutup dari penulis tentang Masyarakat Melanau dalam bentuk video..
................................
Credit this video to : OhmyMelanau..
Sebelum ini penulis lebih banyak bercerita dan berkongsi gambar bukan.
Di entri ini, penulis juga ingin berkongsi video Tarian Melanau..
Credit this video to Mr Collin Kana..
Entri penutup tidak perlulah terlalu panjang berjela.. Penulis berikan beberapa rangkap pantun untuk pembaca setia entri Pesta Kaul 2013
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindukan Kaul tiada penghujung
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindukan Kaul tiada penghujung
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Budimu tuan jujungan kasih
Uniknya Kaul sepanjang zaman
Selasih tumbuh di hujung taman
Budimu tuan jujungan kasih
Uniknya Kaul sepanjang zaman
Salam sayang dan mesra dari penulis.. :)
Halakan mouse anda ke kiri blog jika ingin membaca entri lain berkaitan Pesta Kaul..
atau klik di sini..
Terima Kasih kerana sudi membaca..
2 comments:
best nya kalau dapat pergi tengok pesta Kaul..
@Sue Bee best.. sbb aktiviti kaul sebelum ni. ada yang lain yang lain.. :) akak dtg la Mukah kalau nk tgk pesta kaul..
Post a Comment