Salam semua.. entri ini ditaip dalam mode free dan lapang sebab Rabu adalah free time.. semua kuliah tidak dijalankan pada hari rabu.. Bila expert susun jadual.. akan ada satu hari yang anda akan freee.... hooorayyy... Namun, lumrah student, ada ke hari yang lapang? Semua fokus kepada tugasan yang perlu dihantar dengan kadar yang segera.. dan ayat lazimnya bila esok adalah due date nak anta.. maka, malam itu adalah malam pencurahan idea yang sangat banyak! Oh.. jangan amalkan.. sebab anda akan mengalami stress seperti aku..
Minggu lepas, aku dah register untuk pendaftaran latihan mengajar. Tahniah, semester depan saya dah masuk semester 7. Maka, usai sem 7, sem 8 dan akan habis la tempoh pengajian. Rasa seperti baru mendaftar semalam je.. (Ayat bila dah senior kan!) hahahaha.. Sesungguhnya, aku sangat berharap bahawa itu adalah pilihan yang terbaik untuk aku.. Itu adalah pilihan aku sendiri. Mohon jangan menyesal dik.. Mohon bersedia fizikal dan mental. .sebab di sana.. your left hand.. your spinal cord.. your strength.. semua takda dik. yang ada.. cuma hanya diri adik sendiri. adik kena kuat.. Terima kasih buat si pemberi kata kata.. :( mcm tau tau je aku akan mengalami tekanan paling tinggi semester depan.. Takpe! itu lambat lagi.. jangan fikir dulu...
Minggu ini adalah minggu menghantar kerangka konseptual untuk tugasan FYP. Tapi, aku sendiri pening dengan bacaan jurnal nie. Kata nak ambik Master! ayo.. Degree pun masih meniarap.. macam mana nak duduk dengan stabil untuk ambik Master.. Tapi.. tak salah kan.. kalau ada cita cita dan harapan. Akan ku usahakan juga walaupun pening pening lalat... Melihat kepada perbentangan proposal yang lepas, owh, sangat menikam jiwa dan raga. Melihat student Master bentang Proposal di DKP 4.. serius aku cuakkk!! Takut sangat.. dah la English aku sekarang makin merundum.. Tapi melihat kepada keyakinan mereka. Aku tabik sendiri. Semoga tahun akan datang.. aku adalah salah seorang daripada mereka yang akan membentangkan proposal di sini.. Amiiiinnn.....
Baiklah.. sebab kata nak sambung master.. marilah kita sambung semula membuat tugasan... Semoga bersemangat dan jauh dari mode demamm.. Sekian..
Credit photo to Ecah.. :)
hehe..
No comments:
Post a Comment