Sama seperti entri sebelum ini, saya ingin berkongsi satu lagi lokasi Homestay di Mukah yang menawarkan pelbagai pakej kepada para pengunjung. Chalet ini terletak berdekatan dengan Petronas Mukah. Bagi sesiapa yang pernah datang ke Politeknik Mukah ataupun UITM Mukah kampus baru, anda akan dapat melihat Chalet ini di sebelah kanan berdekatan dengan pantai.
Sama seperti Chalet lain, chalet ini juga mempunyai tarikan tersendiri di mana reka bentuk rumah tradisional dan juga perkhidmatan yang pelbagai. Chalet ini juga menyajikan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan.
Homestay ini menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan. Selain daripada perkhidmatan Homestay/ Chalet, ia juga menawarkan servis untuk pelbagai aktiviti seperti gathering, hari keluarga, keramaian jabatan, lawatan bagi sekolah dan sebagainya.
Chalet ini sering dikunjungi pelbagai organisasi dan jabatan, baik jauh ataupun dekat di mana masing masing akan berkumpul dan bersama sama menginap serta melakukan pelbagai aktiviti di chalet ini.
Pada waktu malam Petanak Beach Chalet & Cafe ini begitu meriah dengan aktiviti BBQ, karaoke dan sebagainya. Pengunjung bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan pelbagai perkhidmatan di sini. Bagi pengunjung yang ingin berkaraoke, mereka boleh melakukan aktiviti tersebut di sini tanpa dikenakan sebarang caj.
Kafe ini begitu unik dengan rekaan dalaman yang menarik. Kafe di chalet ini sering menerima kunjungan bagi aktviti makan malam, perjumpaan luar dan juga organisasi terlibat seperti sekolah, NGO, kelab sekitar mukah dan sebagainya.
Di malam hari, pelbagai aktiviti diadakan sekitar chalet ini. Ruang Chalet yang besar membolehkan pengunjung bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti di ruangan bawah.
Kadar Sewa bagi Chalet di sini adalah seperti berikut :
- Chalet single dengan 2 twin bed rm100
- Chalet double dengan queen bed rm120
- Family chalet dengan 2 queen bed extra tilam rm250
Chalet ini juga terletak di tepi pantai. Bagi sesiapa yang tidak pernah menyaksikan Tibow secara dekat, boleh la hadir ke chalet ini. Ruang tepi pantai yang bersih membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan.
kawasan tepi pantai berdekatan chalet |
Selain itu, chalet ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan yang pasti memukau selera anda. Kehadiran pengunjung ke kafe di chalet ini juga semakin ramai. Reka bentuk kafe yang unik disertai dengan kilauan cahaya lampu mewujudkan suasana nyaman dan selesa kepada para pengunjung.
Berikut adalah beberapa gambaran chalet ini di waktu malam. sekiranya cuaca elok, pengunjung bebas untuk melakukan akitiviti di sini. Bagi pengunjung yang berkunjung dalam kuantiti yang ramai, mereka boleh membuat tempahan awal. Ini kerana chalet ini menerima banyak tempahan dan kunjungan ketika cuti sekolah, hujung minggu dan juga ketika pesta di Mukah.
Bagi pengunjung yang ingin menghadiahkan cenderahati dari Mukah, mereka juga boleh mendapatkannya di chalet ini. pelbagai koleksi yang menarik boleh dijadikan hadiah dan cenderamata atau sebagai kenang kenangan.
Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke sini sama ada ingin menginap ataupun mengadakan jamuan serta keraian, boleh la menghubungi talian di bawah
pergi sekali.. pasti datang lagi.. :)
Credit all this picture to Petanak Beach Chalet & Cafe Fan Page...
No comments:
Post a Comment