Dalam entri sebelum ini, saya telah bercerita mengenai pembangunan dan pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah baru di sekitar Mukah. Dengan pesatnya pembinaan sekolah rendah dan menengah.. sekitar Tahun 2006 Politeknik Mukah Sarawak telah dibuka.
Politeknik Mukah merupakan politeknik yang ke-20 di Malaysia, PMU adalah politeknik ketiga di Borneo selepas Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu. Kampus PMU dibina di atas tapak seluas 100 ekar dan dilengkapi dengan infrastruktur moden serta kemudahan pendidikan yang terkini.
Pada awal Politeknik ini dibuka, ia telah memberi banyak impak positif kepada penduduk Bahagian Mukah. Fasiliti seperti stesen bas, perkhidmatan bas, kedai buku, kedai makan dan sebagainya semakin banyak dibuka. Dahulunya Mukah tidak mempunyai KFC, namun dengan kewujudan Politeknik Mukah, kualiti perkhidmatan meningkat dan ditambah baik di Bahagian Mukah. Kini pada tahun 2016, Mukah telah ditambah baik dengan kewujudan Pezzo dan Subarbun di Medan Mall Mukah.
Operasi pertama PMU bermula di Sekolah Menengah Teknik Sibu pada tahun 2004. Pengambilan pelajar pertama adalah pada sesi Julai 2005 dengan kursus perintis seperti Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan Awam dan Sijil Pengajian Perniagaan. Penawaran kursus bertambah setahun kemudian di mana kursus peringkat Diploma turut ditawarkan oleh kesemua lima jabatan akademik utama. Lima jabatan akademik utama tersebut adalah;
- Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK)
- Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
- Jabatan Perdagangan (JP)
Selain kursus-kursus sepenuh masa, PMU turut menawarkan kursus jangka pendek yang dibuka kepada orang awam dan masyarakat setempat di bawah program Penswastaan Sektor Masa (Time Sector Privatisation - TSP). Program ini menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan komuniti setempat. Melalui program sebegini, penubuhan PMU di Mukah dapat membantu komuniti setempat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kompetensi atau mendapatkan pengetahuan/kemahiran baharu.
Pembinaan Institusi Pendidikan di Mukah sedikit sebanyak memberi kesan kepada taraf hidup penduduk tempatan. Malah, setiap kali cuti semester Terminal Bas Mukah akan sentiasa penuh. Bagi yang berminat untuk memberikan buah tangan kepada keluarga, kuih tradisional dan makanan tradisi Mukah seperti sepit,baulu, tepung lemantak, sagu, dan keropok ikan yang segar. Selain itu kuih seperti Kuih Telur, Redam, Sepit dan sarang semut juga sering mencuri tumpuan kepada para pengunjung di Mukah.
Kini pada tahun 2016, UITM Mukah Sarawak Kampus telah siap dibina..sesungguhnya.. saya sendiri selaku anak tempatan berasa bersyukur kerana kepesatan pembangunan di sini adalah seiring dengan pertambahan institusi pendidikan.
Dengan adanya institusi pendidikan di sekitar kawasan Mukah, ia memberi kesan kepada minat dan tumpuan murid kepada akademik. Malah lebih bersemangat apabila melihat sendiri bagaimana para siswa dan siswi Uitm dalam apa apa aktiviti anjuran warga tempatan. Malah, ada juga sekolah di sekitar Mukah yang membawa murid murid melawat sendiri kawasan Uitm dan Politeknik Mukah. Selain itu, ada juga sekolah yang mengadakan program kerjasama di mana Uitm dan Politeknik Mukah akan menjadi AJK pelaksana. Ini secara tidak langsung merancakkan lagi arus pendidikan di Bahagian Mukah ini.
Terima kasih kepada Kak Ramenda.. beliau adalah generasi pertama di Politeknik Mukah.. dan beliau adalah perintis semangat kepada saya untuk menamatkan Diploma di Politeknik Mukah ini.. :)
No comments:
Post a Comment