Sekolah Rendah
Pusat pendidikan di Mukah pada tahun 1997 tidak lah begitu pesat membangun di Mukah. Dalam usia saya di sekolah rendah, sekolah di sekitar Bandar Mukah cuma terdiri daripada SK St Patrick, SK Kpg Petanak, SK Datuk Awang Udin, SK Tellian, SJKC Chong Boon. Masih terdapat juga sekolah yang masih jauh dari bandar Mukah.
Dahulunya, sekolah ini lengkap dengan prasarana pendidikan seperti padang, gelanggang, makmal, bilik sumber dan sebagainya. Namun, setelah dibina beberapa jalan baru, sekolah ini diubahsuai dan menjadi semakin kecil.
Ini adalah antara beberapa gambar sebelum beberapa bahagian sekolah ini dirobohkan dan diperkecilkan kawasan... Dahulunya kawasan sekolah ini lengkap dengan pondok Inspirasi, gelanggang, dan bangunan baru dua tingkat yang sempat saya duduki semasa di darjah enam..
kawasan pagar yang dahulunya dibina berasaskan Tapou Melanau
Inilah bangunan 2 tingkat yang saya nyatakan di atas... setiap pagi akan dapat melihat kehijauan padang..
Kini, sekolah rendah di Mukah telah ditambah dengan dua buah sekolah di pusat bandar. Dengan adanya sekolah baru ini, kepadatan murid di sekolah menjadi lebih teratur dan terancang. Dengan adanya sekolah baru ini, murid mula dibahagikan kepada sekolah baru ini iaitu SK Mukah...
Apabila ditambah dengan sekolah baru dengan infrastruktur yang lebih baik, sekolah seperti SK Kpg Tellian telah ditutup untuk ditambah baik.
Pembangunan dari segi penambahan prasarana dan lokasi sekolah baru telah memberi kemudahan kepada penduduk tempatan untuk menghantar anak anak mereka ke sekolah. Dari segi lokasi, sekolah baru ini telah dihubungkan dengan jalan baru kepada kampung berdekatan.
Sekolah Menengah
Bagi sekolah menengah pula, di Bahagian Mukah hanya terdapat tiga buah sekolah iaitu SMK Three Rivers, SMK St Patrick dan SMK Three Rivers. Ketiga tiga sekolah ini merupakan sekolah Menengah yang menjadi tumpuan sekitar tahun 90-an. Masih terkenang lagi, ketika Mukah masih menggunakan feri, murid murid di SMK Three Rivers berbasikal dari Kampung Seberang. Dengan adanya pembinaan sekolah baru, walaupun agak jauh dari Mukah, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pola kapasiti murid di sekolah terlibat. Dahulunya SMK Three Rivers adalah sekolah yang menempatk murid dari Balingian, Oya Dalat Igan dan sebagainya.
Pembinaan sekolah baru di Bahagian Mukah melibatkan SMK Mukah, SMK Oya dan juga SMK Agama Igan. Pembinaan sekolah baru ini adalah lebih baik dari segi kelengkapan infrastruktur melibatakan asrama, dewan, bilik komputer dan sebagainya...
Pertambahan sekolah rendah dan menengah di sekitar Bahagian Mukah ini telah membawa kepada penambahbaikan kepada perpustakaan awam yang lebih baik, pembinaan kawasan rekreasi dan juga penambahbaikan taraf hidup penduduk tempatan.. Kalau dahulu, majoriti murid murid menunggang basikal ke sekolah.. namun kini kebanyakanya dihantar oleh ibu bapa ataupun menumpang van sapu yang menghantar pada waktu pagi dan balik pada waktu tengah hari.
No comments:
Post a Comment