Tuesday, November 5, 2013

Cuti yang Ohsem!

Salam awal Muharam. Selamat Tahun Baru. Semoga dengan tahun baru ini, azam tahun lepas telah terlaksana. Syukur Alhamdulilah, sedikit sebanyak azam tahun lepas aku telah tercapai. Syukur padamu Ya Allah :) Terima kasih mak.. terima kasih abah.. terima kasih keluarga.. terima kasih pensyarah. terima kasih sahabat yang sentiasa ada.. terima kasih semuanya

Jadi disebabkan sekarang adalah dalam mode cuti. Entri ini aku ingin menceritakan tentang cuti aku.. Cuti yang ohsem. Bagi aku lah... hahahhaa..

Ohsem itu semacam apa? Mungkin sebab terlalu relaks dan selesa agaknya. Cuti pertengahan semester telah bermula pada Sabtu lepas. Aku balik ke Gerik sebab kononnya kalau aku bercuti ke Sarawak, mood untuk terus berjuang dalam semester enam aku pudar ditelan cuti. Gitu katanya. sekarang entri in ditulis di Gerik. Aku sedangn bersenang lenang tanpa menyiapkan sebarang tugasan. Eh! kata nak buat tugasan cuti nie. Haish..


 Aku berangkat ke Gerik menaiki bas. Disebabkan aku ni malas naik bus transit di Ipoh, maka aku beli tiket terus dengan menaiki bas Kelantan. Anggaran tambang pun lebih kurang. Cuma jangan tidor dalam perjalanan selepas Lenggong sebab potensi anda terlepas ke Kelantan adalah sangat tinggi.. Ehe :)

Di sini, aku tinggal dengan abang aku yang sulung. Aku kadang kadang je balik sebab aku ni agak malas sikit nak bercuti dan jauh dari kolej kediaman. Sebab wifi la kan. Sekarang pun aku tengah online menggunakan modem menggunakan talian celcom. Ehe :)

Petang Ahad yang lepas, aku cuma berjalan jalan di sekitar Gerik. Sesungguhnya Gerik adalah kawasan yang agak lengkap la bagi aku dari segi prasarana dan kemudahan. Ada bank, ada rumah kediaman, sekolah dan sebagainya.  Ada jugak restoran makanan segera seperti KFC. Cuma kat sini takda pizza hut seperti di Tanjung Malim. Hihihi. Trip pertama aku adalah pergi ke SMK Dato Seri Wan Mohamed di Kpg Plang. Aku nak tengok kawasan sekitar Kpg Plang, sebab sekolah itu adalah pilihan kedua aku untuk menjalani Latihan  Mengajar. Sampai je kawasan sekolah, aku terus la berbual dengan pengawal keselamatan kat situ. Seronok gak la. sebab pengawal keselamatannya muda gak la. Jadi, dia sempoi je la berbual ngan aku. Dari segi prasaran sekolah tu quite ok. Cuma agak sunyi dan lengang gak la. Aku tak pasti, ada tak rumah sewa dekat kawasan sekitar. Katanya, cikgu jarang yang tinggal di quarters. Jadi aku pun buat keputusan, untuk mengekalkan sekolah raja muda sebagai pilihan pertama, atas beberapa faktor..

Pertama, aku rasa kawasan situ agak sukar untuk dapatkan rumah sewa, sebab agak sunyi dan penempatan agak berselerak. Kedua, cuma ada kedai runcit kecil yang mungkin agak sukar untuk aku membeli keperluan harian. Sebab aku bukan ada kereta pun nak ulang alik dar bandar Gerik. Ehe. Ketiga, aku rasa sekolah tu takda liputan internet. Mungkin sekolahya ada, tapi kawasan kuarters,  nampak macam agak sukar untuk dapat liputan. Apa pun terima kasih Along sebab temanan aku ke sana. :) Siap ambik gambar lagi!

Hari Selasa pulak, aku meneruskan pencarian sekolah untuk latihan mengajar kt SMK Tun Saban. Sekolah ini terletak kat Pengkalan Hulu Perak. Aku ke sekolah tersebut dengan ditemani oleh along dengan menaiki motosikal. Kami bergerak dari gerik dengan kelajuan yang agak mencabar jugak la bagi aku dengan kelajuan sekitar 80-100 kmk/j. Mak aie.. nasib baik aku menggunakan kaca mata hitam. Memang laju gak la aku rasa along bawak.. atas sebab faktor masa dan cuaca, kami  memang tak berhenti.. ewah.. macam ekpedisi bermotor pulak aku...





Jalan ke Pangkalan Hulu, memang agak mencabar. Jalannya rata, cuma simpangnya agak bersimpang siur dan bengkang bengkok sama seperti jalan ke Genting. nasib baik hari tak hujan, maka perjalanan kami berjalan dengan lancar dan sempurna.

Sampai di Pengkalan Hulu, kami singgah makan di gerai berdekatan. Oleh sebab agak lapar, hidangan nasi goreng seafood dan nasi goreng kampung agak membuka selera. Usai makan, kami berhenti rehat seketika di surau berdekatan untuk menunaikan solat dan meneruskan perjalanan ke SMK Tun Saban...

Smk Tun Saban adalah sekolah yang agak berprestij dalam arena sukan. Kawasan sekitar sekolah lengkap dengan prasarana untuk melatih atlet dan pelajar. Kat luar pagar dah nampak signage Pusat Latihan Memanah Negeri Perak.. :) Tapi sayangnya sekolah tu tak terima aku.. ehe.. kat depan sekolah tu ada kawasan tasik yang luas dan boleh digunakan untuk beriadah petang petang. Memang untung la kalau aku dapat.. Tapi sayangnya jodoh aku bukan dengan SMK Tun Saban.. Kami pun terus berjalan jalan di sekitar Pengakalan Hulu, abang aku agak familiar dengan kawasan ini oleh sebab dia pernah berkursus  di sini.


Ha... dah jauh cari sekolah, along aku ajak pegi kawasan zon bebas cukai. Aku terkejut gak. Kat mana la agaknya, takkan jauh lagi kot, sebab aku sendiri rasa pengkalan hulu tu dah rasa jauh. Lain kali naik bus je. Takda la penat kan.. Kami pun meneruskan perjalanan sampai ke Sempadan Thailand. Mungkin sebab kami pergi waktu bekerja, tak ramai la warga tempatan yang ada kat sana agaknya. Ada jugak yang melintas tu warganegara Thailand yang datang ke Malaysia. Motosikan dan Kereta mereka agak unik. Mungkin sebab aku tak pernah tengok flet no diorang agaknya.. hehe.. Kami sekadar singgah di sempadan, untuk meneruskan perjalanan sampai ke Thailand, memang tak la.. aku pasport pun takda! hehe.. Along ada jugak sarankan aku untuk membeli t-shir I Love Thailand, tapi aku malas.  konon konon macam tak excited.. Kami singgah jugak kat satu pasar raya yang menjual banyak barangan keperluan. Selepas pusing sekitar kawasan tersebut.. kami pun balik...

Dan aku tidak pun membeli sebarang cenderamata atau barang barang.. Eh! jimat pulak kan...

Tapi secara keseluruhannya, aku rasa memang penat sangat.. sebab naik motor dengan agaknya...

Secara keseluruhnannya misi 1 aku berjaya.. iaitu survey sekolah.. Misi tugasan bila nak mula :(

Mohon tiupkan semangat dalam diri! ehe... :P

No comments:

 

Oura Galaxy - Copyright © 2014 | Designed by Anne Shah